SEMAK CUKAI TANAH ONLINE : SEMUA NEGERI

SEMAK CUKAI TANAH ONLINE : SEMUA NEGERI
Share Artikel Ini Di Media Sosial

SEMAK CUKAI TANAH ONLINE : SEMUA NEGERI

Tahukah anda cara semak cukai tanah Online? Cara bayar cukai tanah online untuk seluruh Negeri di Malaysia iaitu Kuala Lumpur Selangor Johor Negeri Sembilan Pahang Melaka Kelantan Perak Kedah Perlis Pulau Pinang dan Terengganu dan semak.

Sebagai pemilik hartanah, anda dikehendaki membuat bayaran cukai tanah yang dimiliki kepada pihak Kerajaan Negeri dimana lokasi hartanah yang anda miliki.

APAKAH ITU CUKAI TANAH?

Cukai Tanah adalah Cukai yang dikenakan oleh Kerajaan Negeri kepada pemilik hartanah yang memiliki tanah di Negeri tersebut. Cukai Tanah wajib dibayar oleh pemilik hartanah.

Berdasarkan undang-undang yang tertulis dalam Seksyen 100 Kanun Tanah Negara, Tanah yang dimiliki akan DIRAMPAS sekiranya gagal menjelaskan Cukai Tanah seperti yang diwajibkan.

Oleh itu, segeralah membuat bayaran.

KADAR BAYARAN CUKAI TANAH 

Caj yang dikenakan untuk cukai tanah dinilai berdasarkan jumlah tanah yang dikira sebagai sebahagian daripada hartanah anda. Dalam erti kata lain: setiap kaki persegi (kps) hartanah atas tanah akan dinilai.

Kadar cukai yang dikenakan adalah berbeza-beza setiap Negeri, malah harga antara daerah pun tidak sama. Cukai di luar bandar lebih murah berbanding hartanah di bandar, jadi pastikan anda memeriksakan butiran di geran anda sebelum membuat sebarang pembayaran.

SIAPA YANG PERLU BAYAR CUKAI TANAH?

Cukai tanah dikenakan kepada pemilik bagi mana-mana hartanah atas tanah (landed) di Malaysia, termasuklah tanah pegangan bebas (freehold) dan pajakan (leasehold).

Ia dinilai dan dikenakan oleh kerajaan negeri, menerusi Pejabat Tanah Dan Galian (PTG). Cukai tanah juga ada dikenakan ke atas bangunan strata.

Kanun Tanah Negara menetapkan undang-undang wajib untuk semua pemilik hartanah membayar cukai tanah setiap tahun kepada Pejabat Tanah yang berkenaan.

Setiap negeri mempunyai tarikh tersendiri untuk pemilik membayar cukai tanah, namun kebanyakan negeri sudah menetapkan tarikh pemotongan pada 31 Mei setiap tahun. Kalau nak tengok di mana anda boleh semak dan bayar cukai tanah untuk semua negeri di Malaysia

CARA BAYAR CUKAI TANAH ONLINE

PANDUAN LENGKAP CARA BAYAR CUKAI TANAH ONLINE SELANGOR, KUALA LUMPUR KL, PERAK, MELAKA, NEGERI SEMBILAN, PULAU PINANG, PAHANG, JOHOR, KEDAH, PERLIS, TERENGGANU, KELANTAN & SEMAK.

  1. Klik Link Bayar Cukai Tanah Online melalui Maybank2U di sini : https://www.maybank2u.com.my/home/m2u/common/login.do.
  2. Masukkan Username dan Password Maybank2u anda.
  3. Klik [LOGIN].
  4. Pada paparan Utama Maybank2u, sila pergi ke Menu [PAY].
  5. Klik [NEW PAYEE].
  6. Taip di ruangan [PEJABAT TANAH].
  7. Pilih Negeri dimana lokasi tanah anda berada.

Contoh : Pej Tanah & Galian WPKL- Pej Tanah & Galian Selangor- PPTG Terengganu- PTGP – Cukai Tanah Perak- PTGWP

  1. Isi Nombor Akaun Cukai Tanah anda.
  2. Masukkan Nombor Telefon anda.
  3. Masukkan Amaun Bayaran.
  4. Kemudian, klik [CONFIRM].
  5. Tekan [PAY].
  6. Buat pengesahan Nombor TAC atau SecureTAC.
  7. Jika Pembayaran anda sudah selesai, bermakna anda telahpun berjaya membayar cukai tanah tersebut.
  8. Pastikan anda [SIMPAN RESIT] pembayaran yang dilakukan untuk tujuan rujukan.

BAYAR CUKAI TANAH ONLINE NEGERI DI MALAYSIA

SEMAK CUKAI TANAH ONLINE

Panduan di bawah adalah cara untuk semak cukai tanah melalui online :

  1. Klik pada pautan Negeri anda berada di Pautan Link di atas.
  2. Seterusnya klik pada ‘Semakan dan Bayaran Cukai Tanah’.
  3. Sekiranya anda tidak daftar lagi, seharusnya anda daftar terlebih dahulu dengan klik pada ‘Daftar’.
  4. Selesai daftar anda Log Masuk akaun anda.
  5. Seterusnya ada pilihan semakan & bayaran.
  6. Sekiranya anda ingin membuat pembayaran, anda boleh pilih cara pembayaran yang anda ingin.
  7. Setelah selesai pembayaran, pastikan anda cetak atau dowload resit untuk rujukan anda

SEMAK CUKAI TANAH MELALUI SMS

SEMAKAN CUKAI TANAH DAN CUKAI PETAK MELALUI MYSMS 15888

  1. Taipkan: PTGS CUKAI NO AKAUN Hantar ke 15888
  2. Contoh Paparan: PTGS CUKAI 50844100606680
  3. RM 0.20 PTGS: C tanah/petak 50844100606680 untuk 2020 berjumlah RM 120.20 yang perlu dijelaskan
  4. Caj Penghantaran SMS RM 0.15 dan Caj Penerimaan SMS RM 0.20

Baca Juga :

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *