SEMAK BIL AIR SELANGOR : BUAT PEMBAYARAN

SEMAK BIL AIR SELANGOR : BUAT PEMBAYARAN
Share Artikel Ini Di Media Sosial

SEMAK BIL AIR SELANGOR : BUAT PEMBAYARAN

Tahukah anda cara semak bil air selangor? Warga Selangor khususnya kini boleh membuat semakan dan pembayaran bil air mereka secara online secara terus ke laman web rasmi Air Selangor. Pengguna cuma perlu mendaftar dan log masuk untuk membuat semakan dan pembayaran bil air mereka secara online.

APA ITU AIR SELANGOR?

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. atau Air Selangor (dahulu dikenali sebagai Syarikat Bekalan Air Selangor atau SYABAS) ialah sebuah syarikat konsesi air milik Kerajaan Negeri Selangor yang bertanggungjawab menawarkan perkhidmatan pembekalan air di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

SEMAK BIL AIR SELANGOR GUNA APPS

Kami andaikan anda sudah berjaya mendapatkan nombor akaun bil Air Selangor.

Seterusnya, ikuti langkah-langkah ringkas seperti berikut:

  1. Downloadanda install aplikasi Air Selangor melalui Google Playstore atau App Store.
  2. Tick I Agree.
  3. Masukkan butiran yang diperlukan iaitu:
    • Nama penuh
    • Email
    • Nombor Telefon
    • Nombor Kad Pengenalan
  4. Masukkan Kata Laluan anda.
  5. Tekan Sign Up.
  6. Kod pengesahan akan dihantar pada nombor telefon yang didaftar. Masukkan kod pengesahan tersebut pada ruang yang disediakan.
  7. Kami andaikan proses install sudah selesai tanpa ada apa-apa masalah
  8. Selesai

SEMAK BIL AIR SELANGOR MELALUI LAMAN WEB

  • Pengguna perlu layari: PORTAL RASMI AIR SELANGOR
  • Kemudian klik pada ‘Sign Up‘ dan ambil perhatian pada beberapa ruangan yang perlu diisi seperti di bawah:
    1. Full Name: masukkan nama penuh anda, sama seperti yang terdapat pada kad pengenalan baru (MyKad) anda.
    2. Email Addres: Masukkan emel anda yang aktif dan boleh diakses.
    3. Mobile Phone Number: Terdapat dua ruangan untuk diisikan. Pertama sekali, di sebelah kiri, pilih kod negara untuk nombor telefon anda. Sekiranya kod negara ialah Malaysia, pilih +60. Kemudian, pada ruangan kedua, masukkan nombor telefon anda yang aktif dan boleh dihubungi.
    4. IC/Police/Military/Passport/Company Reg No: Masukkan nombor kad pengenalan baru (MyKad) anda tanpa tanda ‘-‘, ATAU nombor pengenalan polis/tentera ATAU nombor passport.
    5. Password: Masukkan password yang anda ingin gunakan untuk akaun anda. Password anda mestilah minimum 8 aksara dan alphanumeric (gabungan huruf kecil, huruf besar, nombor dan simbol)
  • Klik ‘Register’kemudian klik ‘Sign Up
  • Anda akan menerima SMS ke telefon bimbit anda yang mengandungi kod 6 digit.
  • Masukkan kod tersebut dalam ruangan ‘Profile Verification yang tertera’dan klik ‘Confirm’ sekiranya tiada SMS yang diterima, ‘Didn’t receive any SMS? Resend’
  • Dah selesai! Pendaftaran anda berjaya.

CARA SEMAK BIL AIR SELANGOR

Selepas selesai urusan menambah akaun samada sebagai Owner atau Tenant, anda boleh terus buat semakan baki bil air yang tertunggak.

  1. Seterusnya, buka aplikasi Air Selangor
  2. Klik +Manage Account
  3. Klik Enrol Bill Account
  4. Pilih samada anda adalah Owner atau Tenant
  5. Klik I Agree
  6. Masukkan Account Number
  7. Masukkan Account Display Name
  8. Klik Finish
  9. Selesai urusan menambah akaun bil Air Selangor
  10. Nanti dulu, pergi ke laman utama aplikasi Air Selangor
  11. Klik akaun yang tersenarai di bawah MY ACCOUNT
  12. Lihat jumlah Amount Due iaitu bil yang tertunggak dan masih belum dibayar
  13. Jangan fikir bukan-bukan kerana ini ialah bil Air Selangor yang tertunggak, bukan bil air lain
  14. Pay Before ialah tarikh akhir anda dikehendaki membayar bil Air Selangor
  15. Due In ialah jumlah hari sebelum tarikh akhir anda dikehendaki membayar bil Air Selangor

CARA BAYAR BIL AIR SELANGOR

Kalau boleh buat semakan bil Air Selangor secara online, takkanlah tak boleh bayar bila secara online bukan?

Mengarut kalau tak boleh nak bayar secara online.

Ikuti langkah-langkah ringkas seperti di bawah:

  1. Login semula ke laman utama aplikasi Air Selangor
  2. Klik akaun yang tersenarai di bawah MY ACCOUNT
  3. Pastikan nombor akaun yang tersenarai adalah betul
  4. Klik Pay Bill
  5. Masukkan amaun yang mahu dibayar dalam ruangan Amount to Pay (RM)
  6. Jumlah amaun yang mahu dibayar akan terpapar di bahagian bawah skrin
  7. Tekan butang Confirm
  8. Pilih bank anda di pilihan Select Your Bank
  9. Masukkan email anda di ruangan Send Receipt To
  10. Tekan butang Confirm
  11. Anda akan di bawa ke laman web perbankan Internet yang anda pilih tadi
  12. Ikuti arahan sehingga selesai
  13. Masukkan kod transaksi yang dihantar melalui SMS untuk mengesahkan amaun pembayaran
  14. Selesai

Baca Juga :

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *