SEMAK BAKI PINJAMAN AEON CREDIT : ONLINE/SMS

SEMAK BAKI PINJAMAN AEON CREDIT : ONLINE/SMS
Share Artikel Ini Di Media Sosial

SEMAK BAKI PINJAMAN AEON CREDIT : ONLINE/SMS

Tahukah anda cara semak baki pinjaman Aeon Credit? ada beberapa cara yang boleh anda gunakan untuk dapatkan jumlah baki pinjaman. Baca arikel ini seterusnya untuk mengentahui cara-cara semak baki pinjaman anda.

APA ITU AEON CREDIT?

  • AEON Credit Service Berhad telah ditubuhkan pada 6 Disember 1996 dan telah ditukar menjadi sebuah syarikat awam berhad pada 9 Februari 2007 dan telah disenaraikan di Pasaran Utama di Bursa Malaysia Securities Berhad pada 12 Disember 2007.
  • AEON Credit memulakan operasi pada tahun 1997 dengan menyediakan Skim Pembayaran Mudah untuk pembelian barangan tahan lama pengguna melalui peruncit dan kedai berantai yang ditetapkan.
  • AEON Credit Service hanyalah pemberi hutang melalui kredit kad, ansuran bulanan, insurans dan pinjaman peribadi sahaja.  Pihak Aeon Credit bukanlah satu institusi bank.
  • Disebabkan itu, keuntungan syarikat dari bahagian end customer profit terletak hanya melalui faedah (interest) dari pemiutang dan terhad pada perkhidmatan yang mereka tawarkan sahaja.

KELEBIHAN PINJAMAN AEON CREDIT

  • Kelulusan segera.
  • Kadar menarik.
  • Dokumen mudah.
  • Mudah percuma.
  • Berdasarkan konsep syariah Tawarruq.
  • Amaun pembiayaan tinggi.
  • Tempoh bayaran balik sehingga 84 bulan.

SEMAK BAKI PINJAMAN AEON CREDIT SECARA ONLINE

Sekiranya Anda sudah mempunyai pinjaman Aeon credit, Anda boleh membuat semakan baki pinjaman secara online.

  1. Cara baki pinjaman Aeon online dapat dilakukan melalui link https://www.aeoncredit.com.my/login
  2. Masukkan username
  3. Tekan submit
  4. Pastikan frasa keselamatan
  5. Masukan password
  6. Tekan submit

SEMAKAN BAKI PINJAMAN AEON CREDIT GUNA SMS

Anda boleh menyemak baki pinjaman AEON Credit Anda menggunakan SMS. Apa yang Anda perlu pastikan ialah, Anda mesti mempunyai kredit pada telefon bimbit Anda. Sila ikuti panduan di bawah:

  • AEON CCSTS 0123 – Untuk Status Permohonan
  • AEON CCBAL 0123 – Baki Tertunggak
  • AEON CCMIN 0123 – Jumlah Bayaran Minimum
  • AEON CCAVA 0123 – Had Tersedia
  • AEON CCACT 5678**0123* – Pengaktifan Kad

Huraian:

  • Untuk: CCST, CCBAL, CCMIN, CCAVA dan CCACT adalah Keyword.
  • Untuk: 0123 adalah 4 digit terakhir I.C or Passport Anda.

Di atas adalah format jadual yang perlu Anda ketahui, untuk menyemak baki sila gunakan format seperti di bawah:

  • Taip: AEON<jarak>Keyword<jarak>0123 hantar ke 63633.
  • Contoh: AEON CCBAL 0123hantar ke 63633.

Selepas mengetahui maklumat baki pinjaman, sila baca panduan cara bayar AEON Credit.

KADAR DAN CAJ SEMAKAN BAKI PINJAMAN MELALUI SMS

  • Kadar Biasa Caj: RM0.50 per SMS Yang Diterima
  • Kadar SMS biasa akan dikenakan bagi setiap SMS yang tidak berjaya diterima.
  • Kadar SMS Standard adalah berdasarkan kepada pembekal rangkaian.

Baca Juga :

 

 

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *