SEJARAH MYKAD DI MALAYSIA : KAD PENGENALAN

SEJARAH MYKAD DI MALAYSIA : KAD PENGENALAN
Share Artikel Ini Di Media Sosial

SEJARAH MYKAD DI MALAYSIA : KAD PENGENALAN

Tahukah anda sejarah penggunaan Mykad di malaysia? Setiap negara mempunyai kad pengenalan tersendiri untuk setiap warganegara.

Selain untuk tujuan pengenalan diri, ia juga memainkan peranan penting sebagai rekod rujukan oleh pihak berkuasa serta penting bagi aktiviti yang melibatkan perjalanan ke luar negara.

Pada awal penciptaan kad pengenalan 66 tahun dahulu, ia digunakan untuk menjaga keamanan negara daripada ancaman komunis. Walaupun konsepnya ringkas, namun penggunaan kad pengenalan ketika itu berjaya mematahkan pergerakan kumpulan komunis yang mengganas pada waktu darurat.

APAKAH MYKAD

Bersama-sama dengan pasport, Malaysia merupakan negara pertama di dunia yang menggunakan kad pengenalan dan pasport yang menggabungkan teknologi cip dan biometrik terkini untuk meningkatkan keselamatan dan kesahihan pemiliknya. Kad ini telah dilancarkan secara rasminya pada September 2001.Perkataan ‘MyKad’ mempunyai maksud yang tersendiri. Perkataan ‘My’ bererti Malaysia dan juga kata ganti nama kepunyaanku dalam bahasa Inggeris. Perkataan ‘Kad’ pula boleh bermaksud kad ataupun singkatan kepada ‘Kad Akuan Diri’.

 

BAGAIMANA KAD PENGENALAN MULA WUJUD

Sebelum Perang Dunia Pertama, hampir keseluruhan penduduk dunia tidak mengenali apa itu dokumen pengenalan. Keperluan terhadap dokumen itu hanya bermula selepas pengenalan sistem pasport oleh Raja Henry ke-6 di England yang dianggap antara butiran pengenalan terawal di dunia. Versi pasport Raja Henry itu diguna pakai sehingga abad ke-20 sebelum digantikan dengan dokumen pengenalan bergambar ekoran perkembangan dunia fotografi di Eropah ketika itu.

Bermula daripada itu, pelaksanaan dokumen pengenalan diri mula diperluas dan diperkenal dalam pelbagai reka bentuk, ketetapan, dan undang-undang. Selepas melalui pelbagai peringkat evolusi, kebanyakan negara di dunia kini mengakui keperluan dokumen pengenalan diri sebagai pengesahan identiti sebagai rakyat sesebuah negara.

 

SEJARAH MYKAD ATAU KAD PENGENALAN DI MALAYSIA

Sejarah Penggubalan Undang-Undang Pendaftaran Diri di Malaysia. Pada awalnya, urusan kelahiran, kematian, pengangkatan, kewarganegaraan dan perkahwinan diletakkan di bawah kerajaan negeri.Sehinggalah pada tahun 1960, undang-undang persekutuan diperkenalkan.

Sejak itu, Jabatan Pendaftaran Negara Tanah Melayu mengambil alih tugas ini untuk menawarkan perkhidmatan kepada orang awam mengenai perkara berkaitan pendaftaran. Rekod-rekod kelahiran dan kematian yang telah direkodkan oleh Jabatan Pendaftaran masih lagi dipelihara sejak hampir 150 tahun yang lalu.

 

Baca Juga : SENARAI FUNGSI MYKAD : CIRI KESELAMATAN

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *