SECURE PLUS RHB : Pengaktifan & Pengesahan Transaksi

SECURE PLUS RHB : Pengaktifan & Pengesahan Transaksi
Share Artikel Ini Di Media Sosial

SECURE PLUS RHB : Pengaktifan & Pengesahan Transaksi

Tahukah anda mengenai Secure Plus RHB Now? Kepada pelanggan RHB, Semestinya anda sedia maklum untuk melakukan perpindahan wang secara online banking akan memerlukan kod pengesahan keselamatan iaitu OTP yang dihantar melalui SMS ke telefon anda. Tetapi kini RHB Bank telah menambahbaikkan ciri keselamatan tersebut dengan memperkenalkan RHB Now Secure Plus.

Baca Juga : CARA DAFTAR RHB ONLINE : LOGIN KALI PERTAMA

APA ITU SECURE PLUS RHB 

Dengan Secure Plus, ia menghapuskan keperluan untuk membawa token fizikal dengan menukar telefon pintar kepada token. Selepas pemasangan Secure Plus, pelanggan boleh menggunakannya untuk menjana kod untuk Log Masuk dan Kebenaran Transaksi.

Menggunakan RHB Aplikasi Perbankan Mudah Alih Reflex pada peranti yang didayakan Secure Plus membolehkan pelanggan membuat bank dengan lancar, walaupun semasa mereka sedang dalam perjalanan.

 

MUAT TURUN APLIKASI RHB MOBILE BANKING

Untuk menggunakan fungsi ini seharusnya anda memuat turn dan install aplikasi RHB Mobile Banking di telefon anda menerusi pautan berikut:

 

CARA AKTIFKAN FUNGSI SECURE PLUS 

Untuk dapat menggunakan perkhidmatan aplikai ini, anda mesti memiliki handphone/smartphone Android/iPhone. Seterusnya ikuti langkah-langkah pendaftaran di bawah:

  1. Buka aplikasi RHB Mobile Banking dan log masuk akaun anda
  2. Pada menu utama klik pada button Setting di sudut kiri atas
  3. Seterusnya klik pada Security dan pilih menu Secure Plus
  4. Anda dikehendaki untuk masukkan kata lalaun RHB online banking sekiranya anda log masuk guna Quick Login
  5. Scroll ke bawah, baca terma & Syarat yang tertera dan tick pada kotak tersebut dan klik pada Authorise Now
  6. Notifikasi Pendaftaran akan tertera, klik pada Proceed
  7. Kemudian masukkan nombor OTP yang diterima melalui SMS untuk aktifkan fungsi ini
  8. Secure Plus sudah berjaya diaktifkan. Selepas mengaktifkan GO Secure, pembayaran boleh dibuat seperti biasa.

MAKLUMAT LANJUT 

Untuk dapatkan maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi costumer service bank RHB. Melalui nombor telefon rasmi:

  • Nombor telefon : 03-9206 8118
  • Atau pergi ke cawangan bank RHB terdekat untuk menyelesaikan masalah Anda
ARTIKEL BERKAITAN

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *