SAYIDINA HAMZAH BIN ABDUL MUTALIB (KISAH PAHLAWAN DALAM ISLAM)

SAYIDINA HAMZAH BIN ABDUL MUTALIB (KISAH PAHLAWAN DALAM ISLAM)
Share Artikel Ini Di Media Sosial

SAYIDINA HAMZAH BIN ABDUL MUTALIB (KISAH PAHLAWAN DALAM ISLAM)

 

Baca Juga : Solat Jamak Dan Qasar (Pengertian Dan Syarat)

PENGHULU PARA SYUHADA

 

Nabi SAW bersabda yang bermaksud, “Malaikat Jibrail datang menemuiku dan memaklumkan bahawa nama Hamzah bin Abdul Mutalib telah tertulis sebagai warga langit yang tujuh. Hamzah bin Abdul Mutalib adalah Singa Allah dan Singa RasulNya. Tidak ada yang membuatkan aku begitu marah selain daripada apa yang berlaku hari ini (iaitu peristiwa menyeksa dan mencacatkan jasad beliau).”

 

Apabila disebut saja nama beliau, siapa yang tidak mengenalinya. Beliaulah Bapa saudara kepada Nabi Muhammad SAW yang terkenal dengan panggilan ‘Singa Allah’ (Assadullah) yang digeruni oleh orang-orang kafir Quraisy, hinggakan apabila disebut sahaja nama beliau, akan menggeletarlah seluruh tubuh badan mereka kerana ketakutan.

 

 

Sayidina Hamzah terkenal dengan gelaran ‘Singa Allah’ (Assadullah yang diberikan oleh Rasulullah kerana ketangkasan dan kehebatan beliau dalam peperangan menentangmusuh Allah. Selain daripada itu beliau juga dikenal sebagai ‘Singa Syurga’ (Assadul Jannah). Semasa beliqu hidup, beliau juga dipanggil sebagai Abu Umara dan Abu Ya’la. Walau bagaimanapun, beliau paling dikenali dengan gelaran ‘Penghulu Para Syuhada’ yang dipanggil oleh Nobi Muhammad SAW, setelah beliau gugur syahid dalam Perang Uhud. Menurut ahli sejarah Islam. Sayidina Hamzah bukan setakat bapa saudara Rasulullah SAW. Beliau juga sebenamya adalah abang susuan kepada Rasulullah SAW kerana mereka pernah disusukan oleh ibu susuan yang sama iaitu Halimatus Saadiah.

 

Sayidina Hamzah tergolong sebagai orang yang sangat rapat dengan Rasulullah SAW. Hal ini bukan sahaja kerana beliau mempunyai hubungan pertalian darah, tetapi juga kerana umur di antara kedua mereka yang hampir sebaya. Menurut ahli sejarah Islam, perbezaan umur di antara Rasulullah SAW dengan Sayidina Hamzah ialah sekitar dua tahun. Sayidina Hamzah dikatakan lahir pada tahun 568 Masihi sedangkan Rasulullah SAW pula lahir pada tahun 570 Masihi.

 

Sayidina Hamzah memeluk Islam agak lewat sedikit jika dibandingkan dengan Sayidina Abu Bakar dan Sayidina Ali, sepupu Rasulullah SAW. Walau bagaimanapun, beliau memeluk agama Islam lebih dahulu daripada Sayidina Umar. Sebelum memeluk agama Islam, Sayidina Hamzah memang cenderung untuk membela dan melindungi anak saudaranya, Rasulullah SAW. Walau bagaimanapun, hal itu dilakukan lebih kepada memenuhi ajakan abang beliau, Abu Talib.

 

Kisah pengislaman Sayidina Hamzah bermula apabila beliau baru balik daripada berburu dan pergi ke Kaabah, yang menjadi tempat berkumpulnya para pembesar Quraisy dan penduduk Makkah ketika itu. Hajat beliau ialah untuk berbual dengan kawan-kawannya. Ketika itu busur panah tersandang di bahunya. Tiba-tiba seorang hamba perempuan kepada seorang pembesar Quraisy bernama Abdullah bin Jad’an mendekati beliau. Hamba perempuan tersebut berkata kepada Sayidina Hamzah,

 

“Alangkah aibnya wahai Bani Abdul Manaf, kiranya engkau melihat sebentar tadi, bagaimana Abul Hakam (gelaran kepada Abu Jahal) mencaci maki Muhammad yang sedang duduk. Muhammad hanya berdiam diri ketika dia dicaci dengan pelbagai kata-kata yang hodoh. Kemudian Abu Jahal berlalu dari sisi Muhammad dengan megahnya sambil ketawa.”

 

Menyirap darah Sayidina Hamzah apabila mendengar kata kata hamba perempuan itu. Tiba-tiba dia berasa begitu sedih dan sayu mengenangkan nasib anak saudaranya itu. Anak saudara yang kematian ayah ketika masih kecil dan sekarang ini dicaci maki sesuka hati oleh orang-orang Quraisy hanya kerana dia menyeru mereka untuk berbuat baik, tidak menyembah berhala, minum arak, berjudi, berzina dan melakukan segala bentuk kezaliman.

 

Sayidina Hamzah berasa begitu bersalah kerana sebagai salah seorang bapa saudara kepada Rasulullah SAW, beliau sepatutnya membela nasib anak kepada arwah abangnya itu. Segeralah timbul rasa keinsafan dan kesedaran dalam diri beliau. Beliau segera mencari Abu Jahal. Ditemuinya Abu Jahal sedang bersembang di suatu penjuru Kaabah. Sayidina Hamzah lalu melompat ke arah tempat Abu Jahal duduk lalu dipukulnya kepala Abu Jahal dengan hulu pedangnya sehingga bengkak-bengkak kepala dan mukanya. Sambil tangannya masih memegang pedang, Sayidina Hamzah berkata kepada Abu Jahal,

 

“Apakah akan engkau maki lagi Muhammad sesuka hatimu? Ketahuilah sesungguhnya aku telah memeluk agama yang dibawa oleh Muhammad. Jika engkau berani, silalah balas pukulan aku sebentar tadi!”

 

Ketika itu, beberapa orang yang ada di situ bangkit untuk membantu Abu Jahal dan bersiap sedia untuk melawan Sayidina Hamzah. Melihat Sayidina Hamzah tidak sedikit pun berundur atau berasa takut, akhimya mereka segera membatalkan niat masing-masing lalu membiarkan Sayidina Hamzah. Sayidina Hamzah kemudian beredar dari situ lalu pergi berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW dan mengucap dus kalimah syahadah. Bermulalah detik baru dalam kehidupan Sayidina Hamzah. Jika dahulu, beliau banyak menghabiskan masanya dengan berburu atau kegiatan-kegiatan yang kurang berfaedah, kini seluruh kehidupannya ditumpukan kepada Nabi Muhammad SAW. Ke mana sahaja anak buahnya itu pergi, beliau akan setia berada di sisi demi menjaga keselamatan baginda.

 

Berita pengislaman Sayidina Hamzah umpama petir yang menyambar Kota Makkah. Berita itu segera tersebar dan menjadi bahan berita yang hangat diperkatakan. Berita tersebut juga telah mendorong semakin ramai orang Quraisy yang memeluk Islam. Pengislaman Sayidina Hamzah juga merupakan satu tamparan hebat kepada para pembesar Quraisy yang tidak putus-putus berusaha menghalang kerja-kerja dakwah oleh Nabi Muhammad SAW. Hal ini juga telah mendorong para pembesar Quraisy untuk menghantar wakil mereka bagi menemui Nabi Muhammad SAW. Tujuannya tidak lain daripada memujuk baginda supaya berhenti daripada menyebarkan agama Islam. Pangkat, kedudukan dan harta ditawarkan kepada baginda, tetapi baginda tetap menolaknya. Baginda tetap istiqamah dalam perjuangan menegakkan yang hak dan menghapuskan kebatilan.

 

Kecintaan Sayidina Hamzah terhadap Rasulullah SAW dan ajaran Islam akhirnya telah mendorong beliau untuk ikut berhijrah ke Madinah. Beliau sanggup berkorban dengan meninggalkan corak hidup kebangsawanan, harta kekayaan, pangkat dan kedudukan demi untuk dapat terus berada di sisi Rasulullah SAW. Ditinggalkan segala kenangan indah semasa berada di Makkah. Ditinggalkan tempat bermain dan tempat dia menjalankan aktiviti perburuan. Bahkan ditinggalkan keluarga dan sanak saudara tersayang. Segala-galanya dilakukan demi membuktikan cinta dan kasih sayangnya kepada Nabi Muhammad SAW dan ajaran Islam yang menjadi pegangan hidupnya.

 

Di Madinah, bermulalah era baru dalam kehidupan Sayidina Hamzah. Beliau tidak mahu membebankan orang lain dengan kehidupannya. Beliau telah pergi berjumpa dengan Rasulullah SAW bagi mendapatkan nasihat tentang apa yang perlu dilakukannya. Ketika mana Rasulullah SAW mempersaudarakan orang-orang Islam dari Makkah yang berhijrah bersama baginda iaitu kaum Muhajirin, dengan orang-orang Islam di Madinah iaitu kaum Ansar, apa yang berlaku kepada Sayidina Hamzah adalah sebaliknya. Beliau dipersaudarakan dengan bekas hamba baginda iaitu Zaid bin Harithah, yang kemudian menjadi anak angkat baginda.

 

Dari satu segi, kita dapat melihat kebesaran jiwa dan keterbukaan minda serta ketaatan Sayidina Hamzah yang begitu kuat menghunjam ke dasar. Beliau adalah seorang bangsawan Quraisy, dari keluarga yang ternama tetapi dipersaudarakan dengan bekas seorang pelayan. Tidak sedikit pun timbul rasa terkilan di hati beliau apatah lagi untuk membantahnya. Dari satu segi yang lain, Rasulullah SAW dilihat tetap ingin meletakkan Sayidina Hamzah dalam lingkungan kekeluargaan baginda. Maka itulah beliau dipersaudarakan dengan Zaid, yang telah dimerdekakan dan menjadi anak angkat yang amat disayangi dan dikasihi baginda.

 

Strategi perjuangan Rasulullah SAW memasuki fasa baru apabila baginda berhijrah ke Madinah. Jika sebelum ini baginda membiarkan para penganut Islam diseksa dan harta benda mereka dirampas, maka sekarang sudah sampailah masanya bagi umat Islam untuk mempertahankan serta membela diri. Allah SWT telah menurunkan wahyu dan mengizinkan umat Islam untuk berperang. Rasulullah SAW lalu mengirimkan satu pasukan yang terdiri daripada 30 orang Muhajirin dengan dipimpin sendiri oleh Sayidina Hamzah ke Saiful Bahar, iaitu tidak jauh dari tempat yang bernama ‘Ais. Di sini pasukan yang dipimpin oleh Sayidina Hamzah telah bertembung dengan satu pasukan tentera Quraisy yang dipimpin oleh Abu Jahal berserta 300 orang. Sedikit pun tidak terasa gentar di dada Sayidina Hamzah melihat bilangan tentera musuh yang berlipat kali ganda itu. Bahkan beliau mempersiapkan pasukannya untuk menghadapi Abu Jahal dan tenteranya. Walau bagaimanapun, pertempuran tersebut tidak berlaku setelah sempat dicegah oleh Majdy bin Amru Al-Juhany.

 

Tidak berapa lama selepas peristiwa itu, berlakulah pertama dalam sejarah Islam yang dikenali sebagai Perang Badar. Perang Badar adalah medan bagi Sayidina Hamzah untuk menunjukkan kepahlawanannya. Perang Badar juga turut menjadi medan bagi beliau untuk menuntut bela di atas penderitaan Rasulullah SAW dan umat Islam yang terpaksa berhijrah dari Makkah, demi mengelakkan diri daripada penganiayaan dan kezaliman pembesar-pembesar Quraisy Perang Badar berlaku pada tahun 2 Hijrah atau bersamaan tahun 624 Masihi. Sayidina Hamzah diberi peranan utama oleh Rasulullah SAW dalam perang ini dan memimpin salah satu dari pasukan tentera Islam yang berjumlah seramai 313 orang, sedangkan tentera kafir Quraisy berjumlah seramai 1,000 orang. yang perang

 

Ketika itu, tentera Islam dalam keadaan serba kekurangan sama ada dari segi kenderaan, mahupun persenjataan. Sedangkan tentera kar Quraisy pula memang mempunyai kelengkapan perang yang serba baik. Walau bagaimanapun, hal ini sama sekali tidak mematahkan para pejuang Islam termasuklah Sayidina Hamzah. Ketika perang hampir meletus, tampillah Al-Aswad bin Abdul Asad Al-Makhzumy Beliau dengan sombong bersumpah untuk minum di kawasan mata air atau kolam takungan air milik tentera Islam. Beliau dengan lantang mencabar sesiapa sahaja daripada tentera Islam yang berani tampil menghalangnya.

 

Melihat akan keadaan itu, tampillah Sayidina Hamzah, singa Allah Maka berlakulah perang tanding di antara kedua mereka. Setelah berlaku tetak menetak, tikam menikam dan elak-mengelak, akhirnya Al-Aswad tersungkur dek penangan pedang Sayidina Hamzah. Tersungkur rebahlah dia. Dalam keadaan begitu, dia masih berusaha untuk merangkak-rangkak pergi ke kolam air milik tentera Islam bagi melaksanakan hasratnya. Sayidina Hamzah sekali lagi menghunuskan pedangnya lalu mati tergeletaklah musuh Allah tersebut.

 

Pembesar-pembesar Quraisy yang ikut serta dalam peperangan itu segera mencabar Nabi Muhammad SAW. Mereka mendesak agar baginda mengeluarkan pahlawan Islam dari kalangan bangsawan Quraisy supaya dapat berentap dengan pahlawan-pahlawan mereka. Maka ketika itu tampillah tiga sosok tubuh pahlawan Islam dari kalangan bangsawan Quraisy, menyahut cabaran. Salah seorang daripada mereka tidak lain dan tidak bukan, Sayidina Hamzah bin Abdul Mutalib. Turut serta berdiri di sisi beliau ialah Ubaidah Ibnul Haris dan Sayidina Ali bin Abi Talib. Berlakulah perang tanding yang hebat. Sayidina Hamzah berjaya menewaskan lawannya laitu Utbah. Begitu juga dengan Sayidina Ali. Ubaidah Ibnul Haris pula tewas sebelum Sayidina Hamzah dan Sayidina Ali datang membantu lalu menumpaskan lawannya, sekali gus menuntut bela di atas kematian Ubaidah.

 

Setelah kekalahan para bangsawan Quraisy, dengan segera mereka menyerbu ke arah tentera Islam. Serangan mereka segera disambut oleh para pahlawan Islam dengan penuh keberanian. Sayidina Hamzah berjuang dengan gagah berani dalam peperangan ini dan menebas serta menikam tentera musuh. Begitu juga dengan tentera Islam yang lain. Akhirnya tewaslah tentera musuh. Seramai 70 orang tentera musuh dapat dibunuh sementara 70 orang lagi dapat ditawan. Di pihak tentera Islam pula, seramai 14 orang gugur syahid. Turut terbunuh dalam peperangan ini ialah beberapa orang pembesar mereka.

 

Kembalilah tentera kafir Quraisy ke Makkah dengan perasaan malu dan dendam bersarang di dada. Salah seorang daripada mereka melaung-laungkan kepada musyrikin Makkah dengan berkata,

 

“Sesungguhnya Hamzah bin Abdul Mutalib telah menghina dan membunuh bangsawan-bangsawanmu. Pedangnya telah memancung kepala ramai pembesar-pembesarmu. Apakah kamu tidak malu dan berasa terhina? Ayuh, bangkitlah dan balas dendamlah kamu terhadap beliau!”

 

Setelah berakhirnya Perang Badar, Sayidina Hamzah kembali ke Madinah dan menjalani kehidupan seperti biasa. Pada wajahnya jelas terbayang rasa syukur dan kepuasan yang tidak terhingga kerana dapat membunuh ramai pembesar Makkah yang selama ini telah memaki hamun serta menyeksa Nabi Muhammad SAW dan orang-orang Islam. Walau bagaimanapun, beliau dan orang-orang Islam tidak dapat berehat lama. Setahun kemudian iaitu pada bulan Syaaban tahun 3 Hijrah bersamaan 625 Masihi, datanglah angkatan perang Quraisy yang lebih besar bertujuan untuk menyerang dan menghancurkan Madinah. Tujuan utama mereka ialah untuk membunuh Nabi Muhammad SAW dan membalas dendam di atas kekalahan mereka dalam Perang Badar. Pasukan kali ini diketuai oleh Abu Sufian.

 

Akibatnya meletuslah Perang Uhud di kawasan Bukit Uhud gus Dengan jumlah tentera seramai 10,000 orang, pasukan kafir Quraisy begitu yakin untuk menghancurkan tentera Islam, sekali membunuh Nabi Muhammad SAW dan memadamkan syiar Islam. Di antara mereka turut serta seorang hamba bernama Wahsyi yang telah dijanjikan untuk dimerdekakan jika sekiranya dia berjaya membunuh Sayidina Hamzah. Di pihak pasukan Islam pula, Nabi Muhammad SAW bersama-sama dengan 3,000 orang menanti serangan tentera Quraisy dengan penuh keberanian. Berlakulah pertempuran yang dahsyat di antara kedua-dua pasukan. Sayidina Hamzah sekali lagi menunjukkan kepahlawanannya. Ramai tentera kafir Quraisy yang gugur akibat menjadi mangsa pedang beliau. Tanda-tanda mula menunjukkan pasukan Islam bakal memenangi pertempuran sekali lagi. Tentera kafir Quraisy dalam keadaan kelam kabut kerana diasak oleh tentera Islam yang berjuang dengan berani, meskipun bilangan mereka sedikit.

 

Ketamakan terhadap harta rampasan perang menyebabkan sejumlah kecil tentera Islam mula membelakangkan arahan Rasulullah SAW. Pasukan pemanah pula turut terpukau sama oleh kilauan harta hingga sanggup meninggalkan kubu strategik yang dikawal oleh mereka. Melihat keadaan ini, pasukan tentera berkuda kafir Quraisy pimpinan Khalid Al-Walid yang ketika itu sudah mula berundur, segera mengambil kesempatan. Mereka mara semula ke medan perang dan melancarkan serangan kilat. Akibatnya ramailah tentera Islam yang cedera dan gugur syahid. Rasulullah SAW sendiri mengalami kecederaan. Dalam keadaan kelam kabut inilah, Wahsi mula mengintai-intai peluang untuk membunuh Sayidina Hamzah.

 

Ketika Sayidina Hamzah asyik berhadapan dengan tentera musuh, Wahsyi melontarkan lembingnya secara curi ke arah Sayidina Hamzah. Lembing itu tepat mengenai dada Sayidina Hamzah lalu gugurlah beliau sebagai syuhada. Apabila berita kematian Sayidina Hamzah itu diketahui oleh Hindun binti Utbah, segeralah beliau datang mendekati jasad Singa Allah itu. Dibelahnya dada Sayidina Hamzah lalu dikeluarkan hati beliau. Hindun cuba memamah dan menelan hati Sayidina Hamzah, tetapi Allah SWT tidak mengizinkannya. Dengan perasaan marah, dia lalu mengelar dan mencederakan tubuh badan Sayidina Hamzah untuk melepaskan geramnya terhadap pahlawan yang telah membunuh ayahnya, bapa saudaranya serta seorang adik beradiknya.

 

Begitulah berakhirnya kesudahan hidup seorang pahlawan Islam yang terulung dalam sejarah awal perkembangan Islam. Sebaik sahaja jasad Sayidina Hamzah dibawa ke hadapan Rasulullah SAW, berlinanglah air mata baginda mengenang akan keadaan yang menimpa bapa saudara kesayangan baginda itu. Tambah menyayat hati apabila melihat perut beliau telah dirobek dan anggota badannya telah dicederakan serta dicacatkan oleh kafir Quraisy.

 

Diriwayatkan bahawa Wahsyi yang bertanggungjawab membunuh Sayidina Hamzah akhirnya telah memeluk Islam. Ada dikatakan beliau telah diperintahkan untuk tidak berjumpa Nabi Muhammad SAW dan diminta menjauhkan diri supaya tidak mengingatkan kepada baginda akan peristiwa sedih yang telah menimpa bapa saudara baginda itu. Begitulah besarnya kecintaan Rasulullah SAW terhadap Sayidina Hamzah.

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *