SAVE 4.0 : REBAT RM400 PEMBELIAN PERALATAN ELETRIK

SAVE 4.0 : REBAT RM400 PEMBELIAN PERALATAN ELETRIK
Share Artikel Ini Di Media Sosial

SAVE 4.0 : REBAT RM400 PEMBELIAN PERALATAN ELETRIK

Tahukah anda tentang rebat pembelian peralatan eletrik RM400 SAVE 4.0? E-REBAT untuk pembelian peralatan eletrik cekap tenaga ini boleh di tebus bermula 10 Disember 2023. Pemberian rebat oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia, sebuah agensi di bawah kerajaan Malaysia, adalah untuk pembelian peralatan dengan label kecekapan tenaga 4 bintang atau 5 bintang daripada Suruhanjaya Tenaga. SEDA menyediakan pemberian e-rebat sehingga RM400.

APA ITU SAVE 4.0 ?

Sustainability Achieved Via Energy Efficiency (SAVE) 4.0 ialah program yang memberikan e-Rebat maksimum RM400 kepada isi rumah domestik yang membeli cekap tenaga dengan label kecekapan tenaga 4 bintang atau 5 bintang daripada Suruhanjaya Tenaga (ST).

Program SAVE 4.0 adalah kesinambungan kepada Program SAVE 3.0 yang pernah dilaksanakan sebelum ini.

Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) telah melancarkan program ini dengan dibiayai oleh Dana Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE) dengan jumlah peruntukan sebanyak RM50 juta.

OBJEKTIF SAVE 4.0

Objektif utama Program ini adalah seperti berikut:

  • Menambah jumlah peralatan elektrik cekap tenaga 4 dan 5 bintang di pasaran; dan
  • Meningkatkan kesedaran orang ramai untuk menggalakkan mereka membeli peralatan cekap tenaga yang akan menjimatkan penggunaan elektrik pengguna, terutamanya untuk pengguna domestik.

TEMPOH PERLAKSANAAN REBAT PEMBELIAN PERALATAN ELETRIK

Tempoh pelaksanaan projek telah ditetapkan selama satu (1) tahun dari Disember 2023 hingga Disember 2024.

SIAPA YANG LAYAK REBAT SAVE 4.0

Menurut SEDA, program ini akan memberi manfaat kepada 250,000 isi rumah di seluruh Malaysia. Pemohon yang berminat boleh memohon rebat antara Disember 2023 dan Disember 2024.

Untuk melayakkan diri mendapat rebat ini, pemohon mestilah:

  • Warganegara Malaysia
  • Pengguna / Pemilik Akaun Elektrik Berdaftar (domestik) di syarikat utiliti elektrik seperti TNB, Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB), Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Nur Power Sdn. Bhd.
  • Membeli peralatan elektrik cekap tenaga dengan label 4 atau 5 bintang antara Disember 2023 hingga Disember 2024
  • Satu (1) akaun utiliti hanya layak memohon satu (1) e-rebat untuk setiap peralatan elektrik yang dinyatakan & adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat

CARA SEMAK KELAYAKAN SAVE 4.0

Semakan kelayakan boleh dibuat melalui laman web SEDA (Sustainable Energy Development Authority).

KADAR REBAT PEMBELIAN PERALATAN ELETRIK

Setiap isi rumah layak untuk mendapat e-Rebat sehingga RM 400 (RM 200 untuk penyaman udara dan RM200 untuk peti sejuk) dengan pembelian peralatan elektrik cekap tenaga yang berlabel 4 atau 5 bintang.

SENARAI PERALATAN ELETRIK YANG BOLEH DIBELI GUNA E-REBAT

Anda layak untuk mendapat e-Rebat sekiranya anda membeli peralatan elektrik cekap tenaga berlabel 4 & 5 bintang (senarai jenama dan model peralatan tersebut adalah terdapat di laman sesawang SEDA Malaysia).

RUJUK SENARAI PENUH PRODUK SAVE 4.0 & HARGA PASARAN : https://save.seda.gov.my/publics/product

SENARAI KEDAI / PLATFORM ONLINE BERDAFTAR DENGAN PROGRAM SAVE 4.0

Untuk melihat senarai kedai / pasar raya berdaftar di bawah program ini, sila layari https://save.seda.gov.my/publics/retailer

Anda juga boleh memilih senarai e-dagang dan membuat carian SAVE 4.0 di platform e-dagang pilihan anda seperti Shopee, PG Mall dan Lazada.

CARA TEBUS SAVE 4.0

Pengguna boleh memohon dan mendapatkan e-rebat melalui 2 kaedah iaitu:

  1. Membawa bil elektrik terkini dan membuat pembelian secara fizikal di kedai-kedai elektrik / pasar raya berdaftar di bawah Program ini ; atau
  2. Memohon e-rebat dan membuat pembelian secara atas talian menerusi platform e-dagang yang diiktiraf
  3. Pembeli hanya perlu mempunyai no. akaun bil elektrik domestik yang sah.

Tuan / puan disarankan untuk membawa kad pengenalan & bil elektrik dalam bentuk salinan bercetak (hard copy) untuk memudahkan proses pengesahan akaun elektrik tuan/puan.

MAKLUMAT LANJUT

Anda boleh melayari laman web  https://www.seda.gov.my/saveprogram/ untuk maklumat lanjut.

ATAU

Pasukan Khas Program SAVE 4.0
Bahagian Pembangunan dan Fasilitasi Teknikal
SEDA Malaysia
Telefon : 03-8870 5853/5869/5864/5922
E-mel: [email protected]
Laman web :

 

Baca Juga :

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *