RUMAH MAMPU MILIK PAHANG : CARA PERMOHONAN

RUMAH MAMPU MILIK PAHANG : CARA PERMOHONAN
Share Artikel Ini Di Media Sosial

RUMAH MAMPU MILIK PAHANG : CARA PERMOHONAN

Bagaimana permohonan rumah mampu milik Pahang boleh dilakukan bagi anda yang masih belum memiliki rumah.

Kerajaan negeri Pahang melalui sistem perumahan awam negeri Pahang menyediakan peluang kepada penduduk negeri tersebut untuk memiliki rumah.

Kerajaan sedar dan faham harga rumah semakin hari semakin tinggi dan sukar dimiliki oleh golongan yang berpendapatan rendah.

Ada beberapa jenis skim perumahan yang disediakan seperti:

  • Rumah kos rendah dan sederhana rendah
  • Rumah Prima
  • Rumah Makmur
  • Rumah Pahang
  • Rumah Penjawat Awam Pahang

Rumah rumah ini boleh dipohon dengan mengikut syarat syarat yang ditetapkan oleh kerajaan.

SYARAT PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK PAHANG

Untuk makluman anda syarat syarat yang dikenakan oleh kerajaan negeri adalah berbeza mengikut jenis skim perumahan yang dipohon.

Antara syarat utama adalah daripada segi kadar pendapatan kerana skim harga rumah adalah berbeza mengikut rumah.

Dibawah ini adalah syarat syarat yang dikenakan oleh kerajaan negeri Pahang bagi sesiapa yang ingin memohon mengikut skim perumahan yang ditawarkan.

RUMAH KOS RENDAH DAN SEDERHANA RENDAH PAHANG

SYARAT PERMOHONAN

  1. Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang;
  2. Jumlah pendapatan seisi rumah tidak melebihi RM3,000.00 sebulan;
    1. a)  Perumahan Kos Rendah (Kerajaan)
      • Telah berkahwin dan berumur 18 tahun ke atas
      • Belum berkahwin tetapi berumur melebihi 35 tahun
    2. b) Perumahan Kos Rendah/Kos Sederhana Rendah (Swasta)
      • Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas
  3. Tidak mempunyai tanah (syarat tanah: Bangunan) atau rumah atau kedua-duanya sekali yang didaftarkan di atas nama pemohon atau suami/isteri pemohon;
  4. Tidak pernah diberikan pemilikan rumah kos rendah (Kerajaan/Swasta) atau kos sederhana rendah;
  5. Bukan seorang peserta di bawah Rancangan Pembangunan Tanah atau Rancangan Penempatan Semula yang dianjurkan oleh Kerajaan;
  6. Telah menetap dan tinggal di Negeri Pahang secara terus menerus selama tidak kurang daripada lima (5) tahun dan;
  7. Pemohon atau suami/isteri pemohon tidak pernah dibatalkan pendaftaran permohonan sebelum ini kerana didapati memberi keterangan palsu.

PERUMAHAN PRIMA PAHANG

SYARAT PERMOHONAN

  1. Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang;
  2. Jumlah pendapatan seisi rumah tidak melebihi RM10,000.00 sebulan;
  3. Keutamaan kepada yang berumur 40 tahun ke bawah dan
  4. Telah menetap dan tinggal di Negeri Pahang secara terus menerus selama tidak kurang daripada lima (5) tahun.

PERUMAHAN MAKMUR PAHANG

SYARAT PERMOHONAN

  1. Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang;
  2. Jumlah pendapatan seisi rumah tidak melebihi RM5,000.00 sebulan;
  3. Tidak mempunyai tanah (syarat tanah: Bangunan) atau rumah atau kedua-duanya sekali yang didaftarkan di atas nama pemohon atau suami/isteri pemohon;
  4. Tidak pernah diberikan pemilikan rumah kos rendah (Kerajaan/Swasta) atau kos sederhana rendah;
  5. Bukan seorang peserta di bawah Rancangan Pembangunan Tanah atau Rancangan Penempatan Semula yang dianjurkan oleh Kerajaan;
  6. Telah menetap dan tinggal di Negeri Pahang secara terus menerus selama tidak kurang daripada lima (5) tahun dan;
  7. Pemohon atau suami/isteri pemohon tidak pernah dibatalkan pendaftaran permohonan sebelum ini kerana didapati memberi keterangan palsu.

PERUMAHAN RUMAH PAHANG 

SYARAT PERMOHONAN

  1. Pemohon adalah kalangan generasi kedua peneroka Felda atau seterusnya yang menetap atau bekerja di Negeri Pahang di dalam kawasan berkenaan sahaja atau gugusan yang sama;
  2. Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang;
  3. Jumlah pendapatan seisi rumah tidak melebihi RM5,000.00 sebulan;
  4. Tidak mempunyai tanah (syarat nyata tanah : Bangunan ) atau rumah atau kedua-duanya sekali yang didaftarkan di atas nama pemohon atau suami/isteri pemohon;
  5. Tidak pernah memiliki kediaman di atas nama pemohon dan pasangan;
  6. Bukan seorang peserta di bawah Rancangan Pembangunan Tanah atau Rancangan Penempatan Semula yang dianjurkan oleh Kerajaan; dan.
  7. Telah menetap dan tinggal di Negeri Pahang secara terus menerus selama tidak kurang daripada lima(5) tahun.

PERUMAHAN RUMAH PENJAWAT AWAM PAHANG 

SYARAT PERMOHONAN

  1. Pemohon adalah warganegara Malaysia
  2. Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas.
  3. Telah menetap dan tinggal di Negeri Pahang secara terus menerus selama tidak kurang daripada lima (5) tahun;
  4. Pemohon adalah penjawat awam Persekutuan, Negeri atau Badan Berkanun Persekutuan/Negeri dan telah berkhidmat sekurang kurangnya lima (5) tahun di dalam perkhidmatan awam tersebut.
  5. Keutamaan adalah kepada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.
  6. Anak, anak angkat (by law), anak tiri penjawat awam dan pesara kerajaan.
  7. Kelayakan permohonan dan kelulusan RPAP adalah ditetapkan kepada sebuah (1) rumah bagi seorang (1) penjawat awam.
  8. Tempoh moratarium pindah milik selama sepuluh (10) tahun akan dikenakan dari tarikh Perjanjian Jual-Beli (S&P).
  9. Pendapatan isi rumah adalah seperti berikut:
    • Jenis A :
      • Teres 1 tingkat/ Apartment
      • Pendapatan Isi Rumah Tidak melebihi RM6,000.00 sebulan
    • Jenis B :
      • Teres 1 tingkat/ Apartment
      • Pendapatan Isi Rumah Tidak melebihi RM12,000.00 sebulan
    • Jenis C :
      • Rumah teres 2 tingkat/ Berkembar 1 tingkat (semi detached) / Banglo 1 tingkat
      • Terbuka

CARA MOHON RUMAH MAMPU MILIK PAHANG

Untuk proses permohonan pula semua permohonan boleh dilakukan secara online di website rasmi https://eperumahan.pahang.gov.my/

  1. Lengkapkan borang dengan betul.
  2. Hanya maklumat yang lengkap sahaja akan diproses.
  3. Medan bertanda * adalah wajib diisi.
  4. Klik SIMPAN selepas mengisi borang.
  5. Anda dibenarkan untuk mengemaskini semula borang selagi butang HANTAR PERMOHONAN tidak diklik. Setelah selesai, tandakan ruangan PENGAKUAN dan klik pada HANTAR PERMOHONAN.
  6. Cetak Slip Penerimaan Pendaftaran dan kemukakan bersama dokumen sokongan dalam tempoh 7 hari dari tarikh permohonan ini dan hantar ke Bahagian Perumahan atau mana-mana Pejabat Daerah dan Tanah.

Selepas dah selesai permohonan anda hanya pertu tunggu sama ada anda layak atau tidak untuk proses seterusnya untuk memiliki rumah.

Untuk maklumat lebih lanjut boleh terus bertanya kepada pejabat pejabat daerah yang berdekatan dengan anda.

Baca Juga :

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *