RINGKASAN BAJET 2024 : INTIPATI BELANJAWAN MADANI

RINGKASAN BAJET 2024 : INTIPATI BELANJAWAN MADANI
Share Artikel Ini Di Media Sosial

RINGKASAN BAJET 2024 : INTIPATI BELANJAWAN MADANI

Berikut adalah ringkasan daripada keseluruhan bajet 2024 yang telah di bentangkan oleh PMX. BELANJAWAN 2024 Malaysia Madani yang dibentangkan hari ini pastinya dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Bajet 2024 bermula pukul 4 petang, Jumaat. Ia merupakan belanjawan kedua dibentangkan di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar yang juga Menteri Kewangan.

APAKAH BAJET 2024?

Seperti yang diumumkan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan semasa Majlis Libat Urus Belanjawan 2024, ‘Memperkasa Ekonomi MADANI’ ialah dasar menyeluruh Kerajaan Perpaduan yang berhasrat untuk mengangkat semula darjat dan martabat negara ini.

Kerajaan Perpaduan beriltizam untuk mengangkat sebuah Malaysia MADANI yang punyai azam global, berteraskan nilai MADANI demi kesejahteraan rakyat.

ENAM NILAI MADANI yang dijadikan sebagai paksi utama iaitu, Kemampanan, Kesejahteraan, Daya Cipta, Hormat, Keyakinan & Ihsan.

BAJET 2024 UNTUK PENJAWAT AWAM DAN PESARA KERAJAN

  • Insentif RM1,000 kepada pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.
  • RM2,000 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak dan RM1,000 kepada semua Jawatan Utama Sektor Awam
  • Kerajaan bersetuju supaya had siling gaji bagi Skim Ex-Gratia Bencana Kerja ditingkatkan daripada RM4,000 kepada RM6,000 selaras dengan pindaan Skim PERKESO bagi sektor swasta.
  • RM400 juta penyelenggaraan dan baik pulih semua Rumah Keluarga Angkatan Tentera.
  • RM20 juta Kerja naik taraf sistem pembetungan kem Tentera Darat secara berfasa.
  • Menggiatkan inisiatif PROTEGE dan meluaskan skop kepada golongan veteran ATM.
  • Peruntukan untuk penyelenggaraan dan baik pulih semua rumah keluarga Angkatan Tentera.
  • RM2.4 bilion Membina, menyelenggara dan membaik pulih kuarters penjawat awam, guru, hospital, anggota polis, tentera dan bomba

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH DITINGKATKAN DALAM BAJET 2024

  • Sumbangan Tunai Rahmah akan ditingkatkan peruntukannya kepada RM10 bilion (2023: RM8 bilion).
  • Kadar minimum STR iaitu untuk golongan belia juga meningkat daripada RM350 kepada RM500.
  • Bayaran pertama STR untuk isi rumah biasanya maksimum RM300 sahaja.
  • Namun, untuk STR 2024, bayaran pertama STR dinaikkan kepada RM500.
  • Kategori baharu isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data eKasih akan menerima sumbangan maksimum RM3700 setahun mulai Januari 2024 berbanding RM3100 pada tahun 2023.
  • Tambah beliau, sumbangan tersebut akan disalurkan sebelum bulan Ramadan tahun depan.

JAMINAN BEKALAN AIR BERSIH DI DALAM BAJET 2024

  • Penyelesaian isu air W.P. Labuan – Penggantian paip-paip yang usang serta membaik pulih infrastruktur air sedia ada.
  • Penyelesaian isu air Sabah – Pemulihan dan penggantian infrastruktur serta peralatan bagi meningkatkan kapasiti loji rawatan air.
  • Penyelesaian isu air Kelantan – Pembinaan Loji Rawatan Air Machang Fasa 1 berkapasiti 250 juta liter sehari dan penggantian paip simen asbestos. Sewaan lori tangki dan tangki statik akan ditambah sementara menunggu projek siap.
  • RM1.1 bilion Penyelesaian isu air Termasuk melalui pinjaman Pengurusan Aset Air Berhad bagi penyelesaian isu bekalan air terutamanya di Kelantan, Sabah dan W.P. Labuan.

BAJET 2024 UNTUK SEKTOR PENDIDIKAN

  • RM16.3 bilion Kementerian Pendidikan Tinggi menerima peruntukan sebanyak RM16.3 billion.
  • RM250 juta Diperuntukkan untuk menggantikan dan meluaskan capaian Wi-Fi di semua universiti awam termasuk RM5 juta bagi pelaksanaan projek pendigitalan hospital pengajar universiti.
  • RM300 juta Diperuntukkan untuk menyelenggara dan membaiki prasarana di IPT serta menggantikan peralatan lama yang usang termasuk RM50 juta bagi perolehan peralatan di empat universiti teknikal Malaysia.
  • RM58.7 bilion Kementerian Pendidikan menerima peruntukan tertinggi sebanyak RM58.7 billion
  • RM1.9 bilion Merangkumi RM930 juta bagi kerja naik taraf bangunan dan prasarana daif serta RM1 bilion untuk penyelenggaraan di semua jenis sekolah di seluruh negara.
  • RM2.5 billion 26 buah sekolah baharu akan dibina tahun hadapan antaranya di negeri Sabah, Sarawak, Pahang, Perak, dan Kelantan.
  • Peluasan kriteria pendapatan ibu bapa bagi permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan (BPK) mengikut kadar pendapatan garis kemiskinan (PGK) RM2,589 memberi peluang kepada tambahan 35,000 penerima.
  • RM150 juta Memperluas pemberian bantuan di bawah Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin kepada murid Tahap 1 hingga Tingkatan 3 (2023: Tahap 1 sehingga Tingkatan 1) memberi manfaat kepada lebih 1,000,000 murid.
  • RM100 juta Diperuntukkan bagi penyelenggaraan dan menaik taraf makmal komputer sekolah dan memperoleh peralatan baharu untuk pembelajaran STEM.
  • RM30 juta Diperuntukkan untuk membekalkan peralatan sokongan pendidikan khas dan menyediakan kemudahan mesra OKU bagi memudahkan urusan murid dan guru di sekolah.
  • Disediakan RM100 juta bagi melaksanakan pendekatan holistik melibatkan semua pihak dalam membantu murid tercicir akibat pandemik COVID-19.
  • RM1 bilion diperuntukan untuk penyelenggaraan di semua jenis sekolah di seluruh negara.

SEKTOR KESIHATAN BAJET 2024

  • RM41.2 Bilion diperuntukan untuk perkhidmatan kesihatan
  • RM5.5 bilion daripadanya adalah untuk memperoleh bekalan ubat, bahan guna habis, reagen dan Vaksin

DISKAUN BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN

Diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN bermula 14 Oktober 2023 sehingga 31 Mac 2024 dengan kadar diskaun berikut.

  • 10% atas baki hutang penyelesaian penuh pinjaman,
  • 10% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran,
  • 15% untuk bayaran secara potongan gaji/debit terus berjadual.

BANTUAN KEPADA OKU DI DALAM BAJET 2024

  • RM1.2 bilion Menyediakan pelbagai bentuk bantuan seperti penjagaan OKU kronik terlantar, OKU tidak upaya bekerja dan elaun pekerja OKU.

BAJET 2024 KEPADA ORANG ASLI

  • RM333 juta Pelaksanaan projek pembangunan sosioekonomi, prasarana di perkampungan Orang Asli dan pemberian bantuan sosial (2023: RM305 Juta).
  • RM28 juta Mempergiat program pembangunan usahawan serta penanaman semula ladang Orang Asli di Perak dan Selangor.

PENGENCUALIAN CUKAI

  • Had pengecualian cukai pendapatan ke atas elaun penjagaan anak yang diterima oleh pekerja atau dibayar terus oleh majikan kepada pusat jagaan kanak-kanak ditingkatkan kepada RM3,000 berbanding RM2,400 sebelum ini.

KWSP DI DALAM BAJET 2024

  • Akaun Fleksibel KWSP akan diperkenalkan sebagai akaun baharu yang boleh diakses ahli pada bila-bila masa.
  • Program i-Sayang KWSP diperluas untuk turut membolehkan isteri memindahkan 2% caruman KSWP syer pekerja kepada suami.

RINGKASAN BANTUAN KEPADA NELAYAN DI DALAM BAJET 2024

  • Meneruskan pemberian subsidi diesel pada harga terendah, elaun sara hidup bulanan dan Insentif Hasil Tangkapan Nelayan kepada para nelayan.
  • RM10 juta Bantuan kepada nelayan berpendapatan rendah bagi membaik pulih dan membina rumah baharu.

PERUNTUKAN UNTUK PERSIAPAN BANJIR DAN BENCANA

  • RM300 Juta Peruntukan kepada NADMA sebagai persiapan menghadapi banjir.
  • RM100 juta memastikan kelancaran persiapan banjir hujung tahun ini; RM200 juta kepada Tabung Bantuan Bencana Negara; dan mempertingkatkan tahap keselesaan pusat pemindahan.
  • RM11.8 bilion pelaksanakan 33 projek tebatan banjir berkeutamaan tinggi.
  • RM20 juta peruntukan kepada 150 PBT untuk melaksanakan kerja pembaikan parit dan longkang yang rosak bagi mengurangkan risiko air bertakung dan banjir kilat.
  • RM563 juta penyelenggaraan, pembaikan dan pencegahan cerun di seluruh negara termasuk untuk program pemantauan, pencegahan dan pelaporan serta amaran awal meliputi 1,573 cerun yang berisiko tinggi.
  • Peruntukan diberikan untuk kerja pembaikan parit dan longkang.

MENGGALAKAN PENGGUNAAN JENTERA EV (ELETRIC VEHICLE)

  • RM170 juta Pelaburan daripada TNB, Gentari dan Tesla Malaysia untuk memasang sebanyak 180 stesen pengecasan EV.
  • Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik – Rebat tunai RM2,400 kepada pembeli bagi rakyat berpendapatan tahunan RM120,000 ke bawah.
  • RM600 juta Perolehan 150 bas elektrik dan pembinaan 3 depoh bas oleh PRASARANA bagi menyokong keperluan projek LRT3.

BANTUAN KEPADA GOLONGAN ARTIS DAN ANAK SENI DI DALAM BAJET 2024

  • Kerajaan mencadangkan pengecualian sepenuhnya Duti Hiburan bagi persembahan pentas oleh artis tempatan di Wilayah Persekutuan.
  • Kerajaan bercadang untuk menetapkan Kadar Cukai Pendapatan Khas antara 0% hingga 10% kepada syarikat produksi filem, pelakon filem asing dan kru filem yang menjalankan penggambaran filem di Malaysia.
  • Kerajaan mencadangkan pengurangan kepada 10% Duti Hiburan bagi persembahan pentas oleh artis antarabangsa dan acara hiburan lain seperti tayangan filem serta acara sukan dan permainan di Wilayah Persekutuan.
  • Kerajaan mencadangkan pengurangan kepada 5% Duti Hiburan bagi taman tema, pusat rekreasi keluarga, pusat permainan indoor dan simulator di Wilayah Persekutuan
  • RM10 juta Skim Dana Padanan MyCreative dalam menyokong anak-anak seni dalam penghasilan projek kreatif.

RINGKASAN BAJET 2024 KEPADA SEKTOR PELANCONGAN

  • RM80 juta Memelihara dan memulihara bangunan dan tapak warisan yang berpotensi diiktiraf oleh UNESCO.
  • RM20 juta Manfaat Kerajaan Negeri bagi menyelenggara dan memulihara lokasi lokasi tarikan pelancongan.
  • Pusat Pelancongan Islam (ITC) untuk membangunkan industri pelancongan mesra muslim di Malaysia.
  • RM20 juta Peruntukan kepada Think City untuk mengangkat dan memulihara nilai Kuala Lumpur sebagai bandaraya kreatif bermula dari Taman Tasik Perdana hinggalah ke Chinatown.

MENGGALAKAN PEMBELIAN PRODUK KELUARAN TEMPATAN

  • RM27 juta Memperhebat usaha pembelian produk buatan tempatan melalui kempen Beli Barangan Buatan Malaysia dan Program MySTI.
  • Agensi Kerajaan di bawah MARA, PUNB, UDA, DBKL akan turut menaik taraf kemudahan perniagaan mereka.
  • Pengecualian bayaran sewa kiosk bagi 6 bulan pertama untuk rakyat berniaga.
  • RM50 juta Pembinaan 4,000 unit ruang niaga baharu di kawasan PBT.
  • RM110 juta Baik pulih dan naik taraf pusat penjaja dan prasarana pasar awam yang uzur di 150 kawasan PBT.

PERUNTUKAN KEPADA TVET DAN GRADUAN TVET

  • RM100 juta Peruntukan bagi menyediakan pensijilan profesional yang diiktiraf industri kepada graduan TVET dan sebagai insentif kepada industri untuk bekerjasama dengan institusi TVET awam.
  • Peruntukan keseluruhan melibatkan pendidikan TVET berjumlah RM6.8 bilion.
  • RM70 juta Pelaksanaan Program Academy in Industry untuk menyediakan kemahiran sambil bekerja dalam tempoh sehingga 18 bulan.

RINGKASAN BAJET 2024 KEPADA USAHAMAN DAN PENIAGA KECIL SEDERHANA

  • RM40 juta Pelaksanaan Program Shop Malaysia Online bagi menggalakkan peniaga kecil khususnya dalam bidang makanan untuk berniaga dari rumah
  • M1.4 bilion Pinjaman mikro BSN untuk membantu menyediakan modal perniagaan, pembelian peralatan, premis serta pemasaran kepada penjaja dan pengusaha kecil-kecilan.
  • RM900 juta Galakan kepada PKS meningkatkan produktiviti perniagaan melalui automasi dan pendigitalan.
  • RM100 juta Geran pendigitalan sehingga RM5,000 untuk manfaat lebih 20,000 usahawan PKS dan pengusaha mikro.
  • RM44 bilion Nilai keseluruhan pinjaman dan jaminan pembiayaan yang tersedia untuk manfaat usahawan PMKS.
  • RM25 juta Dana tambahan i-TEKAD secara geran padanan dengan institusi kewangan memanfaatkan lebih ramai usahawan.
  • RM600 juta Dana Impak Khazanah Nasional bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan memberi lebih banyak peluang antaranya kepada komuniti desa, separa bandar dan golongan kurang mendapat perkhidmatan kewangan.
  • RM100 juta Dana pembiayaan kepada gerakan koperasi melalui Tabung Model Pusingan, Suruhanjaya Koperasi Malaysia antaranya bagi membantu lebih banyak koperasi.

PERUNTUKAN KEPADA SABAH DAN SARAWAK DI DALAM BAJET 2024

  • RM12.4 bilion Peruntukan pembangunan untuk Sabah dan Sarawak.
  • Meningkatkan kadar Pemberian Khas untuk Sarawak dan Sabah kepada RM300 juta.
  • Pelaksanaan penjanaan tenaga secara solar hibrid dan pembinaan jaringan talian penghantar elektrik di selatan Sabah.
  • Penyerahan pengoperasian Perkhidmatan Udara Desa (RAS) kepada Kerajaan Sarawak dan Sabah.
  • Sabah dan Sarawak mendapat peruntukan RM12.4 bilion untuk pembangunan.

RINGKASAN BAJET 2024 UNTUK INFRASTUKTUR JALAN

  • RM50 juta Menaik taraf lampu isyarat sedia ada kepada 30 unit lampu isyarat pintar di Jalan Persekutuan.
  • RM50 juta Penyelenggaraan lampu jalan termasuk menggantikan kepada jenis LED di kawasan PBT seluruh negara.
  • RM100 juta Penyelenggaraan lampu jalan termasuk menggantikan kepada jenis LED yang dapat menjimatkan elektrik sehingga 60%.
  • RM30 juta Meningkatkan peruntukan Jurutera Daerah kepada RM200 ribu untuk manfaat 115 JKR Daerah seluruh Malaysia.
  • RM2.8 Bilion Penyelenggaraan jalan dan jambatan persekutuan termasuk RM300 juta dikhususkan kepada kontraktor G1-G4.
  • RM5.4 Bilion Peruntukan MARRIS untuk menyelenggara jalan-jalan negeri.

ANTARA SUBSIDI, INSENTIF DAN BANTUAN KEPADA RAKYAT DALAM BAJET 2024

  • RM58.1 bilion Pemberian Kerajaan kepada rakyat merangkumi subsidi, insentif dan bantuan. Hampir 50% adalah untuk mengawal harga barang dan perkhidmatan.
  • Meningkatkan siling gaji bulanan bagi caruman PERKESO daripada RM5,000 kepada RM6,000.
  • RM200 juta Meneruskan Inisiatif Payung Rahmah dan diperluas ke lebih banyak kawasan DUN di seluruh negara.

RINGKASAN KADAR CUKAI BAHARU DALAM BAJET 2024

  • Kadar Cukai Perkhidmatan dinaikkan kepada 8% daripada 6% dengan skop diluaskan kepada perkhidmatan logistik, pembrokeran, penajajaminan dan karaoke.
  • Kadar 6% dikekalkan untuk perkhidmatan makanan dan minuman, telekomunikasi, parkir kereta dan logistik.
  • Kerajaan bersetuju menguatkuasakan pelaksanaan e-invois secara mandatori kepada pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM100 juta mulai 1 Ogos 2024.

ANTARA RINGKASAN BAJET 2024 YANG LAIN :

  • RM50 juta Pemberian pampasan kepada petani, penternak dan nelayan sehingga 50% daripada nilai kerugian akibat bencana di bawah Tabung Bencana Pertanian.
  • RM50 juta dana permulaan di bawah Skim Takaful Tanaman Padi untuk manfaat lebih 240,000 pesawah.
  • RM500 juta Peruntukan tambahan bagi pinjaman mudah untuk meningkatkan pembangunan semula tanah wakaf di seluruh negara.
  • Menaikkan kadar Skim Subsidi Harga Padi daripada RM360 kepada RM500 per metrik tan.
  • Meningkatkan harga lantai belian padi kepada RM1,300 per metrik tan berbanding RM1,200.
  • RM3 bilion Usaha rintis penanaman padi 5 musim dalam tempoh 2 tahun di beberapa kawasan jelapang antaranya di Perak, Perlis dan Kedah.
  • RM150 juta Penyelenggaraan dan pembaikan tandas awam di 150 PBT seluruh negara.
  • Selaras dengan hasrat Kerajaan menyokong inisiatif kebajikan, syarat penggunaan dana terkumpul bagi tujuan perniagaan ditingkatkan daripada tidak melebihi 25% kepada 35%.
  • RM100 juta Kerajaan terus menyokong usaha yang diambil oleh NGO dan pertubuhan masyarakat sivil termasuk Yayasan Hasanah.
  • Peruntukan untuk rebat sehingga RM40 sebulan untuk bil elektrik kepada lebih 142,000 isi rumah miskin tegar. Bayaran deposit akaun bil elektrik atas nama sendiri untuk 120,000 isi rumah miskin juga dikecualikan.
  • RM400 juta Melaksanakan Program Pengukuhan Keterjaminan Makanan.
  • RM150 juta kerjasama kerajaan negeri bagi mengoptimumkan pengunaan tanah.
  • RM50 juta membekalkan baja bio dan organik kepada 50,000 pesawah.
  • RM50 juta perolehan baja secara perolehan tender terbuka.

 

BACA JUGA :

BANTUAN PEMBANGUNAN USAHAWAN RISDA : CARA MOHON

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *