RESEPI SUP IKAN HARUAN (MUDAH DAN SEDAP)

RESEPI SUP IKAN HARUAN (MUDAH DAN SEDAP)
Share Artikel Ini Di Media Sosial

RESEPI SUP IKAN HARUAN (MUDAH DAN SEDAP)

Disini kami kongsikan resepi Sup Ikan Haruan.Umum mengetahui tentang begitu banyak khasiat yang dimiliki oleh ikan haruan. Sangat terkenal untuk merawat luka dan macam-macam lagi. Ikan haruan juga sangat mudah didapati dan sentiasa ada dijual di pasar-pasar.

Baca Juga :10 Khasiat Ikan Haruan 

BAHAN-BAHAN YANG DI PERLUKAN

  • 1 ekor ikan haruan (Dibersih dan dipotong kecil)
  • 1 ulas bawang putih (Dihiris)
  • 3 biji bawang merah (Dihiris)
  • 1 inci halia (Dihiris)
  • 2 cawan air
  • 1 inci kunyit hidup (Dihiris)
  • 1 biji cili merah (Dihiris)
  • 1 sudu makan lada hitam
  • 1 keping asam gelugur
  • 2 sudu makan minyak masak
  • 1 pokok daun sup (Diracik)
  • 2 sudu makan bawang goreng
  • Garam secukup rasa

 

CARA PENYEDIAAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:

  • Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang merah, dan halia sehingga naik bau.
  • Masukkan air, kunyit hidup, lada hitam, cili merah, asam gelugor, dan garam. Masakkan sehingga mendidih.
  • Masukkan ikan dan biarkan mendidih sekali lagi. Tutupkan api.
  • Sedia dihidangkan dengan daun sup dan bawang goreng.

Baca juga : Cara Pancing Ikan Haruan (Setting Peralatan)

 

Senangkan……Selamat mencuba…

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *