RESEPI IKAN KENERAK MASAK GULAI ASAM ROM

IKAN KENERAK MASAK GULAI ASAM ROM
Share Artikel Ini Di Media Sosial

RESEPI IKAN KENERAK MASAK GULAI ASAM ROM

 

IKAN kenerak yang juga dikenali sebagai askar atau nama saintifiknya Bagarius boleh diibaratkan sebagai lesen kepada kaki pancing sebelum mendaratkan ikan-ikan lain.

Bukan mudah untuk mengumpan ikan pemangsa yang bermisai dan bergigi tajam itu ekoran ia sering berada di kawasan sungai air tawar berarus deras.

Bagi kaki pancing yang tidak mengenali spesis ini, pasti merasakan ia tangkapan yang tidak berbaloi kerana rupanya yang agak menyeramkan serta tidak tahu cara utk memasak ikan ini.

Sebenarnya, walaupun rupanya yang tidak menarik, isi kenerak ini sebenarnya cukup sedap kerana teksturnya isinya yang lembut dan sangat sedap jika kena dengan masakannya.

Berikut merupakan Resepi ikan kenerak masak gulai asam rom yang sangat popular untuk memasak spesis ini.

 

Baca Juga: PENGELUARAN KWSP UNTUK PENDIDIKAN

 

Bahan-bahannya :

RESEPI IKAN KENERAK MASAK GULAI ASAM ROM

Ikan sungai – ikan kenerak – RM25 sekilo

  • 1 senduk asam rom atau secukupnya.
  • 1 ekor ikan sungai. Anggaran dalam 1.5 kilo. Biasanya yang menjadi keutamaan adalah ikan kenerak. Ikan baung, keli, kelah atau tengas pun sedap juga. Siput sedut sungai, ayam atau daging pun boleh. Apa-apa pun boleh asalkan halal sudah 🙂
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 daun kesum
  • 20 biji lada atau cili. Ikut rasa. Lagi pedas lagi sedap
  • Secekak pucuk Paku.
  • 1 biji keledek. Sedang-sedang besarnya.
  • Terung pipit, terung telunjuk, daun kesing, keladi dan kacang botol. Ikut suka masing-masing. Kalau tak gemar tak payah bubuh
  • Garam secukup rasa
  • Kalau ada isi petai ke, jering semai ke, boleh masukkan untuk menambah keenakkannya.
  • Air secukupnya

 

Cara-cara membuatnya :

RESEPI IKAN KENERAK MASAK GULAI ASAM ROM

  1. Tumbuk kunyit, lada dan asam rom tadi
  2. Masuk dalam periuk campur terus dengan ikan dan kacau bagi rata
  3. Kemudian masukkan air bersama daun kesum dan biarkan seketika.
  4. Kacau perlahan menggunakan api sederhana kecil.
  5. Apabila ikan masak, masukkan pucuk paku, keledek, terung pipit, terung telunjuk, daun kesing, keladi dan kacang botol dan perasakan dengan garam secukupnya.
  6. Biarkan masak seketika dan angkat.

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *