RENEW LESEN GUNA MyEG : DI HANTAR TERUS KE RUMAH

RENEW LESEN GUNA MyEG : DI HANTAR TERUS KE RUMAH
Share Artikel Ini Di Media Sosial

RENEW LESEN GUNA MyEG : DI HANTAR TERUS KE RUMAH

Tahukah anda cara renew lesen guna MyEG? Adakah lessen anda sudah tamat tempoh? mungkin ramai antara kita yang masih belum renew lesen lagi dan malas nak pergiberatur dan berurusan di pejabat JPJ. JPJ juga telah memaklumkan bahawa semua lesen memandu dan lesen kenderaan (roadtax) perlu diperbaharui bagi mengelakan dari di kompoun.

Baca Juga : CHECK SAMAN GUNA MYEG : JPJ & PDRM

APA ITU MyEG?

  • MYEG Services Berhad (“MYEG”) ialah pemegang konsesi untuk Aplikasi Utama MSC Kerajaan Elektronik Malaysia (“E-Government).
  • MYEG membina, mengendalikan dan memiliki saluran elektronik untuk menyampaikan perkhidmatan daripada pelbagai agensi Kerajaan kepada rakyat dan pemilik perniagan di Malaysia.
  • MyEG juga menyediakan pelbagai kemudahan seperti pembaharuan lesen memandu, roadtax dan insurans kereta secara dalam talian sahaja.
  • Seiring dengan kemajuan teknologi, pelbagai urusan dengan jabatan kerajaan seperti Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN, Jabatan Imegresen Malaysia dan banyak lagi dapat dilakukan secara atas talian sahaja melalui portal atau aplikasi MyEG.

 

PERKHIDMATAN DISEDIAKAN OLEH MYEG

Renew lesen guna MyEG bukanlah satu-satunya perkhidmatan yang di tawarkan oleh MyEG. Antara perkhidmatan yang disediakan oleh MYEG adalah:

  • JPJ – Memperbaharui lesen memandu, cukai jalan, semak & bayar saman, auto insurans, Permohonan LDL, maklumat Kejara.
  • PDRM – Semak saman & bayar.
  • Imigresen – Pembaharuan permit pekerja asing & pembantu rumah.
  • DBKL – Semak & bayar kesalahan kompaun, cukai taksiran.
  • Jabatan Insolvensi.
  • JPN – Gantian kad pengenalan. (Cip / kad rosak), gantian biasa, gantian kad hilang.

 

PENDAFTARAN & LOG MASUK RENEW LESEN ONLINE MyEG

Sebelum renew lesen guna MyEG anda hendaklah membuat pendaftaran terlebih dahulu.

  1. Buka portal MyEg di pautan https://www.myeg.com.my/
  2. Daftarkan sebagai pengguna MyEg jika anda pertama kali menggunakan portal ini.
  3. Login menggunakan ID dan password yang telah didaftarkan.
  4. Pilih menu JPJ
  5. klik menu ‘LESEN MEMANDU’
  6. Baca terma & syarat. Baca dan fahami klik proceed.
  7. Isi maklumat pembaharuan & penghantaran
  8. Isikan tempoh pembaharuan yang diinginkan.
  9. Kemudian kalau anda ingin lesen ini dihantar terus ke rumah, perlu select butang ‘Delivery’. pastikan alamay diletakkan dengan betul
  10. Klik proceed untuk menyelesaikan proses

 

SEMAKAN STATUS

Untuk membuat semakan status penghantaran selepas renew lesen guna MyEG, anda boleh rujuk di laman web MyEG juga, iaitu di pautan yag dikongsikan berikut:

https://www.myeg.com.my/delivery_status

 

MAKLUMAT LANJUT

Anda boleh membuat panggilan melalui Talian hotline MyEG: 03-7801 8888

Ataupun anda boleh melayari https://www.myeg.com.my/contact_us#contacts

 

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *