RAYUAN STR 2024 : ALASAN TIDAK LULUS 

CARA PERMOHONAN RAYUAN STR (Senarai Alasan Tidak Lulus & Permohonan Semula)
Share Artikel Ini Di Media Sosial

RAYUAN STR 2024 : ALASAN TIDAK LULUS

Tahukah anda cara buat Rayuan STR 2024? Jika anda telah membuat semakan status kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan keputusan permohonan anda adalah gagal,bagaimanakah cara untuk buat permohonan rayuan STR? Disini kami akan kongsikan kepada anda cara membuat rayuan berdasarkan kod alasan yang diberikan, semoga membantu.

KELAYAKAN PERMOHONAN RAYUAN STR 2024

Pemohon yang layak membuat Permohonan Rayuan STR adalah:

  • Pemohon yang berstatus Tidak Lulus STR; atau
  • Pemohon yang berstatus Lulus STR dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan pendapatan sahaja.

TARIKH PERMOHONAN RAYUAN STR 2024

Permohonan rayuan akan di kemaskini

KOD ALASAN – TIDAK LULUS STR

Jika anda telah membuat semakan status STR ,akan dipaparkan alasan tidak lulus melalui KOD TIDAK LULUS STR  yang dinyatakan. Antara alasan TIDAK LULUS adalah seperti berikut:

KOD TIDAK LULUS

ALASAN TIDAK LULUS

01 Maklumat Pengenalan Pemohon berbeza dengan semakan data agensi melibatkan Nama / Nombor Pengenalan / Status Kewarganegaraan
02 Maklumat Pengenalan Pasangan berbeza dengan semakan data agensi melibatkan Nama / Nombor Pengenalan
03 Maklumat Pengenalan Anak berbeza dengan semakan\ data agensi melibatkan Nama / Nombor Pengenalan
04 Hubungan Pertalian antara Anak dan Pemohon / Pasangan tidak sepadan dengan data agensi
05 Maklumat Pengenalan Pasangan perlu pengesahan
06 Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang
07 Semakan agensi mendapati Anak tidak melepasi syarat kelayakan bagi umur lebih dari 19 tahun sebagai Pelajar Sepenuh Masa
08 Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon / Pasangan melebihi RM5,000
09 Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon melebihi RM2,500
10 Anak mempunyai pendapatan berdasarkan semakan agensi
11 Pemohon / Pasangan memiliki 3 atau lebih Perniagaan Milikan Tunggal / Perkongsian
12 Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad
13 Pasangan berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad
14 Pemohon memiliki 2 atau lebih Perniagaan Milikan Tunggal / Perkongsian
15 Semakan rekod agensi mendapati jumlah pemilikan kenderaan Pemohon / Pasangan melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40).
16 Semakan rekod agensi mendapati jumlah pemilikan kenderaan Anak melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40)
17 Pemohon / Pasangan mempunyai Transaksi Pemilikan Hartanah / Pembelian Saham Hartanah yang melebihi RM500,000
18 Pemohon tidak menetap di Malaysia / bekerja / belajar di Luar Negara berdasarkan rekod agensi
19 Permohonan dari Luar Negara secara dalam talian 20 Semakan mendapati Anak Pemohon / Pasangan mempunyai pendapatan yang tinggi
21

Pemohon wujud sebagai Pasangan di permohonan lain

22 Pemohon wujud sebagai Anak di permohonan lain
23 Pasangan wujud sebagai Pemohon di permohonan lain
24 Pasangan wujud sebagai Pasangan di permohonan lain
25 Pasangan wujud sebagai Anak di permohonan lain
26 Anak telah membuat permohonan lain
27 Anak wujud sebagai Pasangan di permohonan lain
29 Pemohon berstatus Kahwin tetapi tiada maklumat Pasangan
30 Pemohon berstatus Kahwin tetapi maklumat Pasangan tidak lengkap
31 Status Perkahwinan perlu pengesahan
32 Tarikh Perceraian memerlukan Salinan Sijil Perceraian yang dikeluarkan oleh Agensi Kerajaan
33 Tarikh Kematian Pasangan memerlukan Salinan Sijil Kematian Pasangan
34 Pasangan meninggal dunia
35 Anak meninggal dunia
36 Pendapatan perlu pengesahan
38 Semakan pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi kelayakan pendapatan yang telah ditetapkan
41 Semakan rekod agensi mendapati had kemampuan pemohon / pasangan memiliki kediaman melebihi syarat kelayakan

PERMOHONAN RAYUAN STR TIDAK DIBENARKAN SECARA DALAM TALIAN

Berikut adalah permohonan rayuan yang tidak boleh dibuat secara online bagi kod TIDAK LULUS yang berikut:

KOD TIDAK LULUS

ALASAN TIDAK LULUS
19 Permohonan dari Luar Negara secara dalam talian Semakan mendapati Anak Pemohon / Pasangan mempunyai pendapatan yang tinggi
21 Pemohon wujud sebagai Pasangan di permohonan lain
22 Pemohon wujud sebagai Anak di permohonan lain
23 Pasangan wujud sebagai Pemohon di permohonan lain
24 Pasangan wujud sebagai Pasangan di permohonan lain
25 Pasangan wujud sebagai Anak di permohonan lain
26 Anak telah membuat permohonan lain
27 Anak wujud sebagai Pasangan di permohonan lain

NOTA: perlu kemukakan Rayuan ke Cawangan LHDNM yang berdekatan bersama Borang Rayuan STR yang lengkap dan dokumen sokongan (jika berkaitan)

CARA BUAT PERMOHONAN RAYUAN STR 

Terdapat dua cara permohonan rayuan boleh dibuat.

  1. Melalui atas talian pada laman web MySTR
    • login ke dalam sistem MySTR
    • Klik pada Permohonan Rayuan.
  2. Penghantaran Borang Rayuan STR di Cawangan LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berhampiran (Borang Rayuan akan dikeluarkan sebelum tempoh rayuan).

NOTA: Perlu di ingat bahawa dokumen sokongan diperlukan semasa melakukan rayuan ianya bergantung kepada jenis kod tidak lulus anda.

SEMAKAN STATUS KELULUSAN RAYUAN STR

Permohonan yang diluluskan akan menerima STR boleh membuat semakan status rayuan terkini boleh dibuat secara atas talian:

  1. Layari laman web rasmi MySTR:
  2. Masukkan  no kad pengenalan anda
  3. Masukkan kod catcha yang tertera
  4. Tekan semak
  5. Status STR anda akan terpapar:
    • Nombor Pengenalan Akaun dikredit
    • Nama Penerima
    • Fasa Pembayaran
    • Jumlah dikredit
    • Status Kredit
    • Nama Bank
    • Nombor Akaun Bank
  6. Maklumat permohonan dan status kelulusan rayuan anda akan dipaparkan.

TARIKH BAYARAN KELULUSAN RAYUAN STR

Pembayaran kelulusan rayuan STR akan dibuat bayaran pada (akan dikemaskini kemudian) ⠀

KAEDAH PEMBAYARAN RAYUAN STR

Pembayaran Rayuan STR adalah seperti berikut:

  1. Ada Akaun Bank
    • Pengkreditan terus ke akaun bank yang didaftarkan / dikemas kini
  2. Tiada Akaun Bank
    • Penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)

SOALAN LAZIM (FAQ) RAYUAN STR

Saya gagal/tidak lulus STR boleh ke buat rayuan?

  • Ya boleh

Bilakah tarikh buka permohonan rayuan STR?

  • 3 hingga 31 Julai 2023

Apakah dokumen yang diperlukan untuk membuat mohon rayuan STR?

  • Rujuk alasan dan dokumen yang diperlukan untuk mohon rayuan

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Jika ingin maklumat lanjut & pertayaan tentang STR

Sila hubungi nombor hotline BLM di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di sini:

  • 1-800-88-2747

hotline BKM di Kementerian Kewangan Malaysia di talian berikut:

  • 03-8882 4565
  • 03-8882 4566

Hasil Care Line (HCL) di talian berikut:

  • 03- 89111000

 

Baca Juga :

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *