RAYUAN SBP SEKOLAH KHUSUS 2023 (SEMAKAN KEPUTUSAN TAWARAN TINGKATAN 1 & 4)

SEMAKAN KEPUTUSAN TAWARAN TINGKATAN 1 & 4
Share Artikel Ini Di Media Sosial

RAYUAN SBP SEKOLAH KHUSUS 2023 (SEMAKAN KEPUTUSAN TAWARAN TINGKATAN 1 & 4)

Pelajar yang telah membuat permohonan ke SBP  Sekolah Khusus tingkatan 1 boleh membuat semakan keputusan tawaran kemasukan ke SBP Sekolah Khusus ,manakala bagi tingkatan 4,semakan keputusan tawaran ke SBP Sekolah Khusus  boleh dibuat. Bagaimana cara untuk membuat semakan rayuan SBP sekolah khusus 2023? Baca selanjutnya

Baca Juga : Cara Daftar Akaun SSPN-I & SSPN-I PLUS Online

BILA TARIKH SEMAKAN SBP SEKOLAH KHUSUS 2023 (Sekolah Berasrama Penuh)

Keputusan pemilihan murid akan diumumkan pada 17 Mac 2023

Pautan semakan adalah seperti berikut:

 

APAKAH SEKOLAH KHUSUS?

Sekolah Khusus adalah Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD) di bawah Kementerian Pertahanan.

 

BILA TARIKH SEMAKAN SBP / SMKA / KV / MTD (SEKOLAH KHUSUS)

Pautan semakan adalah seperti berikut:

 

CARA BUAT SEMAKAN TAWARAN SBP SEKOLAH KHUSUS TINGKATAN 1 & 4

  1. Semakan tawaran boleh dilakukan melalui pautan spskt1.moe.gov.my bagi Tingkatan 1 dan spskt4.moe.gov.my bagi Tingkatan 4.
  2. Manakala tarikh pendaftaran ke MTD akan dimaklumkan melalui laman sesawang http://www.rmc-education.edu.my/.
  3. Bagi Calon Yang Berjaya
  4. Murid yang berjaya perlu mencetak surat tawaran dan lampiran yang disertakan.
  5. Kesemua lampiran perlu diisi dengan lengkap dan diserahkan kepada pihak sekolah semasa hari pendaftaran.
  6. Sekiranya maklumat tidak lengkap/tidak benar, pihak sekolah berhak untuk tidak mendaftarkan/menolak pendaftaran tersebut.

 

TARIKH PENDAFTARAN SBP SEKOLAH KHUSUS  2023

  1. Pendaftaran secara dalam talian bagi murid baharu Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 di SBP dan SMKA adalah pada (akan dikemaskini)
  2. Pendaftaran secara fizikal bagi murid baharu Tingkatan 4 di SBP dan SMKA adalah pada 5 April 2022
  3. Pendaftaran secara fizikal bagi murid baharu Tingkatan 1 di SBP dan SMKA akan dimaklumkan oleh KPM
  4. Pendaftaran secara fizikal bagi murid baharu Tingkatan 4 dan tahun 1 SVM di SMT dan KV adalah pada 7 April 2022
  5. Pendaftaran bagi murid baharu Tingkatan 4 ke MTD akan dimaklumkan melalui laman sesawang http://www.rmc-education.edu.my

 

TARIKH PERMOHONAN e-RAYUAN SBP

  • e-Rayuan mula dibuka pada 17 Mac 2023 sehingga 3 April 2023

Nota: Permohonan rayuan hendaklah dibuat mengikut tarikh yang ditetapkan. Murid yang tidak memohon mengikut tarikh ditetapkan tidak layak untuk ke SBP.

 

CARA PERMOHONAN e-RAYUAN SBP  SEKOLAH KHUSUS 2023

Calon yang telah membuat permohonan dalam talian tetapi Tidak Berjaya dan calon yang tidak pernah membuat permohonan dalam talian tetapi ingin memohon boleh membuat e-Rayuan. Berikut adalah cara buat e-rayuan SBP:

  1. Sila layari pautan
  1. Klik pada Semakan Tawaran
  2. Masukkan nombor MyKid/MyKad murid beserta nombor MyKad penjaga utama.
  3. Paparan akan menunjukkan keputusan permohonan Tidak Berjaya
  4. Masukkan nombor MyKid/MyKad murid bagi membuat rayuan kemasukan
  5. Perubahan maklumat boleh dilakukan.
  6. Klik Hantar

 

TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN SEKOLAH KHUSUS (SBP)

  • Keputusan rayuan SBP boleh disemak pada (Akan dikemaskini kemudian)

 

CARA SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN SEKOLAH KHUSUS (SBP)

Calon yang membuat rayuan boleh membuat semakan rayuan seperti berikut:

  1. Sila layari pautan
  1. Klik pada Semakan Tawaran
  2. Masukkan nombor MyKid/MyKad murid beserta nombor MyKad penjaga utama.
  3. Paparan akan menunjukkan keputusan permohonan rayuan

 

SOALAN LAZIM (FAQ) e-RAYUAN SBP

Macam mana nak buat semakan tawaran Sekolah Khusus Tingkatan 1 & 4?

  • Bagi yang belum berkesempatan untuk buat semakan keputusan tawaran kemasukan Sekolah Khusus bagi Tingkatan 1 & 4 tahun 2021, sila ke sini:
  • Semakan tawaran boleh dilakukan melalui pautan spskt1.moe.gov.my bagi Tingkatan 1 dan spskt4.moe.gov.my bagi Tingkatan 4.

 

Bagaimana cara buat semakan rayuan Sekolah Khusus secara online?

  • Melalui e-rayuan

 

Bilakah tarikh rayuan Sekolah Khusus dibuka?

  • Boleh buat e-rayuan selepas membuat semakan tawaran pada 17 Mac 2023 sehingga 3 April 2023

 

Apa itu kuota pengetua SBP?

  • Kuota pengetua ialah pemilihan dan kemasukan yang dibuat oleh pengetua SBP tersebut, setelah calon menjalani proses temuduga dan menjawab soalan-soalan serta praktikal yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
  • Ini bermakna, kuota pengetua ialah hak pengetua untuk memberikan kepada sesiapa sahaja yang layak

 

Adakah murid yang tidak memohon dalam talian pada tarikh yang ditetapkan berpeluang ke SBP?

  • Tidak

 

Bolehkah pemohon yang tidak berjaya mendapat tempat menukar pilihan SBP apabila membuat e-Rayuan?

  • Boleh,. Walau bagaimanapun,, penawaran bagi e-rayuan bergantung kepada kekosongan tempat di SBP yang dipilih

 

Bila tarikh keputusan rayuan sekolah khusus?

  • (akan dikemaskini)

 

Bila tarikh pendaftaran bagi berjaya  rayuan sekolah khusus?

  • (akan dikemaskini)

 

Bagaimanakah cara pendaftaran bagi berjaya rayuan?

  • (akan dikemaskini)

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Jika ingin maklumat lanjut tentang rayuan SBP SEKOLAH KHUSUS, Sila hubungi:

Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh KPM

Aras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1,

63000 Cyberjaya Selangor.

Tel: 03-8321 7406 / 7408 / 7461 / 7467 / 7469 / 7471 / 7473/ 7542 / 7544 / 7546

(8.00 pagi – 5.00 petang)

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *