Punca Najis Hitam (Simptom & Rawatan)

Punca Najis Hitam (Simptom & Rawatan)
Share Artikel Ini Di Media Sosial

Punca Najis Hitam (Simptom & Rawatan)

Punca Najis hitam mempunyai sebab yang berbeza. sebab utama adalah makan makanan tertentu, mengambil ubat yang tertentu, dan pendarahan sistem penghadapan. Jika seseorang mempunyai darah dalam najis mereka atau sebarang gejala pendarahan lain, mereka harus segera berjumpa doktor.

Melihat ke dalam mangkuk tandas dan melihat najis yang kelihatan agak berbeza daripada biasa boleh menyebabkan tekanan – tetapi ia tidak selalunya berbahaya.

Jika anda perasan najis anda kelihatan hitam dan ada darah, ia boleh dikaitkan dengan masalah yang lebih serius seperti pendarahan dalam saluran penghadaman anda. Tetapi ia juga mungkin disebabkan oleh makanan tertentu yang anda telah makan tanpa anda sedari.

 

Baca Juga : Khasiat Madu Untuk Kesihatan

Apa Punca?

Kadangkala, sebab paling mudah ialah sebab pemakanan : Jika anda perasan najis anda telah bertukar daripada coklat biasa kepada warna lebih hitam, ia mungkin disebabkan oleh jenis makanan yang anda makan. Ini terutamanya jika anda tidak mengalami gejala berkaitan dengan masalah penghadaman.

Makanan

Beberapa makanan yang boleh menjadikan najis anda menjadi hitam:

 

Makanan tambahan zat besi (Suplemen)

Ramai orang mengambil suplemen zat besi untuk anemia, keadaan di mana darah individu mempunyai jumlah sel darah merah yang lebih rendah daripada biasa, menyebabkan rasa letih dan lemah. Suplemen ini boleh mempunyai beberapa kesan sampingan, termasuk

  • Loya
  • Sembelit
  • Najis hitam

Jika anda mengambil suplemen zat besi dan menghadapi masalah dengan kesan sampingan, bincang dengan doktor anda. Terdapat beberapa jenis suplemen zat besi yang berbeza, dan sesetengahnya mungkin memberi kurang kesan sampingan untuk perut anda berbanding yang lain.

 

Ubat yang mengandungi bismut

Ubat yang mengandungi bismut subsalicylate — seperti Pepto-Bismol — boleh menjadikan najis anda menjadi hitam. Menelan terlalu banyak bismut subsalicylate dalam tempoh masa yang lama juga boleh menjadikan lidah dan gigi anda hitam. Ubat ini berfungsi untuk melancarkan proses penghadaman ketika anda sakit perut.

 

Ulser

Ulser adalah luka terbuka pada lapisan saluran pencernaan. Walaupun mereka tidak selalu menyakitkan, mereka boleh menyebabkan:

  • Rasa terbakar di dalam perut
  • Senak perut
  • Pedih ulu hati

Apabila ulser mula berdarah, mereka boleh mencipta gejala yang lebih teruk, termasuk najis berwarna hitam, “melekit,” (yang berwarna lebih gelap kerana darah bercampur dengan cecair penghadaman). Kerana ini adalah simptom yang lebih teruk, anda harus berbincang dengan doktor anda secepat mungkin jika najis gelap ini disertai dengan mana – mana gejala di atas.

 

Pendarahan sistem penghadaman bahagian atas ( Upper GI bleed).

Selain ulser, terdapat beberapa keadaan lain yang boleh menyebabkan \pendarahan di saluran penghadaman, yang seterusnya boleh menyebabkan najis berwarna hitam. Najis hitam yang disebabkan oleh jenis ini kadangkala dirujuk sebagai melena. Beberapa isu kesihatan ini yang boleh menyebabkan melena termasuklah :

  • Sakit gastrik yang berpanjangan
  • Keradangan usus atas
  • Sindrom Mallory-Weiss
  • Kanser esofagus atau perut

Kebanyakan keadaan ini adalah serius dan menyebabkan pelbagai gejala penghadaman yang lain. Jika najis anda menjadi hitam dan berlarutan selama beberapa hari, dan disertai dengan sakit perut dan muntah, anda harus segera mendapatkan bantuan perubatan.

 

Varises esofagus

Esofagus adalah tiub yang membawa makanan dan cecair dari tekak hingga ke perut. Apabila salur darah di dalam esofagus membengkak, salur darah tersebut kadang-kadang boleh pecah dan menyebabkan najis berwarna merah, berdarah, atau najis berwarna hitam. Keadaan ini selalunya ada perkaitan dengan penyakit hati.

Adalah penting untuk menghubungi doktor anda dengan segera jika anda tahu bahawa anda menghidap penyakit hati, dan mengalami najis hitam bersama-sama dengan:

  • Kekejangan otot
  • Ketidakselesaan perut
  • Penurunan berat badan yang cepat
  • Penyakit kuning

 

Apa Simptom dan Tanda?

Anda perlu berjumpa dengan doktor jika anda mengalami simtom – simtom ini selain daripada Najis Hitam. Hal ini termasuklah :

Selain darah dalam najis, gejala lain termasuk:

  • Sakit seperti rasa terbakar di dalam perut
  • Kembung perut
  • Sendawa yang terlalu kerap
  • Muntah-muntah
  • Tiada selera makan
  • Hilang berat badan

 

Ujian Pemeriksaan

Jika gejala anda cukup teruk, doktor anda mungkin akan bertanya tentang sejarah kesihatan anda dan melakukan pemeriksaan fizikal untuk cuba menentukan punca warna najis anda yang berwarna hitam. Mereka mungkin akan memesan ujian darah dan sampel najis, dan mungkin juga mencadangkan anda untuk membuat ujian pengimejan (seperti X-ray) untuk melihat bahagian dalam saluran penghadaman anda.

Doktor anda juga mungkin mencadangkan anda untuk menjalani gastroskopi atau kolonoskopi untuk menilai keadaan usus anda.

Kolonoskopi sering dilakukan semasa anda berada dalam keadaan tidak sedar di bawah ubat bius. Doktor anda akan memasukkan tiub yang kecil dan fleksibel melalui dubur anda ke dalam rektum dengan kamera di hujungnya untuk melihat bahagian dalam kolon anda dan mencari sebarang pendarahan.

Gastroskopi adalah sama seperti dengan kolonoskopi tetapi memfokuskan pada esofagus, perut, dan usus kecil. Tiub nipis dimasukkan melalui kerongkong anda, bukannya dubur.

 

Rawatan

Rawatan untuk najis hitam berbeza-beza mengikut apa yang menyebabkan keadaan tersebut.

Jika anda perasan bahawa anda telah makan banyak beri biru, beri hitam dan makanan gelap yang lain, hadkan pengambilan anda selama beberapa hari dan lihat jika ia membuat perbezaan. Perkara yang sama berlaku untuk suplemen zat besi dan ubat-ubatan yang mengandungi bismut subsalicylate: Jika anda fikir najis hitam anda mungkin berkaitan dengan mengambil salah satu daripada ini, anda boleh bincang dengan doktor anda tentang alternatif yang selamat.

Ulser boleh mempunyai punca yang berbeza, tetapi bentuk yang lebih ringan biasanya dirawat dengan:

  • Perencat pam proton (PPI), yang mengurangkan jumlah asid dalam perut anda supaya ulser boleh sembuh.
  • Antagonis reseptor H2, yang juga mengurangkan jumlah asid dalam perut
  • Antasid yang boleh didapati di farmasi

Pembedahan juga merupakan pilihan untuk kes ulser pendarahan yang lebih teruk.

Jika najis hitam anda disebabkan oleh keadaan yang menyebabkan pendarahan sistem penghadaman bahagian atas, rawatan anda akan berbeza-beza bergantung kepada keterukan keadaan.

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *