PROGRAM PRA DIPLOMA UiTM : SENARAI KURSUS DAN CARA PERMOHONAN 

PROGRAM PRA DIPLOMA UiTM : SENARAI KURSUS DAN CARA PERMOHONAN 
Share Artikel Ini Di Media Sosial

PROGRAM PRA DIPLOMA UiTM : SENARAI KURSUS DAN CARA PERMOHONAN

Program Pra Pendidikan Tinggi ( PPT) atau Pra Diploma UiTM adalah peluang terbaik sekiranya anda masih belum mendapat tempat di Universiti Awam melalui UPU. Program Pra Pendidikan Tinggi UiTM ini dahulunya adalah program yang dikenali sebagai Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB). Program ini berteraskan kepada falsafah universiti yang percaya bahawa bahawa seseorang individu itu mampu berusaha untuk mencapai kecemerlangan melalui pemindahan ilmu dan penerapan nilai-nilai murni.

Baca juga : UPUPOCKET : KEMUDAHAN BUAT PELAJAR

TUJUAN PROGRAM PRA DIPLOMA UITM

Tujuan utama program PPT adalah untuk mengambil pelajar – pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memperolehi keputusan SPM yang kurang menepati syarat-syarat keperluan UPU. Program PPT adalah terbuka kepada golongan B40 dan juga bukan B40 agar kesemua mereka dapat meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

KELEBIHAN PRA DIPLOMA UITM

  • Penempatan mengikut alamat pemohon / kampus terdekat.
  • Elaun bantuan bagi kategori pemohon B40
  • Kelayakan minimum mengikut kos yang ditawarkan
  • Laluan akademik sehingga ke peringkat tertinggi di UiTM
  • Laluan khas utk kategori Atlet, B40, OKU & Orang Asli

SENARAI PROGRAM ATAU KURSUS PRA DIPLOMA UITM YANG DITAWARKAN

Berikut adalah senarai program yang ditawarkan:

  • Pra Diploma Perdagangan (BA002 & BA003)
  • Pra Diploma Sains (PD007 & PD008)
  • Pra Diploma Sains (Aliran STEM C & Sastera) (AS002 & AS003)
  • Pra Diploma Agroteknologi (AT001 & AT002)
  • Pra Diploma Pengajian Islam (IC001 & IC002)

https://pppt.uitm.edu.my/pradiploma/images/kitpromosi/mobile/index.html

SENARAI KAMPUS PPT YANG MENAWARKAN PRA DIPLOMA

Berikut adalah senarai kampus PPT UiTM

  • UiTM PERAK – KAMPUS SERI ISKANDAR
  • UiTM SELANGOR – KAMPUS PUNCAK ALAM
  • UiTM PAHANG – KAMPUS JENGKA
  • UiTM KELANTAN – KAMPUS MACHANG
  • UiTM JOHOR – KAMPUS SEGAMAT
  • UiTM KEDAH – KAMPUS SUNGAI PETANI
  • UiTM MELAKA – KAMPUS ALOR GAJAH
  • UiTM N. SEMBILAN – KAMPUS KUALA PILAH
  • UiTM P. PINANG – KAMPUS PERMATANG PAUH
  • UiTM SARAWAK – KAMPUS MUKAH
  • UiTM PERLIS – KAMPUS ARAU
  • UiTM SABAH – KAMPUS KOTA KINABALU
  • UiTM SABAH – KAMPUS TAWAU
  • UiTM TERENGGANU – KAMPUS DUNGUN
  • UiTM TERENGGANU – KAMPUS BUKIT BESI

TARIKH PERMOHONAN & SEMAKAN KEPUTUSAN PRA DIPLOMA UiTM

Permohonan ke program Pra Diploma UiTM dibuka secara dalam talian melalui pautan online.uitm.edu.my/pra bermula 01 Jun 2023 (Khamis)

Permohonan adalah dengan menggunakan no pin UiTM yang boleh diperolehi secara PERCUMA.

 

CARA PERMOHONAN KEMASUKAN KE PRA DIPLOMA UITM

  1. Emel kan NAMA PENUH, NO KAD PENGENALAN & NO TELEFON untuk pengeluaran No Pin PERCUMA
  2. Sila layari laman sesawang online.uitm.edu.my/pra untuk membuat permohonan. Simpan & cetak maklumat permohonan.
  3. Emelkan maklumat permohonan dan dokumen-dokumen diperlukan yang telah disahkan. Sila rujuk bit.ly/dokumenpradip
  4. EMEL: pra.shahalam@uitm.edu.my
  5. NO TEL : 03-5521 1416 | 1444 | 1448 | 1449
  6. Sila layari https://pppt.uitm.edu.my untuk maklumat lanjut.

 

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Dokumen-Dokumen yang diperlukan dalam proses permohonan Pra Diploma

  1. Salinan Kad Pengenalan (Calon, Ibu & Bapa)
  2. Salinan Sijil Lahir (Calon, Ibu & Bapa)
  3. Salinan Sijil / Slip keputusan SPM
  4. Salinan Slip Pendapatan, Penyata Pencen atau Borang Pengesahan Pendapatan (ibu / bapa yang tidak mempunyai Slip Gaji Tetap atau tidak bekerja)
  5. Salinan Sijil pengiktirafan sukan (Untuk permohonan kategori Atlet sahaja)

* Semua salinan dokumen-dokumen sebagai lampiran yang dimajukan melalui emel perlu ‘disahkan benar dari salinan asal’ / ‘certified true copy’. Pengesahan hendaklah dibuat oleh Pegawai Profesional / Ketegori A / Ketua Kampung / Penghulu / Penggawa / Pengerusi MPKK dan yang setaraf dengannya’.

* Sila rujuk poster untuk dokumen tambahan yang diperlukan atau muat turun lampiran berikut:

 

TARIKH / CARA SEMAKAN KEPUTUSAN PRA DIPLOMA UITM

  • Keputusan Program Pra Diploma boleh disemak mulai 9 Ogos 2023
  • Pendaftaran Pelajar secara online melalui portal i-Student adalah bermula 9 Ogos hingga 24 September 2023.
  • Sila layari online.uitm.edu.my bermula pada tarikh yang dimaklumkan.
  • Klik setuju terima & Pendaftaran pelajar secara online mengikut tarikh yang ditetapkan.

 

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan, sila hubungi PPT di talian 03 -5521 1306 / 1444 / 1449 / 1448 / 1416 atau emel kepada [email protected]

Untuk maklumat lanjut, sila layari pautan https://online.uitm.edu.my
Pengarah
Pejabat Program Pra Pendidikan Tinggi
Kompleks Antarabangsa
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
SELANGOR DARUL EHSAN

  • No. Tel: 03 5521 1306/1416/1444/1448/1449
  • FB Rasmi : ppptuitm
  • Tik Tok : @ppptuitm
  • Laman Web Rasmi : pppt.uitm.edu.my

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *