PROGRAM GETAH MATANG RISDA : CARA MOHON 

PROGRAM GETAH MATANG RISDA : CARA MOHON 
Share Artikel Ini Di Media Sosial

PROGRAM GETAH MATANG RISDA : CARA MOHON

Tahukah anda tentan Program getah Matang yang di kendalikan RISDA? Program ini merangkumi beberapa program untuk membantu pekebun kecil mendapatkan hasil getah dengan lebih produktif dan lebih berkualiti.

APAKAH RISDA

RISDA adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW) dan ditubuhkan pada 1 Januari 1973 di bawah kuasa yang diluluskan oleh Parlimen:-

“Dengan terlancarnya RISDA, nyatalah bahawa Kerajaan memandang berat di atas peranan yang dijalankan oleh Sektor Pekebun Kecil sebagai satu sektor pengeluaran hasil yang penting pada ekonomi negara.”

OBJEKTIF RISDA

Pekebun Kecil Memperoleh Purata Pendapatan Kolektif RM4,500 Sebulan Sekeluarga Pada Akhir Tahun 2025.

FUNGSI RISDA

  •  Melaksana dasar dan program pembangunan;
  •  Menyelaras Skim yang diluluskan;
  •  Melaksana pembaharuan penyelidikan;
  •  Menggalakkan pengeluaran getah berkualiti tinggi;
  •  Memberikan perkhidmatan teknikal dan perundingan;
  •  Menyedia dan membekal, input pertanian berhasil tinggi;
  •  Menggalakkan pemasaran getah yang cekap;
  •  Melibatkan diri dalam perdagangan getah;
  •  Merancang pembangunan industri getah dan Pekebun Kecil;
  •  Melaksanakan program latihan dan pendidikan;
  •  Menyebar perangkaan dan menyeggara rekod;
  •  Menyelaras dengan Negeri-negeri dan badan dalam/luar Negara;
  •  Bekerjasama dengan Agensi Kebangsaan lain berkaitan getah;
  •  Merancang dan laksana aktiviti peningkatan kesejahteraan dan ekonomi;
  •  Memastikan sektor Pekebun Kecil dimodenkan
  • Melakukan perkara yang membolehkan fungsi dilaksana.

APAKAH PROGRAM GETAH MATANG RISDA

Program tersebut adalah

  • Program Peningkatan Produktiviti Getah (PPG): Input pertanian untuk meningkatkan keluasan getah matang bertoreh dan amalan teknologi oleh pekebun kecil
  • Skim Insentif Produktiviti Getah (SIPG): Input pertanian untuk meningkatkan produktiviti getah
  • Skim Insentif Lateks (SIL): Input pertanian dan penyelenggaraan kebun serta insentif upah penoreh
  • Kemudahan Infrastruktur Pemasaran (KIP): Pembinaan atau kemudahan infrastruktur pemasaran untuk aktiviti pemasaran pekebun kecil

SIAPA YANG LAYAK MEMOHON PROGRAM GETAH MATANG RISDA

  1. Pekebun Kecil getah kategori pemilik pengusaha yang memiliki, menguruskan dan mengusahakan tanah sendiri atau bersama ahli keluarga; dan
  2. Menjadi ahli projek pemasaran berkelompok; dan
  3. Menghasilkan dan menjual lateks; dan
  4. Pelaksanaan oleh Ahli Jawatankuasa (AJK) / Syarikat Milikan RISDA (SMR) / Koperasi Pekebun Kecil (KPK)

CARA MOHON PROGRAM GETAH MATANG RISDA

Anda boleh memohon Program Getah Matang daripada pejabat RISDA berdekatan dengan anda.

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi hotline BMT RISDA melalui nombor di bawah:

  • Hotline BMT RISDA 03-4256 4022
  • PEJABAT RISDA,BANGUNAN RISDA,KM 7, JALAN AMPANG,KARUG BERKUNCI,11067,50990 KUALA LUMPUR.

Baca Juga :

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *