PROGRAM AGROMAKANAN RISDA : CARA MOHON

PROGRAM AGROMAKANAN RISDA : CARA MOHON
Share Artikel Ini Di Media Sosial

PROGRAM AGROMAKANAN RISDA : CARA MOHON

Tahukah anda tentang program agromakanan di bawah seliaan risda? Program Agromakanan merupakan salah satu inisiatif bagi membantu para pekebun kecil untuk meningkatkan hasil pendapatan melalui bidang pertanian selain dari sumber getah.

APAKAH RISDA

RISDA adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW) dan ditubuhkan pada 1 Januari 1973 di bawah kuasa yang diluluskan oleh Parlimen:-

“Dengan terlancarnya RISDA, nyatalah bahawa Kerajaan memandang berat di atas peranan yang dijalankan oleh Sektor Pekebun Kecil sebagai satu sektor pengeluaran hasil yang penting pada ekonomi negara.”

OBJEKTIF RISDA

Pekebun Kecil Memperoleh Purata Pendapatan Kolektif RM4,500 Sebulan Sekeluarga Pada Akhir Tahun 2025.

FUNGSI RISDA

  •  Melaksana dasar dan program pembangunan;
  •  Menyelaras Skim yang diluluskan;
  •  Melaksana pembaharuan penyelidikan;
  •  Menggalakkan pengeluaran getah berkualiti tinggi;
  •  Memberikan perkhidmatan teknikal dan perundingan;
  •  Menyedia dan membekal, input pertanian berhasil tinggi;
  •  Menggalakkan pemasaran getah yang cekap;
  •  Melibatkan diri dalam perdagangan getah;
  •  Merancang pembangunan industri getah dan Pekebun Kecil;
  •  Melaksanakan program latihan dan pendidikan;
  •  Menyebar perangkaan dan menyeggara rekod;
  •  Menyelaras dengan Negeri-negeri dan badan dalam/luar Negara;
  •  Bekerjasama dengan Agensi Kebangsaan lain berkaitan getah;
  •  Merancang dan laksana aktiviti peningkatan kesejahteraan dan ekonomi;
  •  Memastikan sektor Pekebun Kecil dimodenkan
  • Melakukan perkara yang membolehkan fungsi dilaksana.

APAKAH PROGRAM AGROMAKANAN

Program Agromakanan merupakan salah satu inisiatif bagi membantu para pekebun kecil untuk meningkatkan hasil pendapatan melalui bidang pertanian selain dari sumber getah. Kategori Program Agromakanan adalah:

  • Tanaman Jangka Pendek
  • Ternakan
  • Pemasaran

Program Agromakanan RISDA berbentuk bantuan infrastruktur, input, peralatan dan konsultasi.

KADAR BANTUAN PROGRAM AGROMAKANAN

  • Pekebun Kecil (Individu): RM20,000
  • Pekebun Kecil (Berkelompok, 3 – 5 orang): RM60,000 – RM100,000 (RM20,000/peserta)
  • Integrator Anchor: RM300,000/projek
  • Integrator Ejen Pelaksana: RM300,000/projek

CARA MOHON BANTUAN PROGRAM AGROMAKANAN

Anda perlu mendapatkan borang Program Agromakanan RISDA di pejabat RISDA yang berdekatan dan anda akan dibantu oleh pegawai RISDA untuk membuat permohonan.

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi hotline BMT RISDA melalui nombor di bawah:

  • Hotline BMT RISDA 03-4256 4022
  • PEJABAT RISDA,BANGUNAN RISDA,KM 7, JALAN AMPANG,KARUG BERKUNCI,11067,50990 KUALA LUMPUR.

Baca Juga :

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *