Platform Popular Untuk Beli NFT

Platform Popular Untuk Beli NFT
Share Artikel Ini Di Media Sosial

Platform Popular Untuk Beli NFT

Persoalan yg selalu timbul adalah dimana platform popular untuk beli NFT ini.NFT atau Non Fungible Token kini mula mendapat perhatian masyarakat di malaysia. Sudah banyak sebenarnya kisah mengenai ‘kejayaan segera’ hasil penjualan NFT ini.

Marketplace yang menjual NFT ini sebenarnya ada banyak. Jika anda ikuti cerita start up di US sudah ramai sebenarnya pendiri start up yang berjaya memperoleh pembiayaan ‘seed’ dan juga ‘series A’ daripada Venture Capital ternama dengan menyediakan platform untuk berjual beli.

Pada posting kali ini kami akan senaraikan platform popular untuk membeli NFT sebagai rujukan.

Baca Juga : CARA JUAL DAN BELI KRIPTO DI LUNO

Pentas

Pentas.io adalah platform popular diasaskan oleh rakyat Malaysia. Berbeza dengan marketplace yang lain, pentas.io menawarkan pembelian NFT yang dikuatkuasakan dengan teknologi blockchain. Melalui websitenya, pentas.io merupakan

“An inclusive NFT marketplace that seeks to empower content creator of heritage, cultural and traditional values through digital preservation of assets”

Jelas misi mereka untuk memperkasakan penulis dan penggiat seni tempatan dalam menjual hasil karya mereka di pentas yang lebih besar.

 

OpenSea

open sea

OpenSea.io merupakan platform popular untuk beli NFT buat masa sekarang. Pengasasnya iaitu Devin Finzer juga merupakan Billionaire pertama dengan menubuhkan OpenSea ini. Walaupun baru di pasaran pada tahun 2017 tetapi ‘traction’ yang OpenSea peroleh membuatkan ramai penggiat NFT dunia menggunakan perkhidmatan mereka.

 

Uniqly

Berbeza dengan 2 platform di atas, uniqly menawarkan ‘barangan fizikal’ selain anda boleh mendapatkan NFT di platform mereka. Seperti juga namanya iaitu uniq, uniqly.io mengetengahkan penggiat seni terutama dalam pembuatan tshirt untuk menggunakan platform mereka dan ‘mint’ menjadi lebih berpotensi besar harganya kelak.

Wearable 3.0 adalah konsep mereka ketengahkan iaitu pakaian yang berada dalam dunia metaverse anda boleh dapatkan di dunia yang nyata!

 

Axie Infinity

Berbeza dengan ketiga tiga sebelum ini, axie infinity adalah dunia NFT untuk pemain game. Dunia axie infinity juga merupakan permainan yang menarik sehingga sekarang terdapat jutaan akaun yang bermain permaianan ini.

Apa yang membezakan adalah pemain boleh membiak karakter dalam dunia axie infinity dan menjualnya dengan harga yang sesetengahnya sangat tinggi

 

CryptoPunks

CryptoPunks

Terdapat 10 000 karekter awal yang disimpan dalam etherium berada di CryptoPunks. Projek awal dalam pembinaan crypto ini antara kejayaan awal NFT dan penerimaan masyarakat dengan konsep yang dibawanya. Kini transaksi yang dicatat sudah melebihi 1B USD.

Sebenarnya ada banyak lagi platform untuk anda. Selain memiliki dengan mengumpul karekter unik ini, anda juga sebenarnya telah mendahului zaman yang rata rata masih mahu memahami dunia disebalik NFT ini.

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *