PINJAMAN PENDIDIKAN YAYASAN PAHANG 2023 (Syarat & Kelayakan)

PINJAMAN PENDIDIKAN YAYASAN PAHANG 2023 (Syarat & Kelayakan)
Share Artikel Ini Di Media Sosial

PINJAMAN PENDIDIKAN YAYASAN PAHANG 2023 (Syarat & Kelayakan)

Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang (YP) mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon pinjaman pendidikan bagi melanjutkan pengajian di Institusi-intitusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan yang diluluskan oleh YP. Iklan permohonan akan dikeluarkan pada bulan Mei dan Disember ATAU pada bila-bila masa yang bersesuaian.

Baca juga : Kisah Perjanjian Pawang Kadir Dengan Buaya Sungai Pahang

KELAYAKAN MEMOHON

  1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut:
  • Pemohon atau ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur; ATAU
  • Jika pemohon serta ibu dan bapa lahir di luar Pahang dan telah bermastautin lebih dari sepuluh (10) tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Negeri Pahang Darul Makmur, perlu mengemukakan surat pengesahan tempoh bermastautin daripada Penghulu Mukim/Ketua Kampung.
  • Pemohon yang ibubapanya BUKAN warganegara Malaysia TIDAK LAYAK MEMOHON.
  1. Mempunyai sahsiah diri yang baik dan memiliki personaliti unggul.
    3. Mempunyai taraf kesihatan yang baik.
    4. Mendapat tempat / tawaran dari IPT mengikut kategori yang ditetapkan oleh Yayasan Pahang.

 

 

Bil Peringkat Pengajian Kelayakan Permohonan Bidang Pengajian Kadar Pinjaman
         
1. Master / Kedoktoran (PhD) Pemohon berkelulusan :
Ijazah Sarjana Muda / Sarjana Kelas Kedua Tinggi ATAU dengan mendapat CGPA 3.00 ke atasPemohon sedang mengikuti pengajian di 20 IPTA
Semua bidang pengajian di 20 IPTA (sepenuh masa/separuh masa) Sepenuh Masa
RM3,000 setahun
(penajaan meliputi kos sara hidup sahaja)Separuh Masa
Yuran Pengajian sahaja dengan kadar maksimum RM10,000 sepanjang tempoh pengajian.
2. Ijazah Sarjana Muda Pemohon berkelulusan :
Diploma dengan mendapat CGPA 3.20 ke atasATAU

Lulus Asasi / Matrikulasi /
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat CGPA 3.00 ke atas

Memiliki sekurang-kurangnya Tahap Band 2 dalam Malaysian University English Test (MUET)

Pemohon sedang mengikuti pengajian di TAHUN PERTAMA di 20 IPTA

Bidang pengajian selektif & kritikal di 20 IPTA (sepenuh masa) seperti berikut :-
– Farmasi
– Kejuruteraan & Teknologi
– Ekonomi & Kewangan Islam
– Perakaunan / Persijilan Profesional (Perakaunan)
– TESL
– Pertanian dan Industri Halal
– Pelancongan & Warisan
– Sains Data
– Kepintaran Buatan (Artificial Intelligence)
– Automasi & Robotik
– E-Dagang
– Pemasaran Digital
Sepenuh Masa
RM3,000 setahun
(penajaan meliputi kos sara hidup sahaja)
3. Ijazah Sarjana Muda Pemohon berkelulusan:
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun semasa dengan memperolehi purata peratusan markah sekurang-kurangnya 80% bagi semua subjekdan

Memperolehi sekurang-kurangnya Gred B+ bagi subjek Bahasa Arab dan B bagi subjek yang berkaitan Pengajian Islam (AGAMA/DINI/TAHFIZ SYAHADAH ULYA) di peringkat SPM

Program Berkembar 2+2 di Kolej Yayasan Pahang & Yarmouk University, Jordan (KYP-Jordan) dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Syariah (Ekonomi & Perbankan Islam)(sepenuh masa) Sepenuh Masa
Penajaan meliputi yuran pengajian dan sara hidup
4. Sijil/Diploma Kemahiran Malaysia
(SKM /DKM)
Pemohon sedang mengikuti pengajian di Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills (KYPAS) Semua bidang pengajian Sijil / Diploma Kemahiran Malaysia (SKM / DKM) di KYPAS (sepenuh masa) Sepenuh Masa
Penajaan meliputi yuran pengajian dan sara hidup
5. Diploma Pemohon sedang mengikuti pengajian di SEMESTER KEDUA DAN KE ATAS pengajian di Politeknik Semua bidang pengajian di Politeknik (sepenuh masa) Sepenuh Masa
RM3,000 setahun
Penajaan meliputi yuran pengajian dan sara hidupDengan syarat pemohon tidak mendapat penajaan dari mana-mana badan penaja yang lain
6. Diploma / Ijazah Sarjana Muda/Sarjana Pemohon sedang mengikuti pengajian Diploma / Ijazah Sarjana Muda/Sarjana di Universiti Islam Pahang Sultan Haji Ahmad Shah (UNIPSAS) Semua bidang pengajian Diploma /Ijazah Sarjana Muda di UNIPSAS (sepenuh masa)

Sarjana di UNIPSAS (separuh masa)

Sepenuh Masa (Diploma/Ijazah Sarjana Muda)

RM3,000 setahun
(penajaan meliputi kos sara hidup sahaja)

Separuh Masa (Sarjana)
Yuran Pengajian sahaja dengan kadar maksimum RM10,000 sepanjang tempoh pengajian.

7. Diploma / Ijazah Sarjana Muda Pemohon sedang mengikuti pengajian Diploma / Ijazah Sarjana Muda di Kolej Universiti Yayasan Pahang (UCYP) Semua bidang pengajian Diploma / Ijazah Sarjana Muda di UCYP (sepenuh masa) RM3,000 setahun 

Penajaan meliputi kos sara hidup sahaja

8. Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Pemohon sedang mengikuti pengajian Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) di Pahang Skills Semua bidang pengajian Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) di Pahang Skills (sepenuh masa) Sepenuh Masa
Penajaan meliputi yuran pengajian dan sara hidup

 

Maklumat Lanjut

Layari Laman Web Yayasan Pahang

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *