Petua Penjagaan Suara Burung Merbuk & Tekukur

Petua Penjagaan Suara Burung Merbuk & Tekukur
Share Artikel Ini Di Media Sosial

Petua Penjagaan Suara Burung Merbuk & Tekukur

Merbuk atau Geopelia adalah satu genus kecil burung merbuk yang bersaiz kecil dan berekor panjang. Ia berasal dari Asia Tenggara dan Australasia dan biasa ditemui di kawasan terbuka dan semak samun. Diet makanannya tertumpu pada bijiran dan anak benih yang ia temui semasa mencari makanan di atas tanah. Merbok biasanya bertelur sebanyak dua biji di dalam sarang yang ringkas yang terbuat dari ranting dan rumput. Bulunya kebanyakan berwarna kelabu-perang dengan satu corak titik atau garis. Merbuk Balam dan merbuk Berlian merupakan dua spesies yang biasa dibela dalam kurungan.Namun tahukah anda mengenai Petua Penjagaan Suara Burung Merbuk & Tekukur

Baca Juga : SENARAI IKAN LARANGAN UNTUK DILEPASKAN DI MALAYSIA

Berikut Adalah Petua Penjagaan Suara Burung Merbuk & Tekukur:

 

  1. Pokok Asin-asin / pucuk manis atau Sauropus androgynus

    pucuk manis

  • masukkan pokok asin-asin ke dalam bekas air minuman burung. Pokok ini banyak terdapat di pasar tempatan dan masyarakat Melayu biasanya memasak daun pucuk manis ini sebagai ulam. Kegunaannya juga seperti pokok saga kendi, petua ini saya perolehi semasa ke Kelantan beberapa tahun lepas.

 

  1. Rumput tahi babi atau Ageratum conyzoidesrumput tahi babi

  • suapkan 3 helai daun rumput tahi babi selama 3 hari kepada burung (digentel bulat cukup halus). Ia amat sukar dicari dan saya masih belum tahu namanya dalam bahasa Melayu. Pakar daun ini En. Ah Fat di padang Ampang. Dipercayai boleh menggalakkan dan meningkatkan stamina burung.

 

  1. Daun Hempedu bumi atau Andrographis paniculata Daun Hempedu bumi

  • berikan daun hempedu bumi (digentel bulat cukup halus) kepada burung. Pokok yang pahit ini begitu baik juga untuk manusia sebagi mengubati penyakit kencing manis, juga jika diminum air rebusannya dapat menghilangkan panas badan. Daunnya diambil dan digentil sebesar biji kacang hijau, berikan pada burung 3-5 butir. Kaji burung anda, berapa biji untuk menbuatkannya galak pada keesokkan hari.

 

  1. masukkan tahi lembu yg baru ke dalam bekas minuman burung pada waktu pagi dan buang waktu petang. ulang selama 3 hari.

tahi lembu

 

 

  1. Daun pokok Ati-ati atau SolenostemonPokok Ati-ati

  • Suapkan daun ati-ati (digentel bulat cukup halus) selama 3 hari kepada burung. Pokok ini adalah antara pokok wajib yang saya gunakan. Caranya, sehelai daun ati-ati sebesar duit siling 50 sen, dibelah tiga dan digentel sehingga sebesar kacang hijau dan di suap pada burung setiap minggu, bersama 6-10 biji kacang hijau. Dipercayai dan terbukti ianya dapat menyihatkan dan meningkatkan stamina burung. Juga baik untuk burung yang sakit, selalu monyok (mengembangkan bulunya).

 

 

  1. Daun Saga Kendi atau Adenanthera pavoninaDaun Saga Kendi

  • Pokok yang menjalar ini diambil daun yang muda sebanyak 5-7 helai digentel menjadi sebesar biji kacang hijau dan di suap kepada burung kesayangan. Dipercayai ianya dapat meningkat kemerduan suara, lunak dan mudah menekan kerana getah yang licin dari daun saga kendi tersebut. Pokok ini jika digigit, kita akan merasa manis beberapa saat selepas itu, digunakan oleh masyarat Melayu lama untuk pegganti perasa gula di dalam mulut (minum air kosong selepas menguyah daun ini dapat merasakan kemanisannya).

 

  1. Daun Petola Hutan/ Liar atau Aristolochia tagala ChamDaun Petola Hutan

  • Hanya petola liar digalakkan (menurut empunya petua, Hj. Yaakob, Klang). Buah dari pokok Petola ini kecil sebesar 2 kali ibu jari berbanding petola yang kita makan. Pucuk dari pokok diambil dan disuap sama dengan cara-cara diatas. Ingat, kaji burung anda.

 

  1. Daun Ketumbit / patah kemudi atau Emilia sonchifoliaDaun Ketumbit

  • Cara dan kebaikannya sama seperti Pokok Saga Kendi dan Pucuk Manis, juga dapat menyihatkan burung.

 

  1. Daun Pokok Jepun / daun kapal terbang atau Eupatorium odoratumdaun kapal terbang

  • dipercayai dapat mengubati penyakit burung dan menyihatkan burung. Ambil daun dan gentil tiga butir disuap kepada burung selang 2 hari sehingga penyakit hilang.

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *