Petua Hilangkan Batuk Bayi ( Selsema )

Petua Hilangkan Batuk Bayi ( Selsema )
Share Artikel Ini Di Media Sosial

Petua Hilangkan Batuk Bayi ( Selsema )

Batuk pada bayi memang akan meresahkan ibubapa. Di sini kami kongsikan petua hilangkan batuk bayi.

Apakah punca bayi batuk dan selsema?

Kebanyakan punca bayi selsema dan batuk ialah kuman virus yang dipanggil influenza.

Adalah jarang sama sekali disebabkan oleh kuman bakteria.

 

Tanpa menggunakan ubat-ubatan, ini adalah beberapa petua hilangkan batuk bayi anda:

 

  1. Suhu bilik

Zaman ini, kebanyakan kanak-kanak tidur di bilik berhawa dingin.

Memang difahami memandangkan cuaca yang panas berterik.

Walau bagaimanapun, hari yang bayi anda terbatuk-batuk dengan hidungnya yang tersumbat, tidur tanpa penghawa dingin akan menjadi alternatif yang baik.

Udara dalam bilik berhawa dingin pada umumnya adalah kering.

Tanpa kelembapan di udara, ia akan menggelitik tekak menyebabkan batuk sebelum bayi anda tidur.

 

  1. Rehat yang mencukupi

Sekiranya anak anda jenis yang aktif, itu adalah petanda yang baik tetapi anda perlu memastikan bahawa dia mendapatkan rehat mencukupi.

Tubuh anak anda hanya boleh menyembuh bila mendapat rehat secukupnya.

Kembali pada mata pertama, suhu bilik.

Jikalau bilik sejuk dan anginnya kering, anak anda akan mendapat batuk dan ini akan mengganggu waktu tidurnya.

Tanpa tidur malam yang baik, dia tidak akan dapat pulih secepat mungkin yang anda inginkan.

 

 

  1. Penyembur hidung

Terdapat beberapa jenama yang baik untuk penyembur hidung di pasaran.

Secara peribadi, saya cadangkan untuk menggunakan Sterimar, yang kandungannya terdiri daripada sebatian semula jadi.

Garam dan air laut sahaja.

Dengan membersihkan laluan hidung kanak-kanak mengikut masa, ini akan menghilangkan lendir dan hingus yang tidak diingini.

Lebih rendah risikonya untuk hidung menjadi tersumbat.

Ini akan mempercepatkan masa pemulihan dan mengurangkan mukosa yang dijangkiti virus di dalam salur pernafasan.

 

 

  1. Penyedutan wap

Ini adalah teknik lama tetapi jika anak anda lebih tua, anda boleh menggunakan kaedah ini:

Isikan mangkuk besar dengan air panas (dengan stim).

Dapatkan anak anda untuk meletakkan kepala di atas mangkuk.

Letakkan tuala besar di atas kepalanya.

Galakkan anak anda untuk menyedut seberapa banyak stim yang boleh.

Wap yang disedut membantu untuk melegakan kesesakan hidung, terutamanya yang disebabkan oleh lendir.

Akan tetapi, satunya kelemahan kepada kaedah ini ialah ia melibatkan air panas.

 

Anda cuma perlu berhati-hati apabila melakukan ini, supaya jangan melecur anak semasa membikin proses ini.

Oleh itu, gunakan kaedah ini hanya apabila anak anda dapat menerima arahan dan mempunyai pemahaman yang jelas tentang apa yang akan dilakukan.

 

 

  1. Minum air yang mencukupi

Perhatikan bahawa saya tidak mengatakan banyak air.

Mencukupi.

Dalam budaya kita, kita sering diberitahu untuk minum banyak air.

Lebih banyak, lebih bagus. Tapi itu sebenarnya tidak benar.

Inilah pengambilan air yang disyorkan oleh Institut Perubatan Akademi Kebangsaan:

0 hingga 6 bulan: 700 ml (termasuk susu formula atau susu ibu)

7 hingga 12 bulan: 800 ml

1 hingga 3 tahun: 1300 ml

4 hingga 8 tahun: 1700 ml

Sila ambil perhatian bahawa nilai-nilai yang dinyatakan adalah untuk kanak-kanak yang sihat.

 

Jika anak anda sakit dan minum apa-apa yang kurang daripada nilai yang disyorkan, kemungkinan besar dia tidak mendapat cecair yang mencukupi.

Dengan meminum air yang mencukupi, sel-sel akan menjadi sihat dan terhidrat.

Ini akan membantu anak anda pulih dengan lebih cepat.

 

 

  1. Menggunakan madu

Madu melegakan sakit tekak and batuk, kadangkala lebih cepat daripada ubat batuk yang boleh dibeli daripada farmasi.

Berikan 1/2 sudu teh madu sebelum waktu tidur.

Amaran. Madu hanya sesuai digunakan untuk kanak-kanak umur 1 tahun ke atas.

Ini adalah kerana madu mungkin mengandungi kuman bakteria yang boleh menghasilkan botulisme.

Botulisme boleh meracuni bayi bawah umur 1 tahun kerana usus bayi yang belum cukup matang.

Untuk keselamatan, pakar kanak-kanak telah menyaran supaya hanya memberi madu kepada kanak-kanak yang lebih tua.

 

 

  1. Tinggikan kepala bayi

Pernahkah anda mengguna 2-3 bantal untuk tidur semasa hidung tersumbat ataupun batuk?

Cara ini dapat membantu bayi anda bernafas dengan lebih selesa.

Ia juga mengurangkan kekerapan batuk.

Anda boleh menggunakan bantal yang kecil ataupun gulungkan tuala untuk meninggikan kepala bayi.

Ini adalah supaya kahak dan lendir tidak menggelitik bahagian tekak, yang boleh menyebabkan anak batuk tanpa berhenti.

 

Justeru, anak dapat tidur dengan selesa dan masa pemulihan adalah lebih singkat.

 

 

  1. Wap balsem

Pernahkah anda menggunakan wap balsem berjenama vicks?

Vicks adalah salah satu daripada wap balsem yang boleh membantu memanaskan badan terutamanya apabila disapu di bahagian dada.

Wap balsem juga boleh membantu melegakan hidung bayi yang tersumbat supaya anak anda boleh tidur dengan lebih lena.

Sekiranya anda risau akan elemen-elemen yang tidak selamat dalam sesetengah wap balsem, anda juga boleh menggunakan wap balsem yang menggunakan bahan semulajadi.

Contohnya seperti wap balsem oleh Little Innoscents, yang diperbuat daripada minyak pati semulajadi seperti Wintergreen and Eucalyptus.

 

Baca Juga : 10 Petua Hilangkan Batuk (Mudah & Berkesan)

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *