14 PETUA ELAK MABUK LAUT

Petua Elak Mabuk Laut
Share Artikel Ini Di Media Sosial

PETUA ELAK MABUK LAUT

Mabuk laut mungkin akan menjadi suatu pengalaman ngeri buat kaki pancing. Sebelum melakukan trip pastikan anda mengentahui serba sedikit petua elak mabuk laut bagi mengelakan anda hilang mood kerana terkena mabuk laut.

Ini adalah antara petua untuk mengelakan anda mabuk laut.

 

Baca Juga : Tanda-Tanda Awal Kepala Air

  1. Persiapan fizikal

Sebelum melakukan trip, fizikal pemancing perlu benar-benar dalam keadaan sihat. Apabila badan tidak sihat maka sangat mudah sekali pemancing akan mengalami mabuk laut. Bahkan badan yang sihat juga kadang2 masih mengalami mabuk laut. Sekiranya belum pernah ke laut dan badan kurang sihat lebih baik tidak perlu melakukan trip. Kecuali pemancing masih yakin akan fizikal badannya untuk kuat ke laut. Mengikut pengalaman saya pernah mengikuti beberapa trip yang rakan komplot kuat kena gejala mabuk laut, tetapi atas keazaman dan kesungguhan mereka menikmati hobi memancing mereka berjaya mengharunginya dan atasi dalam masa singkat.

 

  1. Persiapan mental

Selain persiapan fizikal, pemancing juga harus mempersiapkan mental. Pemancing harus mempunyai keyakinan bahawa nanti kalau di atas kapal tidak akan mabuk laut sekalipun ombaknya besar sekali pun. Hati kena kering dan kental. Lupakan hal masalah dan kerja, Pemikiran yang tidak stabil juga penyumbang kepada gejala mabuk laut

 

  1. Rehat yang cukup

Untuk menjaga fizikal badan terutama untuk mencegah masuk angin maka disarankan sebelum trip harus tidur secukupnya. Selalunya kejadian mabuk laut berlaku disebabkan penat memandu kereta “long distance” mungkin ada baiknya memandu secara bergilir agar rakan komplot trip mendapat cukup rehat.

 

  1. Makan secukupnya

Isilah perut dengan makanan agar perut tidak kosong sehingga dengan mudah akan terisi angin akhirnya masuk angin yang akan mengakibatkan rasa mual. Tapi jangan makan terlalu banyak. Makan yang terlalu banyak akan menyebabkan mual kerana isi perut yang penuh mengalami goncangan kapal yang terhempas ombak.

 

  1. Membawa bekal makanan minuman

Bawalah makanan dan minuman sebagai bekal untuk mengisi perut. Jangan sampai perut dalam keadaan kosong. Bawalah coklat/gula2 atau buah-buahan untuk mengurangi rasa mual. Dilarang untuk membawa minuman yang bersoda atau bergas. Minuman tersebut selain tidak bagus untuk kesihatan juga dapat menyebabkan mabuk laut.Petua elak mabuk laut seterusnya adalah:

 

  1. Makan ubat anti mabuk

Makanlah ubat anti mabuk yang dijual 1-2 jam sebelum melakukan trip. Makan ubat anti mabuk jangan sampai terlambat (makan ubat di atas kapal). Ubat anti mabuk berkesan beberapa waktu setelah ditelan dan sifatnya bukan untuk mengubati mabuk, tapi bersifat mencegah mabuk. Ubat anti mabuk biasanya menyebabkan mengantuk.

 

  1. Tidurlah di saat perjalanan menuju spot

Saat trip sudah bermula tidurlah selama perjalanan menuju spot. Hal ini sangat efektif untuk mencegah mabuk laut. Biasanya kalau saat kapal sudah berjalan dan pemancing merasa mual maka biasanya selama trip berlangsug pemancing tetap akan merasa mual sampai trip berakhir.

 

  1. Melihat sejauh mata memandang

Bila saat perjalanan menuju spot, pemancing tidak boleh tidur maka pandanglah sejauh mata memandang. Jangan sampai kita melihat bawah air terus atau melihat bawah bahagian kapal atau isi kapal. Lebih baik kita menikmati pemandangan alam seperti melihat kapal-kapal lain, melihat langit, melihat awan dsb. Kalau trip dilakukan pada malam hari lebih baik kita melihat bulan dan bintang di angkasa.

 

  1. Jangan buat perambut di atas kapal

Membuat perambut pancing di atas kapal pengaruhnya sangat besar sekali akan menyebabkan mabuk laut jika hal ini dilakukan. Lebih baik kalau pemancing menyiapkan semua perambut pancing dari rumah, di atas kapal cuma buat perambut sederhana yang tidak menyebabkan mual. Seperti halnya membuat leader pancing ataupun rangkaian neklin sangatlah dilarang untuk mencegah terjadinya mabuk laut. Apalagi kalau kita membuat rangkaian FG knot. Dijamin setelah membuat FG knot pemancing akan merasa agak mual.

 

  1. Hindari aroma bau yang tidak sedap (minyak kapal dan orang mabuk)

Elak bau minyak kapal dengan cara jarakkan diri dengan enjin kapal. Lihatlah arah angin yang sedang bertiup. Jangan sampai asap enjin mengenai badan pemancing. Selain bau minyak, bau rakan yang sedang mabuk juga boleh menyebabkan pemancing juga merasa mual. Mabuk itu boleh BERJANGKIT. Ada sesetengah pemancing elergik bau hanyir sotong, so elakkan buat mereka yang tak tahan.

 

  1. Mencari kedudukan anti mabuk

Bila semua tips di atas sudah difollow tetapi pemancing masih merasa mual atau ingin muntah maka carilah posisi di dalam kapal dimana tidak terdapat banyak goncangan akibat dari kapal yang terombang ambing kerana ombak. Duduk dibahagian tengah2 kapal.

 

  1. Ambil angin segar

Mencari angin segar sangat efektif untuk mengurangi rasa mual. Boleh dilakukan dengan cara berdiri di hujung atau tepi kapal sehingga kita mendapatkan udara yang segar sambil melihat pemandangan sekitar.

 

  1. Muntah untuk menghilangkan rasa pusing dan mual

Bila mabuk laut sudah tidak boleh dielak maka lebih baik untuk dimuntahkan saja. Hal ini sangat efektif untuk mengurangi derita rasa mual yang sedang di tanggung akibat mabuk laut. Tapi setelah dimuntahkan kalau boleh perut diisi dengan makanan ringan atau buah-buahan untuk mengisi perut yang kosong supaya tidak masuk angin.

 

 14. Minum air laut

 

Ada mitos yang mengatakan kalau minum air laut boleh mengubati mabuk laut. Kalau sudah tidak ada ubat yang boleh mengurangi rasa mabuk laut apa salahnya mencuba mitos minum air laut. Tapi usahakan minum air laut dimana laut itu tidak tercemar oleh apapun. Ada juga petua lama yang mana ambil air laut dibasuh muka dan kaki apabila bot mula bergerak, mungkin boleh cuba petua ni.

 

*Ubat anti mabuk Novomin adalah ubat akan menyebabkan mengantuk. Dinasihatkan guna ubat Maxolon yang tiada kesan mengantuk. Seeloknya rujuk pakar farmasi untuk dapatkan khidmat nasihat perubatan. Pastikan ubat yang telah mendapat pengesahan Kementerian Kesihatan Malaysia

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *