PERSEDIAAN MENGHADAPI BANJIR : SENARAI PERALATAN

PERSEDIAAN MENGHADAPI BANJIR : SENARAI PERALATAN
Share Artikel Ini Di Media Sosial

PERSEDIAAN MENGHADAPI BANJIR : SENARAI PERALATAN

Tahukah anda Langkah awal persediaan menghadapi banjir? Banjir yang berlaku di Dunia terutamanya di Malaysia, hampir setiap tahun berlaku. Tetapi apakah persediaan yang kita boleh lakukan untuk menghadapi banjir ini? selain daripada langkah kerajaan dalam menangani masalah ini, sebagai rakyat, kita perlu melakukan sesuatu untuk keselamatan diri dan keluarga kita.

APAKAH BANJIR

Banjir boleh didefinisikan sebagai badan air, yang melimpah keluar dari tebing sungai, tasik atau sistem perparitan disebabkan oleh hujan lebat, pencairan ais, air pasang, dan halangan pada saluran.

PUNCA BERLAKU BANJIR

  • Punca-Punca Semulajadi : Singkat, keamatan tinggi menyebabkan banjir kilat, hujan lebat menyebabkan tanah bertakung
  • Aktiviti Manusia : Pembuangan sisa pepejal kedalam sungai, enapan dari pembukaan tanah dan kawasan pembinaan, peningkatan dalam kawasan tidak telap dan halangan di dalam sungai

KESAN-KESAN BANJIR

  • Positf : Mengekalkan, memperkaya dan mengembalikan biodiversiti tertentu di dataran banjir, mengembalikan keadaan tanah yang kaya nutrisi dimana ia sesuai untuk pertanian dan tumbuhan semula jadi, membersihkan lumpur dan juga enapan dari kawasan banjir, serta mengisi semula air bumi
  • Negatif : Mengancam nyawa, mengganggu kegiatan sosial dan ekonomi dan memusnahkan harta benda, menyebabkan kesulitan dan kos pemulihan boleh menjadi tinggi buat kerajaan ataupun individu, dan menghalang pelaburan baru di kawasan mudah banjir

PERSEDIAAN SEBELUM MENGHADAPI BANJIR

Persiapan sebelum berlaku bencana adalah sangat penting kerana bencana alam ini masih belum berlaku dan jangkaan telah pun dikhabarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia untuk persediaan.

1.BERSEDIA UNTUK BERPINDAH (PATUH ARAHAN PIHAK BERKUASA)

  • Peka dengan berita dan keadaan semasa di kawasan rumah anda. Sekiranya hujan berterusan, anda sudah mula untuk bersiap sedia untuk pindah.
  • Kerana bencana ini tidak mengenal waktu, bila sampai masa, air akan cepat naik apabila hujan turun dengan lebat.
  • Oleh itu, sentiasa peka dengan situasi di kawasan rumah anda terutamanya kawasan anda merupakan kawasan berpotensi tinggi untuk dilanda banjir.

2.SEDIAKAN POWER BANK UNTUK KECEMASAN

  • Power bank sangat penting sekarang terutamanya sekarang merupakan zaman teknologi canggih. Ia memudahkan kita untuk cas smartphone kita semasa bekalan elektrik sudah terputus.
  • Smartphone digunakan untuk berhubung dengan pihak berkuasa dan juga orang yang anda kenali untuk mohon bantuan.
  • Anda beli power bank yang berkapasiti besar supaya lebih tahan lama dan ramai boleh menggunakannya.

3.SEDIAKAN PERALATAN KECEMASAN SECUKUPNYA

Ini adalah peralatan kecemasan asas sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tak diinginkan.

Peralatan tersebut ialah:

  • bandages
  • Lampu suluh
  • Pakaian
  • Selimut
  • Gauze roll and pads
  • Instant cold pack
  • Elastic bandages
  • Emergency blanket
  • Thermometer
  • Adhesive tape
  • First aid manual
  • Safety pins
  • Triangular bandage
  • Antiseptic wipes
  • Gloves
  • Scissors
  • Tweezers
  • Emergency contact information / medical information for family members

4.KENALPASTI LOKASI PUSAT PEMINDAHAN DAN PUSAT BANTUAN TERDEKAT

  • Kenalpasti lokasi pusat pemindahan berdekatan. Dapatkan contact pusat untuk persediaan sekiranya keadaan tidak terkawal dan anda dapat hubungi pusat pemindahan untuk bantuan.
  • Sekiranya pusat pemindahan & bantuan tidak dapat dikenalpasti, boleh cari atau hubungi pihak berkuasa yang berkaitan untuk dapatkan info semasa yang sahih.
  • Elakkan guna dan sebar maklumat yang anda sendiri tidak pasti kesahihannya untuk elakkan kekeliruan pada masyarakat.

5.SIMPAN BEKALAN AIR BERSIH

  • Anda boleh simpan air bersih di dalam bekas bertutup untuk persediaan anda sekiranya bekalan air terputus atau anda terperangkap dalam jangka masa tertentu sebelum diselamatkan ke pusat pemindahan.
  • Simpan bekalan air secukupnya dan jimat menggunakan air sementara menunggu bencana reda atau anda dipindahkan ke pusat pemindahan.
  • Sekiranya bekalan air semakin berkurangan nanti, anda perlu bersedia untuk menghubungi pihak berkuasa untuk pindah ke pusat pemindahan.

6.SIMPAN DOKUMEN PENTING/ BARANG BEHARGA DI TEMPAT YANG SELAMAT

  • Dokumen penting seperti kad pengenalan, dokumen berkaitan diri & harta. Anda boleh bawa sekali dokumen dan barang berharga anda ke pusat pemindahan untuk elakkan semuanya hanyut dibawa arus banjir.
  • Untuk lebih selamat dan cepat, anda boleh gunakan fail yang kalis air sebagai medium penyimpanan dokumen penting anda. Sekiranya bencana berlaku, anda boleh sepantas kilat mengambil fail tersebut dan bergerak keluar atau pindah ke pusat pemindahan.

 

PERSEDIAAN SEMASA MENGHADAPI BANJIR

Persiapan semasa banjir adalah sangat penting kerana bencana sedang berlaku, perlu berhati – hati supaya tiada kehilangan nyawa akibat bencana.

1.JANGAN KEMBALI KE RUMAH TANPA ARAHAN PIHAK BERKUASA

  • Sekiranya anda sudah berada di pusat pemindahan sementara, jangan ke rumah semula atau kawasan banjir. Ini untuk elakkan daripada anda lemas ketika diperjalanan atau anda bertemu binatang buas seperti buaya.
  • Anda perlu berhubung dengan pihak berkuasa sekiranya anda sangat-sangat memerlukan untuk ke rumah anda semula atau ke kawasan yang dilanda bencana, biar pihak berkuasa yang melakukan kerja mereka kerana mereka mempunyai peralatan yang mencukupi.

2.SENTIASA MENGIKUTI PERKEMBANGAN SEMASA BANJIR

  • Gunakan smartphone anda dan berhati-hati membaca sebarang berita daripada sosial media. Semak dahulu sebelum sebar dan ikuti berita sahih di saluran yang betul.
  • Ingat! Semak dahulu sebelum sebar. Sekiranya anda menyebarkan berita yang tidak betul, anda bakal dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.
  • Selain itu, sekiranya berita palsu tersebar akan mengundang bahaya pada keselamatan awam.
  • Contohnya, anda sebarkan ada tempat pemindahan lain selain yang sedia ada di sumber yang sahih, ini akan mengundang bahaya kepada mereka yang berdekatan di kawasan tersebut.

3.AWASI KANAK-KANAK DAN ELAKAN DARIPADA BERMAIN AIR BANJIR

  • Ini untuk elakkan sebarang kejadian yang tak diingini seperti lemas. Selain itu, untuk elakkan daripada terkena penyakit berjangkit daripada air tercemar.
  • Kanak-kanak mempunyai imunisasi badan yang rendah dan mudah dijangkiti penyakit. Orang dewasa perlu memantau aktiviti kanak-kanak semasa bencana.
  • Sekiranya tidak dibendung sehingga terkena jangkitan penyakit, keperluan perubatan dan akses kepada rawatan sangat terhad ketika bencana berlaku.

4.JANGAN SENTUH BARANG ELETRIK

  • Sekiranya anda tersangkut di kawasan rumah anda kerana tidak sempat berpindah. Elak sentuh barang elektrik di rumah anda yang terkena banjir untuk elakkan anda terkena renjatan elektrik.
  • Utamakan nyawa anda dahulu berbanding keselesaan anda. Nyawa kita hanya ada 1 sahaja. Ingatlah orang yang tersayang.

5.MINUM AIR MASAK ATAU AIR BERSIH

  • Minum air yang sudah dimasak atau air berbungkus seperti air botol mineral. Jangan minum air banjir.
  • Terdapat banyak bakteria daripada air yang tidak dimasak dengan betul. Sekiranya anda minum air tak dimasak atau anda minum air banjir, kemungkinan besar anda akan terkena sakit perut dan cirit birit.
  • Jadi, sediakan air masak secukupnya sebelum banjir berlaku sekiranya anda tersangkut di rumah anda.

6.SEGERA BERPINDAH JIKA TERDAPAT RISIKO BANJIR KILAT DI LOKASI ANDA

  • Sekiranya rumah anda sudah mula dinaiki air, segera berpindah ke pusat pemindahan. Jangan tunggu air naik di paras tertentu, baru anda nak pindah.
  • Tanda-tanda lokasi atau rumah anda akan terkena banjir kilat ialah hujan lebat yang berterusan melebihi separuh hari. Selain itu, kawasan anda adalah rendah dan mudah dinaiki air.

 

PERSEDIAAN SELEPAS MENGHADAPI BANJIR

Pasca banjir? apa yang perlu anda lakukan?

1.JANGAN HAMPIRI WAYAR ELETRIK YANG PUTUS ATAU JATUH

  • Jangan hampiri, apatah lagi pegang dengan tangan yang tidak berlapik. Hubungi bomba atau JPAM untuk bantu anda alihkan. Dikhuatiri akan ada sebarang kemalangan akibat renjatan elektrik.
  • Jangan bertindak terlalu berani, ditakuti anda akan kehilangan nyawa atau cedera akibat tindakan anda.

2.ELAKAN MAKAN MAKANAN TERDEDAH

  • Sekiranya terdapat makanan diatas meja makan rumah anda semasa banjir berlaku. jangan makan! buang segera.
  • Makanan yang tededah berisiko menyebabkan keracunan makanan.
  • Keracunan makanan boleh membawa maut.

3.JANGAN HAMPIRI ATAU BERMAIN KAWASAN AIR BANJIR YANG BERTAKUNG UNTUK ELAK PENYAKIT BERJANGKIT

  • jangan bermain air banjir walaupun air tersebut jernih. Ditakuti air tersebut sudah tercemar.
  • Apatah lagi anda minum air tersebut. Sangat bahaya!

4.PERIKSA TANGKI SEPTIK, ELAK BAHAYA BIOLOGI

  • Hubungi pihak tertentu untuk periksa tangki septik rumah anda untuk elak sebarang bahaya biologi.
  • Jangan bertindak sendirian sekiranya anda ingin periksa tangki septik rumah anda.

5.BUANG MAKANAN YANG ROSAK

  • Walaupun makanan bertutup & juga berbungkus seperti mee segera. Sekiranya tededah dengan banjir, tolong buang juga.
  • Ini sebagai langkah berjaga-jaga untuk elakkan sebarang keracunan makanan.

6.PENTINGKAN KESELAMATAN KETIKA KEMBALI KE RUMAH

  • Pakai kasut tapak tebal seperti kasut boot (sekiranya ada). Ini sebagai langkah berhati-hati untuk elak terpijak benda tajam ataupun pijak lumpur tebal yang licin dan berbahaya.
  • Sekiranya anda tidak mempunyai kasut tebal, berhati-hati memasuki rumah anda.

 

Sekian itu sahaja tips persediaan sebelum, semasa & selepas banjir daripada min. Min harap banjir ini tidak menjejaskan anda dan berharap ada tindakan lanjut daripada pihak berkuasa untuk selesaikan masalah banjir ini pada masa akan datang.

MAKLUMAT LANJUT

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762

Baca Juga :

Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh: BMT RISDA 2022

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *