CARA PERMOHONAN WANG PENDAHULUAN PTPTN (SEMAKAN KELAYAKAN)

CARA PERMOHONAN WANG PENDAHULUAN PTPTN (SEMAKAN & KELAYAKAN)
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA PERMOHONAN WANG PENDAHULUAN PTPTN (SEMAKAN KELAYAKAN)

Bagaimanakah cara permohonan wang pendahuluan PTPTN?Untuk makluman Kaedah permohonan adalah berdasarkan pengesahan setuju terima WPP yang dibuat semasa permohonan kemasukan ke IPT iaitu sama ada melalui Portal UPU atau IPT. Sedia maklum, Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN adalah merupakan wang pendahuluan berjumlah RM1,500 yang diberikan kepada pelajar yang layak sebelum mereka mendaftar di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN ini tidak ditawarkan kepada pelajar yang memohon ke IPTS. Pemotongan sebanyak RM500.00 setiap semester daripada jumlah pinjaman PTPTN akan dibuat secara automatik.

Pelajar boleh menunaikan WPP ini di mana-mana cawangan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) di seluruh negara dengan membawa surat tawaran WPP dan MyKad pelajar itu sendiri (wakil adalah tidak dibenarkan).

Baca Juga : Cara Permohonan Pinjaman PTPTN (Syarat & Jumlah Kelayakan)

Cara Semakan WPP PTPTN 2023

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Semakan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN 2023

Cara Semakan Status WPP PTPTN Online

Cara untuk Semak Status WPP PTPTN adalah seperti berikut:

1.Sila layari Portal Rasmi PTPTN secara online menerusi pautan seperti berikut:

2.Masukkan Nombor Kad Pengenalan yang disahkan dan klik pada butang ‘Carian’ untuk semakan.

 

Kaedah Menunaikan WPP

  • Surat tawaran WPP boleh dicetak daripada portal rasmi PTPTN.
  • Tempoh sahlaku tawaran adalah 2 bulan dari tarikh dikeluarkan.
  • Tawaran WPP hanya boleh ditunaikan oleh pelajar di mana-mana kaunter Bank Islam dengan membawa dokumen berikut:
  1. Surat tawaran WPP yang dicetak daripada portal rasmi PTPTN
  2. MyKad pelajar (Wakil adalah tidak dibenarkan)
  • WPP merupakan sebahagian daripada pinjaman yang diberikan sebagai pendahuluan sebelum pelajar mendaftar masuk ke IPT. Pemotongan sebanyak RM500.00 setiap semester daripada jumlah pinjaman PTPTN akan dibuat secara automatik apabila pinjaman diluluskan.

 

Syarat Kelayakan Permohonan Wang Pendahuluan PTPTN

Syarat-Syarat Pemberian WPP

  • Pelajar harus memenuhi kriteria seperti berikut:
  • Pelajar telah membuat persetujuan menerima WPP;
  • Pelajar adalah Warganegara Malaysia;
  • Ibu bapa/ Penjaga/ Pelajar adalah Penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR);
  • Pelajar ditawarkan pengajian bagi peringkat pengajian Diploma atau Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa di IPTA dan Politeknik sahaja;
  • Pelajar tidak mempunyai hutang WPP.

* Syarat-syarat lain yang ditentukan oleh PTPTN bagi memastikan pelajar layak menerima WPP membuat permohonan pinjaman PTPTN.

 

Soalan Lazim cara Permohonan Wang Pendahuluan PTPTN

 

1.Apakah itu Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP)?

Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) adalah merupakan wang pendahuluan berjumlah RM1,500 yang diberikan kepada pelajar yang layak sebelum mereka mendaftar di IPT

 

2.Bagaimanakah kaedah permohonan mendapatkan WPP?

Kaedah permohonan adalah berdasarkan pengesahan setuju terima WPP yang dibuat semasa permohonan kemasukan ke IPT iaitu sama ada melalui Portal UPU atau IPT.

 

3.Bagaimanakah kaedah semakan status permohonan WPP?

Semakan boleh dibuat di portal rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my). Makluman melalui SMS dan emel juga dibuat berdasarkan nombor telefon bimbit beserta alamat emel yang dikemaskini semasa permohonan kemasukan ke IPT.

 

4.Bagaimanakah kaedah penunaian WPP?

WPP boleh ditunaikan oleh pelajar di mana-mana kaunter Bank Islam dengan membawa dokumen berikut:

Surat tawaran WPP yang dicetak daripada portal rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my);

MyKad pelajar (Wakil adalah tidak dibenarkan)

 

5.Adakah terdapat sebarang rayuan mendapatkan WPP jika penjaga dan pelajar bukan penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)?

Tiada. Pertimbangan pemberian WPP hanya diberikan kepada penjaga pelajar/ pelajar yang menerima www.ptptn.gov.mysahaja.

 

6.Adakah WPP diberi secara percuma?

Tidak. WPP merupakan sebahagian daripada pinjaman yang diberikan sebagai pendahuluan sebelum pelajar mendaftar masuk ke IPT. Pemotongan sebanyak RM500.00 setiap semester daripada jumlah pinjaman PTPTN akan dibuat secara automatik apabila pinjaman diluluskan.

 

7.Apakah situasi yang tidak membenarkan pelajar menunaikan WPP?

Situasi yang tidak membenarkan pelajar menunaikan WPP adalah seperti berikut:

Pelajar tidak meneruskan pengajian di IPT yang ditawarkan.

Pelajar tidak meneruskan pengajian di dalam kursus yang ditawarkan.

Sekiranya WPP tersebut telah ditunaikan, pelajar dikehendaki membayar balik jumlah tersebut dalam tempoh lapan (8) bulan daripada tarikh tamat waran. Ta’widh sebanyak 1% setahun akan dikenakan ke atas baki yang belum dijelaskan mulai bulan ke 9 dari tarikh tamat waran

 

8.Apakah dokumen yang perlu disertakan sekiranya pelajar kehilangan MyKad?

Dokumen yang perlu disertakan sekiranya kehilangan MyKad adalah Kad Pengenalan Sementara yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

 

9.Adakah WPP boleh ditunaikan sekiranya surat tawaran yang dicetak tidak lengkap dengan maklumat Nombor Kad Pengenalan/ Nombor Waran?

Tidak boleh. Pelajar dikehendaki mencetak semula surat tawaran WPP baharu dan memastikan maklumat Nombor Kad Pengenalan/ Nombor Waran adalah lengkap.

 

10.Sekiranya cap jari pelajar gagal diimbas, adakah WPP tersebut boleh tunaikan?

Boleh tetapi pelajar perlu sertakan dokumen sokongan lain seperti lesen memandu, sijil lahir atau surat tawaran ke IPT

 

11.Adakah WPP boleh dipindahkan ke akaun simpanan Bank Islam pelajar?

Boleh. Pelajar dikehendaki menunaikan WPP terlebih dahulu dan seterusnya mengisi borang deposit ke akaun simpanan masing-masing.

 

Maklumat Lanjut & Pertanyaan Semakan Status WPP PTPTN

Sebarang pertanyaan tentang Semakan Status Wang Pendahuluan PTPTN atau maklumat lanjut berkaitan Wang Pendahuluan PTPTN, sila hubungi PTPTN HOTLINE di talian 03 – 2080 4455 atau layari Portal Rasmi https://www.ptptn.gov.my

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *