CARA PERMOHONAN VAKSIN PNEUMOKOKAL PERCUMA 

CARA PERMOHONAN VAKSIN PNEUMOKOKAL PERCUMA 
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA PERMOHONAN VAKSIN PNEUMOKOKAL PERCUMA

Kepada ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak berumur 4 atau 5 tahun, kini anda boleh buat permohonan Vaksin Pneumokokal percuma.

Baca Juga : 10 Makanan Untuk Kesihatan Mata (Tips Penjagaan)

APA ITU VAKSIN PNEUMOKOKAL

Vaksin Pneumokokal adalah vaksin terbaharu dalam NIP dan ia diberikan untuk mencegah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan bakteria Streptococcus Pneumoniae yang dikenali sebagai Pneumokokus.

 

TUJUAN PEMBERIAN VAKSIN PNEUMOKOKAL

Pemberian Vaksin Pneumokokal kepada kanak-kanak bertujuan untuk mengurankan kadar morbiditi dan mortaliti akibat penyakit Pneumokokal dalam kalangan kanak-kanak bawah 5 tahun. Ia seterusnya dapat mengurangkan kos rawatan penyakit Pneumokokal dan komplikasinya.

Walaupun penyakit Pneumokokal boleh dirawat dengan pemberian antibiotik, namun terdapat beberapa strain bakteria Pneumokokus yang mempunyai kerintangan terhadap antiobiotik. Pemberian Vaksin Penumokokal adalah kaedah paling berkesan untuk menghalan jangkitan bakteria Pneumokokus dan secara tidak langsung mengurangkan kerintangan terhadap antibiotik.

 

FUNGSI VAKSIN PNEUMOKOKAL

Antara fungsi vaksin ini adalah untuk mencegah jangkitan bakteria Streptococcus Pneumoniae yang boleh menyebabkan penyakit seperti:

  • Radang paru-paru (pneumonia)
  • Radang sinus
  • Jangkitan telinga tengah
  • Radang selaput otak
  • Saraf tunjang (meningitis)
  • Jangkitan bakteria dalam darah (septicaemia).

 

KELAYAKAN VAKSIN PNEUMOKOKAL PERCUMA

Vaksin imunisasi pneumokokal percuma ini diberikan kepada kanak-kanak yang berumur empat dan lima tahun yang boleh didapati di semua fasiliti kesihatan primer Kementerian Kesihatan (KKM).

 

TARIKH PEMBERIAN VAKSIN PNEUMOKOKAL PERCUMA

Ibu bapa boleh dapatkan suntikan vaksin ini bermula 1 Jun 2023 hingga 31 Mei 2024 di semua fasiliti kesihatan primer Kementerian Kesihatan (KKM).

 

CARA DAPATKAN VAKSIN PNEUMOKOKAL PERCUMA

Kepada ibu bapa atau penjaga yang ingin mendapatkan vaksin pneumokokal untuk anak mereka berikut adalah merupakan caranya:

  • Secara walk-in ke klinik kesihatan dan desa di seluruh negara
  • Secara janji temu di aplikasi MySejahtera.
    1. Buka aplikasi MySejahtera dan log masuk ke akaun anda
    2. Pada paparan menu utama klik pada Janji Temu
    3. Seterusnya klik pada nama anda
    4. Paparan seterusnya, pilih tujuan yang anda kehendaki
    5. Pada butang carian, taipkan lokasi anda. Kemudian pilih senarai Klinik Kesihatan untuk tempahan anda
    6. Kemudian pilih tarikh temujanji anda ingin pada slot yang terdapat kekosongan. Akan dipaparkan sekiranya masih terdapat slot untuk tarikh tersebut
    7. Akhir sekali paparan akan menunjukkan status temu janji anda. Sekiranya ye klik pada Sahkan, selesai.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut, mengenai Vaksin Pneumokokal Percuma, anda boleh melayari portlal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *