PERMOHONAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA): SEMAKAN TARIKH BAYARAN

PERMOHONAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA): SEMAKAN TARIKH BAYARAN
Share Artikel Ini Di Media Sosial

PERMOHONAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA): SEMAKAN TARIKH BAYARAN

Berikut adalah cara permohonan sumbangan asas rahmah (SARA). Seperti yang sedia maklum terdapat beberapa penambahbaikan menerusi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dengan penambahan program bantuan yang memberikan sokongan kewangan kepada isi rumah miskin tegar di Malaysia iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Disini kami akan kongsikan mengenai kelayakan dan kadar bantuan SARA, semoga membantu.

Baca juga ; CARA PERMOHONAN RAYUAN STR (Senarai Alasan Tidak Lulus & Permohonan Semula)

APA ITU SUMBANGAN ASAS RAHMAH

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah merupakan jumlah tambahan yang diberikan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berkelyakan bagi bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup. SARA adalah kadar bantuan tambahan yang akan diberikan kepada golongan miskin tegar.

 

KELAYAKAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 

Program bantuan SARA dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar. Kelayakan kadar ini terhad kepada:

  • Penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih; dan
  • Mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan

 

KADAR BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH

Bayaran tambahan sebanyak RM600 akan diterima oleh kategori miskin tegar

 

KAEDAH BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH

Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM100 bagi tempoh 6 bulan, berjumlah RM600 secara keseluruhannya.

 

TARIKH BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH

Berikut adalah merupakan tarikh pembayaran STR tambahan RM600 (RM100 sebulan baucar untuk barangan makanan asas) iaitu:

  • SARA 1 (Julai 2023): RM100
  • SARA 2 (Ogos 2023): RM100
  • SARA 3 (September 2023): RM100
  • SARA 4 (Oktober 2023): RM100
  • SARA 5 (November 2023): RM100
  • SARA 6 (Disember 2023): RM100

Nota: *Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa

 

JUMLAH KESELURAHAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH

Berikut adalah merupakan jumlah keseluruhan yang akan diterima oleh golongan miskin tegar iaitu:

Kategori Penerima Pendapatan Bil. Anak SARA 1
(RM)
SARA 2
(RM)
SARA 3
(RM)
SARA 4
(RM)
SARA 5
(RM)
SARA 6
(RM)
Jumlah Bantuan Tambahan STR 2023
(RM)
Jumlah Bantuan Keseluruhan STR 2023
(RM)
Isi Rumah Miskin Tegar
Tiada Had Umur
(Tambahan RM600)
≤ PGK Miskin Tegar RM1,169 0 100 100 100 100 100 100 600 1,600
1-2 100 100 100 100 100 100 600 2,100
3-4 100 100 100 100 100 100 600 2,600
≥ 5 100 100 100 100 100 100 600 3,100

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai  Sumbangan Asas Rahmah (SARA), anda boleh layari pautan rasmi Sumbangan Tunai Rahmah

 

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *