PERMOHONAN STR 2024 : KEMASKINI DAN SEMAK KELAYAKAN

PERMOHONAN STR 2024 : KEMASKINI DAN SEMAK KELAYAKAN
Share Artikel Ini Di Media Sosial

PERMOHONAN STR 2024 : KEMASKINI DAN SEMAK KELAYAKAN

Tahukah anda cara permohonan STR 2024 atau Sumbangan Tunai Rahmah? Bagi anda yang baru membuat permohonan atau ingin mengemaskini permohonan, artikel ini mungkin akan membantu anda.

Semoga bermanfaat….

APAKAH STR

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

TARIKH PERMOHONAN STR 2024

Permohonan baharu STR akan dibuka seawal November 2023, di mana permohonan akan dibuka sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini.

JUMLAH BAYARAN STR 2024

Berikut adalah jumlah yang akan di bayar

  • kadar minimum STR iaitu untuk golongan belia juga meningkat daripada RM350 kepada RM500.
  • Bayaran pertama STR untuk isi rumah biasanya maksimum RM300 sahaja.
  • Namun, untuk STR 2024, bayaran pertama STR dinaikkan kepada RM500.
  • Kategori baharu isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data eKasih akan menerima sumbangan maksimum RM3700 setahun mulai Januari 2024 berbanding RM3100 pada tahun 2023.

TARIKH BAYARAN STR 2024

  • Bayaran pertama bantuan tunai untuk isi rumah biasanya maksimum RM300.
  • Namun bagi STR 2024, bayaran pertama akan dinaikkan kepada RM 500 dan dijangka disalurkan sebelum Ramadan.

Nota: *Tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN STR 2024

ISI RUMAH

  • Kahwin; atau
  •  Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

WARGA EMAS TIADA PASANGAN

  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah

BUJANG

  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Had umur adalah 21-59 tahun; dan
  • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

CARA PERMOHONAN STR 2024

Tarikh pendaftaran baharu dan kemas kini Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dibuka mulai 1 Mac 2023 sehingga 31 Mac 2023
Untuk memohon secara atas talian, sila rujuk Permohonan Baharu STR

  • Jadual Permohonan STR adalah seperti berikut :

Secara Dalam Talian

Secara Manual/Fizikal

  • November 2023
  • Hadir ke :
    • Pejabat LHDN; atau
    • Pejabat Satelit (PS) LHDNM; atau
    • Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM; atau
    • Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNMdengan mengisi dan mengemukakan Borang Permohonan STR

Kaedah permohonan STR adalah seperti berikut:

Permohonan Secara Dalam Talian

Permohonan Melalui Borang

  • Borang Permohonan STR (BK-01) boleh didapati secara percuma di Portal Rasmi STR LHDNM; atau Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
  • Anda boleh menghantar Borang STR di Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM Atau Penghantaran secara Pos. Namun, terhad kepada borang permohonan yang diterima sehingga tarikh akhir permohonan ke alamat seperti berikut:
    • Peti Surat STR, GPO Shah Alam, 40800 Shah Alam, SELANGOR
  • Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima.

DOKUMEN DIPERLUKAN

Salinan dokumen sokongan pemohon / pasangan / anak (jika berkaitan) yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:

  • Pemohon:
    • Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN;
    • Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN;
    • Sijil Perceraian / Pembubaran Perkahwinan (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN
    • Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah
    • Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
  • Pasangan:
    • Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS);
    • Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan
  • Anak:
    • Anak Kandung
      • Salinan Sijil Lahir; dan
      • Salinan MyKad / MyKid
    • Anak Angkat
      • Salinan MyKad / MyKid; dan
      • Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN

NOTA: Borang Serahan Dokumen Sokongan STR (BK-04) perlu dilengkapkan dan diserahkan semasa mengemukakan dokumen sokongan berkenaan ke Pejabat LHDNM ATAU boleh memuat naik ke sistem STR semasa permohonan secara dalam talian.

 

MAKLUMAT LANJUT

Layari : https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/str.html

BACA JUGA :

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *