PERMOHONAN SEWA KIOSK MARA : KADAR SEWA

PERMOHONAN SEWA KIOSK MARA : KADAR SEWA
Share Artikel Ini Di Media Sosial

PERMOHONAN SEWA KIOSK MARA : KADAR SEWA

Tahukah anda cara buat permohonan sewa KIOSK MARA? Usahawan Bumiputera yang tidak mempunyai premis untuk menjalankan perniagaan kini boleh memohon sewaan premis Majlis Amanah Rakyat (MARA) menerusi Portal MyPremis. Untuk makluman, terdapat 1066 lot niaga milik MARA yang kondusif dengan harga sewaan yang berpatutan ditawarkan kepada para usahawan Bumiputera di seluruh negara. Semua permohonan penyewaan bagi lot niaga ini hanya boleh dibuat secara atas talian melalui Portal MyPremis yang telah dibangunkan oleh pihak MARA.

APA ITU PORTAL MYPREMIS MARA

Portal MyPremis adalah satu sistem yang diwujudkan Majlis Amanah Rakyat (MARA) kepada pengusaha Bumiputera yang tidak mempunyai premis untuk untuk membuat permohonan sewaan premis.

KATAGORI PREMIS PERNIAGAAN MARA

Berikut adalah merupakan katagori dan jumlah ruang niaga yang tersedia:

  1. Arked – Jumlah ruang Niaga 3,475
  2. Bazar – Jumlah ruang Niaga 1,777
  3. Lot komersial – Jumlah ruang Niaga 1632
  4. Kim & Halal Park – 402

SYARAT KELAYAKAN PENYEWAAN PREMIS PERNIAGAAN MARA

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Bumiputera
  3. Bebas Senarai Hitam MARA
  4. Tidak Bankrap
  5. Telah mendaftarkan perniagaan/syarikat
  6. Kesesuaian dan daya maju perniagaan atau perusahaan yang dicadangkan

SYARAT PERMOHONAN SEWA KIOSK MARA

Usahawan yang ingin memohon perlu memenuhi syarat-syarat permohonan iaitu:

  1. Pemohon ialah warganegara Malaysia.
  2. Pemohon merupakan usahawan Bumiputera.
  3. Pemohon bebas senarai hitam daripada pihak MARA.
  4. Pemohon adalah tidak bankrap.
  5. Pemohon telah mendaftarkan perniagaan/syarikat melalui SSM.
  6. Perniagaan adalah mengikut kesesuaian dan daya maju perniagaan atau perusahaan yang dicadangkan.
  7. Had umur usahawan mestilah 16 hingga 60 tahun semasa permohonan dibuat.

LOKASI & KEKOSONGAN KIOSK MARA

  • Untuk mengetahui lokasi premis niaga MARA di seluruh negara, sila layari https://premis.mara2u.my/portal/index.php dan klik bendera mengikut negeri masing-masing.
  • Jumlah kekosongan beserta kadar sewa yang ditawarkan turut dipaparkan dalam portal tersebut.

CARA PERMOHONAN SEWA KIOSK MARA

Untuk membuat permohonan premis niaga MARA, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://premis.mara2u.my/portal/form_apply.php.
  2. Isi maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.
  3. Muat naik maklumat perniagaan SSM.
  4. Klik butang ‘Hantar’ untuk menghantar permohonan.

SEMAKAN PERMOHONAN SEWA KIOSK MARA

Semakan permohonan yang telah dihantar melalui Portal MyPremis boleh disemak status permohonan melalui langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://premis.mara2u.my/portal/form_semak.php.
  2. Masukkan kad pengenalan dan emel permohonan.
  3. Klik butang ‘Semak.’
  4. Keputusan permohonan dipaparkan.

SOALAN LAZIM

Jika saya ingin menyemak kekosongan premis untuk disewa, di manakah perkara tersebut boleh saya rujuk?

Adakah bukan warganegara layak memohon penyewaan di premis niaga MARA?

  • Tidak. Hanya warganegara Malaysia sahaja layak untuk memohon penyewaan di premis niaga MARA.

Jika saya masih belum mendaftar syarikat saya di bawah SSM, adakah permohonan saya akan diluluskan?

  • Tidak. Usahawan yang mendaftar perlu mengemukakan bukti pendaftaran SSM bagi memastikan permohonan mereka berjaya.

INFO LANJUT

Sebarang info lanjut mengenai Portal MyPremis, sila layari laman web https://premis.mara2u.my/.

Baca Juga :

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *