PERMOHONAN PINJAMAN PUTRA MARA: Pembiayaan Tanpa Faedah

PERMOHONAN PINJAMAN PUTRA MARA: Pembiayaan Tanpa Faedah
Share Artikel Ini Di Media Sosial

PERMOHONAN PINJAMAN PUTRA MARA: Pembiayaan Tanpa Faedah

Kepada belia graduan lepasan insitutsi MARA yang berminat untuk berkecimpung dalam bidang keusahawanan, anda boleh membuat permohonan memohon pembiayaan PUTRA MARA. Program ini merupakan salah satu insentif pihak mara untuk memberi galakan dan bantuan kepada bekas pelajar lepasan insitusi pendidikan mara untuk Melahirkan usahawan kecil dinamik dari generasi muda untuk memulakan perniagaan. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara membuat permohonan dan syarat kelayakan, semoga membantu.

Baca Juga : PINJAMAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN MARA (DIPLOMA & IJAZAH)

APA ITU PUTRA MARA

Program Usahawan Lepasan Institusi Pendidikan MARA/Belia atau ringkasnya PUTRA ialah skim/kemudahan pembiayaan perniagaan mikro bagi semua sektor seperti peruncitan, pembuatan dan perkhidmatan khusus untuk melahirkan usahawan kecil dinamik dari generasi muda untuk memulakan perniagaan. (Tidak merangkumi sektor pertanian dan penternakan)

 

CIRI-CIRI PEMBIAYAAN PUTRA MARA

Berikut adalah merupakan ciri-ciri bagi pembiayaan PUTRA iaitu:

  • Skop Pembiayaan
    • Modal Pusingan
    • Pembelian Mesin dan Peralatan
  • Had Pembiayaan: RM10,000
  • Tempoh Pembiayaan: 1-3 tahun (12-36 bulan)
  • Jaminan atau Cagaran: Tiada (Hanya perlu kemukakan seorang penyokong atau reference dikalangan ahli keluarga)
  • Kadar Keuntungan: 0%

 

SYARAT KELAYAKAN PEMBIAYAAN PUTRA MARA

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan bagi permohonan pembiayaan ini iaitu:

Syarat Umum

  • Warganegara Bumiputera berumur 18-40 tahun
  • Mempunyai daftar perniagaan yang sah daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • Mempunyai premis perniagaan (kecuali untuk perniagaan atas talian)
  • Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  • Menjalankan perniagaan sepenuh masa
  • Perniagaan Patuh Syariah
  • Bebas daripada Senarai Hitam MARA

Syarat Khusus

  • Belia yang telah menjalankan perniagaan tidak kurang dari tiga (3) bulan dengan rekod perniagaan yang baik dan memberangsangkan
  • Pelajar Institusi Pendidikan MARA (IPMa) yang sedang mengikuti latihan industri atau program inkubator di IPMa
  • Lepasan IPMa
  • Tidak pernah mendapat sebarang kemudahan pembiayaan MARA

 

BILA TARIKH PERMOHONAN PEMBIAYAAN PUTRA MARA

Permohonan kini telah dibuka. Anda boleh membuat permohonan secara online

 

CARA PERMOHONAN PEMBIAYAAN PUTRA MARA

Kepada anda yang berkelayakan dan ingin membuat permohonan, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Permohonan secara dalam talian di Portal MyUsahawan
  2. Sebagai pengguna kali pertama klik pada Daftar
  3. Lengkapkan maklumat yang diperlukan seperti:
    • Nama
    • No Kad Pengenalan
    • Kata laluan
    • Email
  4. Setelah lengkap tick pada terma dan syarat dan klik Daftar
  5. Seterusnya log masuk ke akaun anda
  6. Pada paparan utama klik pada e-Perkhidmatan > MyUsahawan > PUTRA
  7. Kemudian lengkapkan maklumat yang diperlukan pada permohonan
  8. Setelah lengkap klik hantar. Selesai

NOTA: Anda juga boleh membuat permohonan terus ke Pejabat MARA Daerah yang berdekatan.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Program Usahawan Lepasan Institusi Pendidikan MARA, anda boleh ke Portal Rasmi MARA

 

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *