Cara Permohonan Pinjaman KWSP MBSB (Ihsan-i Dibuka 7 April 2023)

Cara Permohonan Pinjaman KWSP MBSB (Ihsan-i Dibuka 7 April 2023)
Share Artikel Ini Di Media Sosial

Cara Permohonan Pinjaman KWSP MBSB (Ihsan-i Dibuka 7 April 2023)

MBSB Bank Berhad (MBSB Bank), menawarkan kemudahan Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) @ Permohonan Pinjaman KWSP MBSM patuh Syariah Ihsan-i kepada ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bermula 7 April 2023.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBSB Bank, Datuk Nor Azam M Taib berkata, jumlah pembiayaan maksimum adalah RM50,000 dengan tempoh pembayaran sehingga 10 tahun.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang FSA2 yang ditawarkan oleh MBSB Bank ini.

 

Baca Juga : Cara Permohonan Pinjaman KWSP BSN Dibuka 15 April 2023

Pengenalan FSA2 KWSP (Fasiliti Sokongan Akaun 2 @ Pinjaman Bercagar)

Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) adalah bertujuan membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan dengan disokong oleh permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun.

 

Apakah Ihsan-i MBSB?

Kemudahan Ihsan-i yang disediakan oleh MBSB Bank ini bertujuan membantu ahli KWSP yang berusia 40 hingga 55 tahun, yang memiliki i-Akaun KWSP dan mempunyai sekurang-kurangnya RM3,000 di dalam Akaun 2 untuk mendapatkan pembiayaan peribadi patuh Syariah ini dengan kadar kompetitif.

Ansuran bulanan Ihsan-i pada tahun pertama adalah lebih rendah kerana pelanggan hanya perlu membayar kadar keuntungan saja.

 

KONSEP

Ahli KWSP yang layak mendapatkan pembiayaan ini masih perlu membuat bayaran semula setiap bulan bergantung kepada jumlah pembiayaan dan tempoh yang dipilih.

Apabila tiba usia mereka antara 50 hingga 55 tahun yang melayakkan mereka mengeluarkan caruman dari Akaun 2 KWSP, ahli boleh membuat permohonan pengeluaran dan menyelesaikan baki pembiayaan mereka kepada bank.

 

KELEBIHAN

  • Ihsan-i oleh MBSB Bank adalah berlandaskan Syariah dan mengguna pakai konsep Tawarruq.
  • Kadar keuntungan pinjaman KWSP oleh MBSB Bank yang rendah, tiada caj proses dan tiada caj penamatan awal.
  • Pemberian rebat atau Ibra’ atas kadar keuntungan bank sekiranya pembayaran baki pembiayaan ditamatkan lebih awal daripada tempoh yang dipersetujui.

 

SYARAT-SYARAT LAIN PEMBIAYAAN

  • Pembayaran keuntungan untuk 12 bulan pertama. Kemudian Prinsipal + Pembayaran Keuntungan (Ansuran Penuh)
  • Tiada tempoh berkuinci. Tiada penjamin dan cagaran diperlukan.
  • Cara bayaran : Di kaunter dan Arahan tetap

 

Semakan Kelayakan

Untuk membuat semakan sama ada anda layak membuat permohonan bagi pinjaman bercagar KWSP (FSA2 MBSB) ini, sila ikuti langkah berikut:

  1. Daftar dan aktifkan i-Akaun sekiranya perlu* CARA REGISTER i-AKAUN KWSP(Daftar melalui KIOSK,BANK,ONLINE & EMAIL)
  2. Semak kelayakan di i-Akaun
  3. Mohon di institusi perbankan yang mengambil bahagian mulai 7 April 2023 (BSN & MBSB)

Daftar dan aktifkan i-Akaun di Self Service Terminal (SST) di cawangan KWSP berdekatan bagi membolehkan anda menerima nombor Transaction Authorisation Code (TAC) bagi tujuan semakan kelayakan.

Layari https://fsa2.kwsp.gov.my/ untuk mengetahui lebih lanjut tentang Fasiliti Sokongan Akaun KWSP 2 ini

 

Tarikh Permohonan

Permohonan Ihsan-i FSA2 KWSP oleh MBSB Bank akan dibuka secara online mulai 7 April 2023 menerusi laman web rasmi MBSB Bank.

 

Cara Permohonan Ihsan-i MBSB

LANGKAH-LANGKAH PERMOHONAN

  1. Sila layari pautan https://www.fsa2mbsbbank.com untuk membuat permohonan.
  2. Pastikan anda memenuhi syarat-syarat berikut untuk memohon:
    • Mempunyai KWSP i-Akaun
    • Baki minima Akaun 2 sebanyak RM3,000
    • Berumut 40 hingga 54 tahun.
    • Permohonan pembiayaan antara RM3,000 hingga RM50,000
  3. Teliti Kesedaran dan Kefahaman Mengenai Fasiliti Sokongan Akaun 2.
  4. Isikan maklumat yang diperlukan di Borang Kelayakan Pembiayaan.
  5. Klik TERUSKAN dan sahkan identiti anda melalui Nombor TAC.
  6. Isikan jumlah pembiayaan yang diperlukan dan maklumat lain pada Borang Permohonan.
  7. Permohonan akan diproses berdasarkan penilaian kredit dan status bankrap anda.
  8. Sekiranya permohonan anda dilulukskan, anda akan menerima SMS sebagai Penerimaan Pembiayaan (setuju terima) kepada jumlah pembiayaan.

 

Untuk Maklumat Lanjut

Layari https://www.fsa2mbsbbank.com/ untuk membuat permohonan bermula 7 April 2023.

 

Kadar Kelayakan

Menurut laman web KWSP, amaun kelayakan awal permohonan melalui Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun adalah berdasarkan amaun simpanan dalam Akaun 2 yang ditolak dengan sebarang amaun pengeluaran yang belum diluluskan seperti Pengeluaran Pendidikan, Kesihatan dan sebagainya.

Ilustrasi kelayakan pengeluaran adalah seperti di bawah:

  Ahmad Rita Sara
Baki simpanan Akaun 2 RM70,000 RM3,000 RM7,500
Amaun permohonan pengeluaran pra-persaraan yang belum diluluskan RM10,000 Tiada RM5,500
Amaun kelayakan awal RM50,000
Had maksimum pembiayaan adalah RM50,000
RM3,000 RM0
Tidak layak kerana tidak menepati syarat minimum amaun RM3,000

Walau bagaimanapun, amaun bagi Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun ini adalah berdasarkan kepada amaun yang diluluskan bagi pembiayaan peribadi serta terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak institusi perbankan.

 

Maklumat Lanjut Ihsan-i MBSB

Maklumat berkaitan jumlah pembiayaan, tempoh dan jumlah bayaran semula setiap bulan akan dipaparkan dalam laman web MBSB.

Untuk mendapatkan maklumat dari cawangan terdekat, sila buat carian lokasi di pautan ini: https://www.mbsbbank.com/bm/find-branch

Anda juga boleh menghubungi MBSB Bank melalui saluran berikut:

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *