Cara Permohonan Pinjaman KWSP BSN Dibuka 15 April 2023

Cara Permohonan Pinjaman KWSP BSN (Dibuka 15 April 2023)
Share Artikel Ini Di Media Sosial

Cara Permohonan Pinjaman KWSP BSN (Dibuka 15 April 2023)

Lanjutan daripada pengumuman Kementerian Kewangan melalui kenyataan akhbar bertarikh 21 Mac 2023 ini Cara Permohonan Pinjaman KWSP BSN. KWSP telah memperincikan mekanisme serta terma dan syarat bagi Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) bagi membolehkan pencarum membuat pengeluaran awal bersyarat sebelum umur 50 tahun dan 55 tahun.

  • Permohonan FSA2 boleh dibuat melalui 2 bank buat masa ini, iaitu MBSB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN).
  • Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang FSA2 yang akan ditawarkan oleh BSN.

Baca Juga : Cara Permohonan Pinjaman KWSP MBSB (Ihsan-i Dibuka 7 April 2023)

Pengenalan Fasiliti Sokongan Akaun 2 KWSP (FSA2)

  • Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) adalah bertujuan membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan dengan disokong oleh permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun.
  • Bank Simpanan Nasional akan menawarkan kemudahan Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) kepada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bermula 15 April 2023.
  • Terma dan syarat pinjaman bercagar KWSP itu akan dimaklumkan kelak.
  • Perkara itu dimaklumkan melalui laman web rasmi bank tersebut.

 

Cara Semakan Kelayakan

Untuk membuat semakan sama ada anda layak membuat permohonan bagi pinjaman bercagar KWSP (FSA2 MBSB) ini, sila ikuti langkah berikut:

  1. Daftar dan aktifkan i-Akaun sekiranys perlu* CARA REGISTER i-AKAUN KWSP(Daftar melalui KIOSK,BANK,ONLINE & EMAIL)
  2. Semak kelayakan di i-Akaun
  3. Mohon di institusi perbankan yang mengambil bahagian mulai 7 April 2023 (BSN & MBSB)

Daftar dan aktifkan i-Akaun di Self Service Terminal (SST) di cawangan KWSP berdekatan bagi membolehkan anda menerima nombor Transaction Authorisation Code (TAC) bagi tujuan semakan kelayakan.

Layari https://fsa2.kwsp.gov.my/ untuk mengetahui lebih lanjut tentang Fasiliti Sokongan Akaun KWSP 2 ini

 

Bila Tarikh Permohonan FSA2 Pinjaman KWSP BSN

Permohonan FSA2 KWSP oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) akan dibuka secara online mulai 15 April 2023 menerusi laman web rasmi BSN.

 

Maklumat Lanjut

Sila nantikan siaran media rasmi dan maklumat terkini oleh BSN melalui saluran berikut:

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *