PERMOHONAN PEMBIAYAAN PERNIAGAAN MARA : KELAYAKAN

PERMOHONAN PEMBIAYAAN PERNIAGAAN MARA : KELAYAKAN
Share Artikel Ini Di Media Sosial

PERMOHONAN PEMBIAYAAN PERNIAGAAN MARA : KELAYAKAN

Tahukah anda cara permohonan pembiayaan perniagaan MARA? Pinjaman perniagaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) adalah antara kemudahan kewangan yang menjadi pilihan utama usahawan negara ini, terutama di kalangan usahawan Bumiputera. Ada cara-cara khusus dan syarat-syarat kelayakan khas untuk memohon pinjaman perniagaan MARA.

Sebahagian besar daripada syarat kelayakan memohon pinjaman perniagaan MARA biasanya mudah dipenuhi.

APA ITU MARA?

Majlis Amanah Rakyat (MARA) ialah sebuah agensi di bawah kuasa Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah yang ditubuhkan pada1 Mac 1966, sebagai sebuah badan korporat berkanun tertakluk di bawah Akta Parlimen hasil daripada resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera pertama pada tahun 1965.

Tanggungjawab utama Majlis adalah bagi memaju, menggalak, memudah serta melaksanakan pembangunan sosioekonomi dan kemasyarakatan khususnya di kawasan luar bandar.

PEMBIAYAAN PERNIAGAAN MARA

MARA ialah agensi kerajaan yang diwujudkan bertujuan menggalakkan, memudahkan, memajukan dan menjalankan aktiviti pembangunan ekonomi serta kemasyarakatan. Secara khusus, MARA berfungsi membantu aktiviti ekonomi, termasuk menyediakan kemudahan pinjaman perniagaan untuk usahawan.

Menerusi pinjaman perniagaan MARA, usahawan berkelayakan mampu mengatasi masalah ketidakcukupan dana kewangan bagi melicinkan operasi perniagaan dan mengembangkan perniagaan ke tahap lebih tinggi.

Pembiayaan MARA biasanya antara lain bertujuan membolehkan usahawan membeli aset tetap, menambah modal kerja dan menampung belanja pengurusan. Pembiayaan menerusi pinjaman perniagaan MARA ini juga dapat digunakan oleh usahawan untuk membeli bahan mentah, bahan separuh siap, bahan siap dan peralatan alat ganti, iaitu bergantung pada keperluan dan kesesuaian perniagaan masing-masing.

Sebahagian besar pembiayaan MARA ialah berdasarkan konsep al-Murabahah. Untuk keperluan membeli aset perniagaan, usahawan boleh memilih pinjaman perniagaan MARA di bawah konsep al-Ijarah.

SENARAI PERNIAGAAN YANG LAYAK PEMBIAYAAN MARA

Pemilik perniagaan yang dibenarkan untuk memohon bantuan pembiyaan ini adalah:

  • Milikan tunggal (Enterprise)
  • Perkongsian/ Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)
  • Syarikat SDN BHD

JENIS PEMBIAYAAN PERNIAGAAN MARA

Ada beberapa skim pinjaman perniagaan di MARA yang boleh dan sesuai dipohon usahawan.

Secara asasnya, terdapat tiga jenis pembiayaan perniagaan:

  1. Pembiayaan Kontrak
  2. Pembiayaan Am (Pinjaman bawah RM500,000)
  3. Pembiayaan Am (Pinjaman dari RM500,000 ke RM5 juta)

SYARAT ASAS KELAYAKAN PERMOHONAN

Berikut adalah syarat asa yang perlu dipenuhi oleh pemohon:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Berdaftar dengan SSM serta telah beroperasi lebih daripada 6 bulan
  • Menjalankan perniagaan secara penuh masa (fulltime)
  • Perniagaan yang mematuhi syariah
  • Bebas dari senarai hitam (black list) MARA.

CARA MEMOHON PEMBIAYAAN PERNIAGAAN MARA

Untuk memohon ,  anda bolah mohon melalui atas talian menerusi portal rasmi Majlis Amanah Rakyat (MARA) melalui dua langkah iaitu:

  • Langkah 1 – Pilih E-Perkhidmatan
  • Langkah 2 – Pilih MyUsahawan

Atau boleh juga terus ke aplikasi permohonan di https://aplikasi.mara.gov.my/myusahawan/

Namun begitu pemohon juga perlu mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna baru di Daftar Masuk Sistem Permohonan Pembiayaan MARA.

HAD MAKSIMUM PEMBIYAAN YANG DIPOHON

Berikut adalah had maksimum atau had pembiayaan yang boleh dimohon mengikut skim kemudahan pembiayaan perniagaan:

  1. PUTRA – had maksimum adalah sehingga RM10,000.00
  2. Skim OKU – had maksimum adalah sehingga RM50,000.00
  3. SEMAi – had maksimum adalah sehingga RM50,000.00
  4. DanaNita – had maksimum adalah sehingga RM150,000.00
  5. Mobile Business (Food Truck/Karavan) – had maksimum adalah sehingga RM500,000.00
  6. SPiM – had maksimum adalah sehingga RM500,000.00
  7. SPiM Tekno – had maksimum adalah sehingga RM500,000.00
  8. PUTEK – had maksimum adalah sehingga RM500,000.00
  9. SPiKE – had maksimum adalah sehingga RM1,000,000.00
  10. MISA – dari RM500,001.00 sehingga RM1,000,000.00
  11. PRiN – dari RM500,001.00 sehingga RM1,000,000.00

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN 

Dokumen yang perlu disediakan bagi permohonan pembiayaan MARA
adalah:

  1. Mengikut Senarai Semak Permohonan Pembiayaan Perniagaan MARA (boleh didapati di skrin permohonan).
  2. Semua dokumen perlu dihantar kepada Pejabat MARA Daerah (PMD) atau Bahagian Pembiayaan Perniagaan (permohonan pembiayaan PRiN dan MISA)
  3. Perlu dihantar dalam masa tempoh 14 hari daripada tarikh permohonan.

MAKLUMAT LANJUT PEMBIAYAAN MARA

Untuk maklumat lanjut , anda boleh ke Portal Rasmi MARA di link web ini https://aplikasi.mara.gov.my/myusahawan/

Baca Juga :

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *