PERMOHONAN PELAN PENYELESAIAN HUTANG LPPSA (DSP Kategori 1 & 2)

PERMOHONAN PELAN PENYELESAIAN HUTANG LPPSA (DSP Kategori 1 & 2)
Share Artikel Ini Di Media Sosial

PERMOHONAN PELAN PENYELESAIAN HUTANG LPPSA (DSP Kategori 1 & 2)

Disini kami akan kongsikan cara membuat permohonan Pelan Penyelesaian Hutang LPPSA. Kepada pesara kerajan yang ingin menyelesaikan hutang, kini Kerajaan telah memperkenalkan kaedah Pelan Penyelesaian Hutang (DSP) kepada peminjam yang bersara / meninggalkan perkhidmatan.  semoga membantu.

Baca Juga : PERMOHONAN RUMAH MESRA RAKYAT 2023(Cara Permohonan & Semakan Status)

APA ITU PENYELESAIAN HUTANG (DSP)

Pelan Penyelesaian Hutang (Debt Settlement Plan, DSP) bagi memulihkan dan menyelesaikan hutang sivil pelanggan yang meninggalkan perkhidmatan atau bersara tidak berpencen melalui penjadualan semula bayaran balik pembiayaan. DSP membantu peminjam meneruskan bayaran ansuran bulanan di dalam tempoh pembiayaan asal berbanding bayaran penyelesaian sekaligus.

 

KATAGORI PENYELESAIAN HUTANG (DSP)

Pelan ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu:

  • DSP 1
  • DSP 2

 

SYARAT KELAYAKAN PENYELESAIAN HUTANG (DSP)

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan DSP yang ditetapkan mengikut katagori iaitu:

KRITERIA DSP 1` DSP 2
SYARAT PEMOHON
Kelayakan
  • Meninggalkan Perkhidmatan/ Bersara Tidak Berpencen TIDAK termasuk diberhentikan kerja (masalah tatatertib)
  • Bukan seorang penghutang penghakiman atau bankrap
  • Tidak layak DSP 1
  • Bukan seorang Bankrap
  • Mempunyai kemampuan bayaran balik
SYARAT KELULUSAN
Status Akaun
  • Tunggakan tidak melebihi 12 ansuran bulanan semasa kelulusan
  • Hartanah belum dilelong
  • Hartanah belum dilelong
Tempoh Permohonan
  • Tidak melebihi 12 bulan dari tarikh tamat / meninggalkan perkhidmatan
  • Tiada had
Kadar Faedah/Keuntungan
  • Ditentukan oleh LPPSA mengikut pelan
  • Sekiranya tunggakan melebihi 3 ansuran bulanan, kadar 7% setahun akan dikenakan ke atas baki pembiayaan sehingga tamat tempoh pembiayaan/ penyelesaian penuh.
  • 7% setahun sehingga tamat tempoh pembiayaan
Bayaran Balik
  • Ansuran bulanan bermula sebulan selepas kelulusan
Tempoh Pembiayaan asal Tidak berubah
Syarat-Syarat Lain Pembiayaan Tidak berubah

 

TARIKH PERMOHONAN KELAYAKAN PENYELESAIAN HUTANG (DSP)

Pelan DSP ini boleh dimohon bermula 1 Oktober 2022

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Dokumen yang wajib diperlukan:

DSP 1 DSP 2
  • Surat pengesahan dan sokongan majikan
  • Surat Permohonan
  • Borang Rayuan Bayaran Balik
  • 3 bulan Slip Gaji/ Pengesahan majikan/ Penyata KWSP yang terkini
  • 3 bulan Penyata Akaun Bank (bagi yang berniaga)/ bukti pendapatan lain
  • Surat akuan bersumpah (sekiranya tiada item 3 dan 4)
  • Dokumen sokongan lain (sekiranya perlu)

 

CARA PERMOHONAN KELAYAKAN PENYELESAIAN HUTANG (DSP)

Kepada anda yang ingin membuat permohonan DSP, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari Permohonan melaui saluran Portal DSP.
  2. Pada paparan utama klik pada borang permohonan mengikut kelayakan anda iaitu:L
    • Borang Permohonan DSP 1
    • Borang Permohonan DSP 2
  3. Isikan dengan lengkap maklumat yang diperlukan
  4. Setelah lengkap klik Hantar
  5. Penerimaan tawaran melalui saluran Portal DSP dalam tempoh 14 hari daripada tarikh kelulusan.

 

CARA BAYARAN ANSURAN KELAYAKAN PENYELESAIAN HUTANG (DSP)

Bagi tujuan pembayaran balik pembiayaan, bayaran perlulah dibuat dengan menggunakan nombor Akaun Virtual CIMB (VA) 98<> yang dikhususkan kepada peminjam melalui kaedah yang tertera dibawah:

  • Tunai di Kaunter CIMB seluruh Malaysia, atau;
  • Online melalui IBG, IBFT, RENTAS, Maybank2U atau CIMBClicks, atau;
  • Mesin layan diri CIMB Bank – ATM dan Deposit Tunai.

Nota: Tatacara pembayaran (E-bayaran) boleh dirujuk pada pautan https://myfinancing.lppsa.gov.my/my/e-bayaran

 

SOALAN LAZIM ( FAQ) KELAYAKAN PENYELESAIAN HUTANG

Anda boleh merujuk soalan lazim menerusi pautan di bawah:

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, anda boleh merujuk saluran berikut:

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *