PERMOHONAN KOLEJ KEDIAMAN UiTM : e-KOLEJ

PERMOHONAN KOLEJ KEDIAMAN UiTM : e-KOLEJ
Share Artikel Ini Di Media Sosial

PERMOHONAN KOLEJ KEDIAMAN UiTM : e-KOLEJ

Tahukah anda cara permohonan kolej kediaman UiTM? Untuk makluman anda, Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah menubuhkan Jawatankuasa Krisis Kolej Kediaman dan Rumah Sewa untuk bertindak serta-merta mencari resolusi yang terbaik bagi membantu mahasiswa yang sukar mendapatkan rumah sewa. Oleh itu, satu platform diwujudkan untuk memudahkan pelajar mencari rumah sewa selain untuk tujuan pengiklanan rumah sewa oleh tuan rumah.

Jom ketahui lebih lanjut tentang cara memohon penempatan pelajar melalui sistem e-Kolej dan Portal Rumah Sewa NR UITM yang baru diwujudkan bagi memudahkan urusan mendapatkan rumah sewa.

Baca juga : PROGRAM PRA DIPLOMA UiTM : SENARAI KURSUS DAN CARA PERMOHONAN 

CARA SEMAK KEPUTUSAN PERMOHONAN KOLEJ UiTM

Cara membuat semakan adalah seperti berikut:

  1. Log masuk ke Student Portal
  2. Pergi ke bahagian eHEP System
  3. Klik di bahagian Keputusan Permohonan / Rayuan Kolej
  4. Cetak Slip Pra-Pendaftaran

 

RAYUAN PERMOHONAN KOLEJ KEDIAMAN UITM

Tawaran kolej kediaman untuk pelajar yang sedang membuat rayuan adalah tertakluk kepada kriteria termasuk merujuk polisi penempatan UiTM; pelajar semester akhir dari keluarga berpendapatan di bawah RM2,000 dan B40 dan pelajar Sabah dan Sarawak dari keluarga berpendapatan di bawah RM2,000.

Sistem e-Rayuan Kolej dibuka kepada :

  • Pelajar Non-Residen (NR)
  • Pelajar yang gagal permohonan kolej melalui sistem e-kolej
  • Pelajar yang tidak membuat permohonan kolej

Permohonan e-Rayuan Kolej boleh dibuat melalui laman web iStudent Portal > eHEP System > e-kolej.

Untuk makluman, pelajar boleh membuat permohonan rayuan kolej mengikut langkah-langkah berikut:

  1. Log masuk ke Student Portal
  2. Pergi ke bahagian eHEP
  3. Klik di bahagian Borang Rayuan Permohonan Kolej (di menu bahagian kiri).
  4. Isi borang dan klik hantar.

 

CARA BUAT SEMAKAN PENEMPATAN KOLEJ

Pelajar yang berjaya hendaklah mencetak slip pra pendaftaran seperti di bawah:

Prosedur semakan adalah dengan melakukan langkah berikut:

  1. Log masuk ke Student Portal
  2. Pergi ke bahagian eHEP System
  3. Klik di bahagian Keputusan Permohonan / Rayuan Kolej
  4. Cetak Slip Pra-Pendaftaran

 

FUNGSI UNIT KEMUDAHAN KOLEJ 

  1. Merangka dasar dan peraturan kolej kediaman UiTM dan menyelaras penyeragaman, pemantauan perlaksanaan dan penambahbaikan dasar.
  2. Menguruskan penyediaan surat pekeliling Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar berkaitan dasar pentadbiran dan peraturan kolej kediaman.
  3. Pengurusan Staf Residen Kolej (SRK).
  4. Mentadbir hal ehwal Pengurusan Sumber Manusia (Pengurusan Asrama) dengan lebih efisien dan sistematik.
  5. Merancang pengurusan penempatan pelajar baharu, pelajar lama, sewaan pelajar dan agensi luar.
  6. Menyelaras Laporan Prestasi untuk dimajukan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar ke Kementerian Pengajian Tinggi.
  7. Memantau Petunjuk Prestasi (KPI) Kolej Kediaman supaya mencapai objektif.
  8. Memantau dan menguatkuasakan kontrak tender sedia ada di kolej-kolej kediaman.

PERKHIDMATAN YANG DI SEDIAKAN UNIT KEMUDAHAN KOLEJ

  1. Menyelaras permohonan pelajar mendapatkan tempat tinggal di kolej-kolej kediaman.
  2. Menyelaraskan segala pembelian dan naiktaraf kolej kediaman UiTM Shah Alam.
  3. Melaksanakan kaedah sistem elektronik untuk kemudahan pelajar dan kakitangan kolej kediaman (e-insentif, e-kolej, e-rayuan dan e-selenggara)
  4. Menyelaraskan urusan tender sewaan perabot di kolej-kolej kediaman.
  5. Menyelaras sewaan penempatan kepada pelajar semasa cuti.
  6. Menyelaras permohonan penginapan transit daripada luar (termasuk agensi-agensi kerajaan dan swasta, kolej, universiti, sekolah).
  7. Lain-lain perkhidmatan; menyelaras permohonan dan penyambungan perkhidmatan Pegawai Pmbangunan Pelajar (PPP) dan Pengetua Kolej Kediaman.

PORTAL RUMAH SEWA UNTUK PELAJAR NON-RESIDENT UiTM

Terkini, UiTM telah mewujudkan portal rumah sewa Non Resident (NR) di https://nr.uitm.edu.my, bagi membantu memudahkan urusan mahasiswa mendapatkan rumah sewa.

Pengurusan NR UiTM turut membuat tinjauan secara berkala yang berkaitan dengan isu keselamatan, kontrak perjanjian sewa rumah dan kebajikan mahasiswa NR.

Cara untuk membuat carian dan mendaftar portal NRHome UiTM adalah seperti berikut:

  1. Log masuk ke pautan https://nrhome.uitm.edu.my/ menggunakan ID pelajar.
  2. Buat carian rumah sewa di kawasan berdekatan anda.
  3. Hubungi Tuan Rumah / Ejen yang berkenaan dan dapatkan maklumat yang secukupnya.
  4. Tandatangan Perjanjian Penyewaan Rumah.
  5. Kemaskini maklumat dalam Student Portal UiTM.

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *