Permohonan Berkahwin Negeri Pahang Online (e-MUNAKAHAT)

Permohonan Berkahwin Negeri Pahang Online (e-MUNAKAHAT)
Share Artikel Ini Di Media Sosial

Permohonan Berkahwin Negeri Pahang Online (e-MUNAKAHAT)

Permohonan berkahwin negeri pahang kini boleh dilakukan secara online @ atas talian melalui e-Munakahat. Sebelum membuat permohonan anda hendaklah membuat pendaftaran pengguna baru di e-Munakahat.

e-Munakahat adalah Sistem Maklumat Perkahwinan Islam Pahang

PANDUAN DAFTAR PENGGUNA BARU

 Untuk membuka sistem, buka mana-mana Browser yang terdapat pada skrin Desktop. Taip URL https://emunakahat.pahang.gov.my. gambar di bawah memaparkan antara muka utama sistem.

https://emunakahat.pahang.gov.my

Langkah-langkah untuk mendaftar pengguna baru adalah seperti berikut:

  • Pada bahagian bawah kotak Log Masuk, klik butang Daftar.
  •  Masukkan No. Kad Pengenalan dengan betul.
  • Masukkan Nama dengan betul.
  • Pilih Jantina.
  • Masukkan alamat Emel. Pastikan emel adalah sah dan masih aktif kerana Kata Laluan sistem akan dihantar ke alamat emel yang didaftarkan.
  • Klik butang Daftar Pengguna. Sistem akan papar mesej seperti
    e-munakahat

PANDUAN LOG MASUK KE SISTEM

Pengguna yang telah berdaftar boleh memasuki sistem dan menggunakan kemudahan yang disediakan.

Langkah-langkah untuk log masuk ke dalam sistem adalah seperti berikut:

  • Pada bahagian Log Masuk pada antara muka utama sistem, masukkan No. Kad Pengenalan yang betul. No. Kad Pengenalan perlu ditaip tanpa tanda ‘-‘.
  • Masukkan Kata Laluan yang betul.
    (Pengguna yang pertama kali log masuk ke sistem hendaklah memasukkan Kata Laluan yang diterima melalui emel. Sebagai langkah keselamatan, sistem akan meminta pengguna untuk menukar Kata Laluan yang baru)

Baca Juga : Permohonan Berkahwin Negeri Kelantan Online (Platform eQaryah)

PANDUAN PROSES KEBENARAN KAHWIN

E-MUNAKAHAT

 

PANDUAN MOHON KEBENARAN BERKAHWIN

Panduan ini menerangkan langkah-langkah untuk membuat Permohonan Kebenaran Berkahwin secara atas talian. Permohonan perlu dibuat oleh SETIAP INDIVIDU yang ingin berkahwin. Permohonan atas talian dibuka kepada WARGANEGARA Malaysia sahaja.

Langkah-langkah untuk mendaftar permohonan adalah seperti berikut:

  • Setelah login sistem, klik pautan Kebenaran Berkahwin pada menu sebelah kiri.
  • Pemohon membuat carian terlebih dahulu dengan memasukkan No. Kad Pengenalan Pasangan untuk semakan. Sekiranya tiada maklumat, klik butang Daftar Baru.
  • Terdapat tiga (3) tab dalam skrin permohonan iaitu Maklumat Pemohon, Maklumat Pasangan dan Maklumat Perkahwinan. Ruang bertanda (*) adalah wajib diisi.

E-MUNAKAHAT

 

Tab Maklumat Pemohon

  • Ruang No. Kad Pengenalan, Nama Pemohon dan Jantina telah ditarik keluar daripada maklumat pendaftaran pengguna.
  • Masukkan Tarikh Lahir pemohon. Ruang Umur dikira secara automatik setelah tarikh lahir dimasukkan.
  • Pilih Bangsa dan Warganegara.
  • Masukkan Alamat Dalam K/P seperti yang tercatat dalam Kad Pengenalan pemohon.
  • Sekiranya Alamat Semasa sama dengan Alamat Dalam K/P, tanda √ pada kotak pilihan berkenaan untuk salin alamat. Sekiranya tidak sama, masukkan alamat tempat tinggal semasa.
  • Masukkan No. Telefon Rumah dan Bimbit.
  • Pilih Taraf Pendidikan dan Sektor Pekerjaan pemohon.
  • Masukkan ruang Pekerjaan/Jawatan, Alamat Tempat Kerja serta No. Telefon Pejabat.
  • Masukkan amaun Pendapatan pemohon.
  • Pilih Status Kahwin pemohon.
    1. Bagi status Teruna / Anak Dara / Thayyib, ruang No. Sijil Kursus Pra-Perkahwinan adalah mandatori dan perlu dikuncimasuk.
    2. Bagi status Beristeri, ruang No. Kes MAL, Tarikh Sebutan Kes dan Mahkamah adalah mandatori dan perlu dikuncimasuk.
    3. Bagi status Duda Mati Isteri / Balu, ruang No. Surat Kematian, Tarikh Kematian dan No. Surat Nikah bagi perkahwinan terdahulu adalah mandatori dan perlu dikuncimasuk.
    4. Bagi status Duda Cerai / Janda, ruang No. Surat Nikah, No. Surat Cerai dan Tarikh Cerai bagi perkahwinan terdahulu adalah mandatori dan perlu dikuncimasuk.
  • Pilih Status Saudara Baru (mualaf). Sekiranya mualaf, ruang Tarikh Memeluk Islam dan No. Daftar Islam adalah wajib dimasukkan.
  • Klik butang Simpan untuk menyimpan maklumat yang telah diisi.
  • Klik pautan Seterusnya untuk mengisi Maklumat Pasangan atau Kembali Ke Maklumat Pemohon untuk menyemak kembali maklumat yang telah diisi.

Tab Maklumat Pasangan

  • Masukkan No. KP Baru/Pasport pasangan.
  • Masukkan No. KP Lama/Tentera/Polis sekiranya berkaitan.
  • Masukkan Nama dan Tarikh Lahir pasangan. Ruang Umur dikira secara automatik setelah tarikh lahir dimasukkan.
  • Pilih Bangsa dan Warganegara pasangan. (Bagi status Bukan Warganegara, sila pilih Negara bagi kewarganegaraan pasangan)
  • Masukkan Alamat Dalam K/P seperti yang tercatat dalam Kad Pengenalan pasangan.
  • Sekiranya Alamat Semasa sama dengan Alamat Dalam K/P, tanda √ pada kotak pilihan berkenaan untuk salin alamat. Sekiranya tidak sama, masukkan alamat tempat tinggal semasa.
  • Masukkan No. Telefon Rumah dan Bimbit pasangan.
  • Pilih Taraf Pendidikan dan Sektor Pekerjaan pasangan.
  • Masukkan ruang Pekerjaan/Jawatan, Alamat Tempat Kerja, No. Telefon Pejabat dan Emel.
  • Masukkan amaun Pendapatan pasangan.
  • Pilih Status Kahwin pasangan.
    1. Bagi status Teruna / Anak Dara / Thayyib / Bujang (Mengandung), ruang No. Sijil Kursus Pra-Perkahwinan adalah mandatori dan perlu dikuncimasuk.
    2. Bagi status Beristeri, ruang No. Kes MAL, Tarikh Sebutan Kes dan Mahkamah adalah mandatori dan perlu dikuncimasuk.
    3. Bagi status Duda Mati Isteri / Balu, ruang No. Surat Kematian, Tarikh Kematian dan No. Surat Nikah bagi perkahwinan terdahulu adalah mandatori dan perlu dikuncimasuk.
    4. Bagi status Duda Cerai, ruang No. Surat Nikah, No. Surat Cerai dan Tarikh Cerai bagi perkahwinan terdahulu adalah mandatori dan perlu dikuncimasuk.
  • Pilih Status Saudara Baru (mualaf). Sekiranya mualaf, ruang Tarikh Memeluk Islam dan No. Daftar Islam adalah wajib dimasukkan.
  • Masukkan No. Kebenaran Kahwin pasangan (bagi pasangan lelaki sahaja).
  • Klik butang Simpan untuk menyimpan maklumat yang telah diisi.
  • Klik pautan Seterusnya untuk mengisi Maklumat Perkahwinan atau Kembali Ke Maklumat Pasangan untuk menyemak kembali maklumat yang telah diisi.

Tab Maklumat Perkahwinan

  • Masukkan maklumat Tempat Kahwin dengan memilih ruang Negara dan Negeri.
  • Masukkan Maklumat Cadangan Majlis Akad Nikah yang merangkumi ruang Tarikh Akad Nikah, Alamat Tempat Nikah, Jenis Mas Kahwin, amaun Mas Kahwin (telah ditetapkan), amaun Hantaran dan Pemberian Lain.
  • Masukkan Maklumat Wali dalam ruang yang berkenaan (bagi pemohon wanita sahaja). Sekiranya tiada maklumat tarikh nikah ibu bapa, pemohon perlu membuat permohonan surat sumpah terlebih dahulu dan kuncimasuk maklumat ke dalam sistem.
  • Masukkan cadangan Maklumat Saksi yang mengesahkan Borang Permohonan Kebenaran Berkahwin dalam ruang yang berkenaan.
  • Pilih Kategori Nikah sama ada Pernikahan Semula atau Bukan Pernikahan Semula.
  • Klik butang Simpan untuk menyimpan maklumat yang telah diisi. Sistem papar mesej maklumat telah disimpan.
  • Klik pautan Kembali Ke Maklumat Perkahwinan untuk menyemak kembali maklumat yang telah diisi. Sistem papar status permohonan sebagai ‘Belum Hantar’ seperti dibawah

e-munakahat

  • Klik ikon Pensel untuk mengemaskini maklumat selagi permohonan tidak dihantar. Klik butang Kemaskini sekiranya ingin menyimpan maklumat yang telah dipinda.
  • Untuk menghantar permohonan, klik ikon Pensel dan seterusnya klik pada Tab Maklumat Perkahwinan. Pada bahagian bawah skrin, klik butang Hantar untuk menghantar permohonan. Pemohon tidak lagi dibenarkan meminda maklumat selepas butang Hantar ditekan. Rujuk nota arahan pada bahagian bawah paparan skrin sistem
  • Sistem akan paparkan kekotak mesej pengesahan untuk penghantaran permohonan
  • Klik OK. Sistem papar mesej ‘Maklumat Kebenaran Kahwin Telah Dihantar’.
  • Klik pautan Cetak Dokumen/Borang untuk mencetak dokumen sokongan yang diperlukan untuk dihantar kepada Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) yang dimohon bagi proses seterusnya. Rujuk
  • e-munakahatKlik butang Kembali untuk ke skrin Senarai Permohonan. Status bagi permohonan adalah ‘Telah Hantar’.
  • Pemohon boleh menyemak status ini dari semasa ke semasa untuk mengetahui status terkini permohonan kebenaran untuk berkahwin.

Maklumat Lanjut

Semak Panduan Pengguna

atau layari https://emunakahat.pahang.gov.my/index.php

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *