PERMOHONAN BERKAHWIN NEGERI KELANTAN (eQARYAH)

Permohonan Berkahwin Negeri Kelantan Online (Platform eQaryah)
Share Artikel Ini Di Media Sosial

PERMOHONAN BERKAHWIN NEGERI KELANTAN (eQARYAH)

Permohonan Berkahwin Negeri Kelantan kini lebih mudah kerana boleh membuat permohonan secara online @ atas talian sahaja.Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan berkahwin Negeri Kelantan Online melalui sistem e-Qaryah.

Sistem e-Qaryah merupakan bank data penduduk Negeri Kelantan yang dibangunkan untuk pelbagai kegunaan. Objektif sistem ini diperkenalkan adalah untuk memudahkan pihak agensi kerajaan mengenalpasti semua anak mukim yang bermastautin dan bermukim di dalam mukim di Negeri Kelantan sekaligus memudahkan proses pengesahan status anak mukim. Di samping itu, ia menyediakan perkhidmatan permohonan berkahwin bagi negeri Kelantan secara atas talian.

Baca Juga : Permohonan Berkahwin Negeri Pahang Online (e-MUNAKAHAT)

PERATURAN AM PERMOHONAN eQARYAH

Sebelum membuat permohonan atas talian eQaryah, pemohon mestilah meneliti dan mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan seperti berikut:

  1. Usia pemohon lelaki mestilah 18 tahun ke atas dan pemohon perempuan 16 tahun ke atas. Pemohon yang tidak menepati syarat umur yang ditetapkan perlu mengisi borang permohonan ini dan mendapatkan kebenaran bawah umur daripada Mahkamah Syariah
  2. Borang permohonan boleh dilengkapkan seawal-awalnya 90 hari dari tarikh akad nikah atau selewat-lewatnya 7 hari untuk warganegara Malaysia dan 21 hari untuk bukan warganegara sebelum tarikh akad nikah
  3. Pemohon mestilah seorang yang bermastautin di negeri Kelantan (Kod 03 atau 29 di dalam kad pengenalan) atau beralamat Kelantan di dalam kad pengenalan

CARA BUAT PERMOHONAN BERKAHWIN eQARYAH ONLINE

Panduan Permohonan atas talian menerusi sistem eQaryah adalah seperti berikut:

  1. Klik pada pautan yang disediakan di bawah untuk mengakses aplikasi permohonan:
  1. Klik Permohonan Berkahwin
  2. Fahami prosedur permohonan serta peraturan membuat permohonan atas talian. Klik Teruskan
  3. Lakukan semakan permohonan terlebih dahulu. Masukkan No.Mykad/ No.KP Lama/Polis/Tentera/Pasport untuk pihak lelaki dan perempuan. Klik TERUSKAN

*Nota: Semakan perlu dilakukan untuk memastikan bahawa tiada pendaftaran yang pernah dibuat sebelum ini. Pendaftaran hanya perlu diisi SEKALI sahaja bagi SETIAP perkahwinan

  1. Anda akan dibawa ke halaman seterusnya. Lengkapkan semua butiran. Ruangan bertanda * adalah wajib diisi
  2. Di bahagian bawah sekali, klik pada butang pengakuan di bawah sebagai tanda persetujuan pengesahan maklumat. Masukkan Kod Keselamatan. Klik Hantar Permohonan
  3. Namun begitu, permohonan yang telah dilengkapkan hanya akan diproses setelah mengikuti syarat-syarat berikut:

SYARAT PERMOHONAN BERKAHWIN NEGERI KELANTAN

Setelah membuat permohonan secara online, permohonan tersebut hanya akan diproses setelah langkah-langkah seperti di dalam tatacara permohonan berikut dilaksanakan :-

  1. Melengkapkan pengisian borang online
  2. Borang yang telah lengkap diisi perlu dicetak
  3. Mendapatkan pengesahan anak mukim daripada Penolong Pendaftar NCR/Imam Tua Masjid Mukim di dalam borang yang dicetak
  4. Borang yang telah dicetak hendaklah dikemukakan oleh pemohon atau wakil (ahli keluarga sahaja). Pemohon perlu hadir ke Pejabat Agama Jajahan tempat akad nikah dijalankan (bagi permohonan berkahwin dalam negeri) ATAU jajahan tempat tinggal (bagi permohonan berkahwin ke luar negeri/negara) bersama-sama dokumen-dokumen yang perlu dilampirkan

SENARAI DOKUMEN PENTING

Berikut adalah dokumen-dokumen penting yang perlu dilampirkan bersama borang yang telah dicetak :-

  1. Untuk warganegara Malaysia: Dua (2) salinan kad pengenalan pemohon, pasangan dan wali bagi perempuan
  2. Untuk bukan warganegara: Dua (2) salinan passport pemohon, pasangan dan wali bagi perempuan
  3. Sijil Kursus Pra Perkahwinan yang ASAL dan dua (2) salinan fotokopi. (Bagi yang memegang mana-mana sijil pengajian Islam dalam dan luar negeri, boleh memohon PENGECUALIAN kursus Pra Perkahwinan Islam)
  4. Borang Ujian Saringan HIV (Klinik Kesihatan atau Hospital Kerajaan SAHAJA) dan dua (2) salinan fotokopi
  5. Untuk pemohon duda atau janda: Surat Perakuan Perceraian asal dan Dua (2) salinan fotokopi
  6. Bagi pasangan duda atau balu: Dua (2) salinan fotokopi Sijil Kematian dan SERTAKAN Surat Perakuan Nikah terdahulu dan Sijil Kelahiran Anak (Jika ada)
  7. Untuk pemohon yang baru memeluk Islam: Salinan kenyataan memeluk Islam dan dua (2) salinan photostat.
  8. Untuk pemohon anggota tentera/Polis: Kelulusan daripada KAGAT/PDRM dan dua (2) salinan photostat.
  9. Jika perempuan yang walinya mahu mewakilkan akad nikah: Borang wakalah wali dan dua (2) salinan photostat.
  10. Jika WALI (bapa) meninggal dunia: Salinan Sijil Kematian dan dua (2) salinan photostat.
  11. Bagi pemohon bukan warganegara: Surat kelulusan berkahwin daripada kedutaan dan Jabatan Imigresen dan dua (2) salinan photostat.
  12. Bagi perkahwinan dalam negeri Kelantan sahaja)(BARU): Dua (2) salinan photostat kad pengenalan dua (2) orang saksi akad nikah

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BERKAHWIN NEGERI KELANTAN

Untuk melakukan semakan permohonan berkahwin secara terus, akses pautan di bawah:

Langkah-langkah membuat semakan adalah seperti berikut:

  1. Isikan No. Kad Pengenalan Pemohon dan Pasangan
  2. Untuk MyKad/kad pengenalan baru, isikan 12 digit nombor tanpa sempang (-)
  3. Untuk lain-lain kad pengenalan, hanya perlu memasukkan nombor dan abjad
  4. Taip Kod Captcha ke dalam ruangan yang disediakan
  5. Klik Semak

SENARAI JURUNIKAH NEGERI KELANTAN

Berikut dikongsikan pautan untuk merujuk senarai nama jurunikah di seluruh negeri Kelantan mengikut mukim:

FUNGSI LAIN SISTEM eQARYAH

Selain untuk membuat permohonan perkahwinan, fungsi asal eQaryah adalah sebagai sistem pengurusan mukim negeri Kelantan yang menawarkan perkhidmatan berikut:

  1. Permohonan daftar Anak Mukim untuk ketua keluarga atau ahli keluarga/tanggungan
  2. Semakan pengesahan status Anak Mukim

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang maklumat lanjut berkaitan Permohonan berkahwin Negeri Kelantan Online Melalui eQaryah, rujuk butiran berikut:

Bahagian Pentadbiran Undang-Undang Keluarga

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan

Kompleks Islam Darulnaim

Jalan Sultan Yahya Petra

15200 Kota Bharu, Kelantan

No. Tel : 09-7443633

No. Fax :  09-7446685

Email : jaheaik@kelantan.gov.my

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *