PERMOHONAN BARU GERAN TANAH (ROSAK ATAU HILANG)

PERMOHONAN BARU GERAN TANAH (ROSAK ATAU HILANG)
Share Artikel Ini Di Media Sosial

PERMOHONAN BARU GERAN TANAH (ROSAK ATAU HILANG)

Adakah permohonan baru geran tanah boleh di buat sekiranya geran rosak atau hilang?ya..berikut adalah caranya.

Baca Juga : CARA PINDAH MILIK TANAH (TANPA PEGUAM)

APA ITU GERAN TANAH?

Sebelum itu, geran tanah merupakan dokumen yang paling penting dalam pemilikan dan semua transaksi hartanah di Malaysia. Tapi kalau geran tanah hilang, rosak atau musnah, adakah ini bermakna anda tak boleh nak lakukan sebarang urusan melibatkan hartanah tersebut? Jangan risau, fahami cara mudah dan dokumen yang diperlukan untuk membuat gantian.

 

DOKUMEN DIPERLUKAN UNTUK GANTIAN GERAN TANAH HILANG ATAU ROSAK

Pertama sekali, sebagai pemilik tanah, anda perlu mempunyai satu salinan hakmilik tanah daripada Perjanjian Jual Beli/ Sale and Purchase Agreement (SPA) semasa anda membeli tanah atau rumah untuk tujuan rujukan Pejabat Tanah.

Anda juga perlu menyiapkan dan menyediakan dokumen-dokumen berikut untuk proses permohonan geran tanah baru untuk tujuan penggantian hak milik tanah anda:

  • Salinan kad pengenalan (MyKad) anda yang diperakui sebagai pemilik hakmilik tanah
  • Salinan laporan polis yang sah
  • Akuan sumpah
  • Resit cukai pintu tahun semasa
  • Resit cukai tanah tahun semasa

 

CARA TUKAR DAN PERMOHONAN BARU GERAN TANAH

Bagi memudahkan urusan proses anda, adalah dinasihatkan untuk melantik peguam bagi melancarkan lagi permohonan geran baru. Berikut adalah langkah-langkah dan prosedur untuk menggantikan geran tanah yang hilang:

  1. Buat laporan polis bahawa anda kehilangan geran tanah anda di balai polis terdekat dan laporan tersebut mestilah salinan yang sah. Anda juga perlu memastikan bahawa semua butiran hartanah disebutkan seperti alamatnya, nama pemilik dan nombor kad pengenalan.
  2. Sediakan surat akuan sumpah untuk geran tanah yang anda yang hilang. Peguam akan membantu anda. Anda juga memerlukan surat akuan sumpah oleh peguam anda yang mewakili anda. Surat akuan sumpah ini kemudiannya perlu disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah dan dicap di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
  3. Lakukan carian tanah rasmi mengenai hakmilik tanah yang hilang di Pejabat Tanah. Peguam anda juga akan membantu anda dalam hal ini.
  4. Dengan hasil carian tanah rasmi, anda perlu melampirkan sekali:
    • Laporan polis
    • Surat akuan berkanun
    • Resit cukai pintu
    • Resit cukai tanah
    • Salinan kad pengenalan anda yang telah disahkan sebelum diserahkan kepada Pejabat Tanah.

 

SOALAN LAZIM

Berapa lama masa yang diperlukan untuk proses menggantikan geran tanah hilang?

  • Masa dan prosedur yang perlu diikuti mungkin sedikit berbeza mengikut keadaan di mana hakmilik tanah akan dikeluarkan. Contohnya di Selangor, Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor akan mengambil masa seperti yang berikut untuk mengeluarkan penggantian hakmilik tanah:

 

Hakmilik Pegangan Pajakan (Leasehold)/ Hakmilik Sementara (HS (D))

  • Tiga (3) bulan

 

Hakmilik Pegangan Bebas (Freehold)/ Hakmilik Kekal (GRN dan PN)

  • Enam (6) bulan

 

Berapakah kos yang perlu di bayar kepada kerajaan untuk menggantikan geran tanah hilang?

  • Di Selangor, bayaran untuk Hakmilik Sementara adalah RM430.00 dan RM440.00 bagi Hakmilik Tetap. Ini berbeza antara negeri-negeri lain di Malaysia.

 

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, boleh kunjungi Pejabat Tanah dan Jajahan Daerah terdekat dengan anda. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda.

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *