BANTUAN PERKAHWINAN SELANGOR : iGEMS

Bantuan Perkahwinan Negeri Selangor
Share Artikel Ini Di Media Sosial

BANTUAN PERKAHWINAN SELANGOR : iGEMS

Adakah anda rakyat Negeri Selangor dan sedang berkira-kira untuk mendirikan rumahtangga, jangan lupa untuk membuat permohonan Bantuan Perkahwinan Selangor Insentif Generasi Muda Selangor(IGEMS) kpd pasangan yang baru berkahwin.

APAKAH BANTUAN PERKAHWINAN SELANGOR (iGEMS)

  • iGEMS atau Insentif Generasi Muda Selangor(IGEMS) adalah Program bantuan perkahwinan di Selangor, ini lahir setelah Y.A.B. Menteri Besar telah menginspirasikan hasrat beliau menerusi ucapan Belanjawan Negeri Selangor 2019 untuk menambah nilai dalam program Insentif Perkahwinan Belia (IPB) dengan pengisian program pembangunan kekeluargaan dan kerohanian bagi memantapkan institusi keluarga muda terutamanya di awal usia perkahwinan.
  • Bantuan atau insentif kewangan diberikan di bawah program Insentif Generasi Muda Selangor (IGEMS).
  • Program Insentif Generasi Muda Selangor (iGems) diwujudkan dengan pendekatan pengisian ilmiah melalui pelaksanaan kursus kekeluargaan dan juga pemberian wang insentif.
  • Dengan wujudnya program ini diharapkan golongan belia dapat manfaatkan ilmu yang diperoleh untuk dipraktikkan dalam institusi keluarga masing-masing.

MANFAAT BANTUAN PERKAHWINAN SELANGOR (iGEMS)

  1. Nilai insentif yang diberikan adalah RM 300 seorang (salah seorang suami atau isteri atau kedua-dua suami dan isteri – tertakluk kepada yang menepati syarat layak program IGEMS).
  2. Pemberian melalui Baucer Cenderahati Premium (BCP) bernilai RM 300 dan diserahkan kepada penerima pada hari kursus. *Penerima perlu hadir ke bank BSN untuk menukarkan BCP dalam bentuk sijil simpanan premium dan boleh ditunaikan selepas 45 hari berkerja atau boleh disimpan sahaja.

SYARAT BANTUAN PERKAHWINAN SELANGOR (iGEMS)

Syarat Permohonan Berdasarkan individu

Hanya calon yang memenuhi syarat-syarat di bawah akan dipertimbangkan untuk permohonan:

  1. Pendaftaran hendaklah dibuat secara atas talian (online) sahaja
  2. Warganegara Malaysia
  3. Kelahiran Negeri Selangor atau bukan kelahiran Negeri Selangor
  4. Bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun (Alamat MyKad mesti Negeri Selangor)
  5. Pengundi berdaftar di Negeri Selangor sewaktu pendaftaran dibuat
  6. Telah berkahwin dalam tempoh 6 bulan ke bawah sewaktu pendaftaran dibuat
  7. Perkahwinan kali pertama sewaktu pendaftaran dibuat
  8. Berumur 40 tahun dan ke bawah sewaktu pendaftaran dibuat
  9. Pendaftaran terbuka kepada pasangan yang berkahwin bermula 1 September 2018 dan ke atas. (*Bagi pasangan yang berkahwin bermula 1 September 2018 sehingga 31 Disember 2019, pendaftaran boleh dibuat sehingga 31 Jun 2020 sahaja)

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA INSENTIF RM300

Suami atau isteri atau kedua-duanya sekali mesti memenuhi syarat Permohonan iGems.

  1. Mereka WAJIB hadir kursus secara berpasangan (suami dan isteri).
  2. Hadir dan menamatkan modul kursus yang dilaksanakan.

CARA MOHON BANTUAN PERKAHWINAN SELANGOR (iGEMS)

Cara Memohon/ Semakan Insentif Generasi Muda Selangor(IGEMS)?

  1. Untuk permohonan dan maklumat terkini mengenai insenfif bantuan perkahwinan ini, sila layari laman web IGEMS di alamat https://yawas.my/igems.php
  2. Untuk semakan permohonan, boleh semak di halaman berikut https://igems.yawas.my/admin/semakan.php

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang program ini, sila rujuk laman web https://igems.yawas.my/

 

Baca Juga :

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *