CARA PERMOHONAN BANTUAN ORANG TUA (Layak Menerima RM500 Sebulan)

CARA PERMOHONAN BANTUAN ORANG TUA (Layak Menerima RM500 Sebulan)
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA PERMOHONAN BANTUAN ORANG TUA (Layak Menerima RM500 Sebulan)

Kepada anak-anak yang masih mempunyai ibubapa yang telah tua atau dikategori sebagai warga emas,  boleh membuat permohonan bantuan Orang Tua atau warga emas bulanan yang dikenali Bantuan Orang Tua(BOT) sebanyak RM500.

Bantuan bulanan untuk orang tua ini bertujuan dapat membantu warga emas yang kurang berkemampuan dalam menjalani kehidupan mereka.

 

Baca Juga : Bantuan Kad Kesihatan Warga Emas RM500 (Pahang Pride Kasih 2022)

DEFINISI WARGA EMAS

Warga emas didefinasikan sebagai mereka yang berumur 60 tahun dan ke atas. Takrifan ini berpandukan kepada takrifan yang dibuat di “World Assembly On Ageing 1982” di Vienna.

 

KADAR BANTUAN ORANG TUA (BOT)

Penerima yang layak akan menerima bantuan sebanyak RM500 sebulan.

 

SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN WARGA TUA (BOT)

Sebelum memohon bantuan warga emas, sila baca kriteria di bawah untuk melihat samada layak atau tidak:

  • Pemohon mestilah seorang warganegara dan bermastautin di Malaysia
  • Pemohon ialah warga emas berumur 60 tahun dan ke atas
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata  Miskin Per Kapita Semasa
  • Pemohon adalah warga emas yang bukan tinggal di:
    • Institusi kendalian JKM; atau
    • Pusat jagaan harian/berkediaman yang memberi kemudahan/perkhidmatan secara percuma.
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia (KPKM).

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Berikut adalah dokumen yang perlu anda sediakan terlebih dahulu:

  • Kad Pengenalan diri pemohon.
  • Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama.
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama.
  • Salinan penyata gaji (jika ada).
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.
  • Salah satu bil utiliti seperti bil air/elektrik/telefon/Astro (bagi pengesahan alamat).
  • Borang bantuan Jabatan Kebajikan Masyakarat (JKM 18)

 

CARA PERMOHONAN  BANTUAN WARGA TUA (BOT)

Berikut adalah cara membuat permohonan BOT:

Permohonan Atas Talian (Online):

  • Layari pautan eBantuan JKM: http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/
  • Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan
  • Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian. Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.

Permohonan Secara Manual:

  • Muat turun borang Permohonan Bantuan (JKM 18)
  • Isi borang-borang tersebut dengan lengkap dan betul.
  • Bawa bersama borang-borang beserta dokumen sokongan ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian yang berhampiran.

 

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Permohonan Bantuan Orang Tuan (BOT), anda boleh rujuk:

Website rasmi JKM: https://www.jkm.gov.my/

Hubungi: 03-8000 8000.

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *