PERMOHONAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH : BMT RISDA 

PERMOHONAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH : BMT RISDA 
Share Artikel Ini Di Media Sosial

PERMOHONAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH : BMT RISDA

Tahukah anda cara permohonan bantuan musim tengkujuh RISDA? kini dibuka untuk permohonan bagi mereka yang layak. Kategori yang layak memohon adalah pemilik kebun dan juga dibuka kepada mereka yang memohon untuk BMT penoreh.

Untuk  pemohon kategori pemilik yang pernah menerima BMT RISDA 2023 anda  hanya perlu mengemaskini maklumat di portal https://pekebunkecilmakmur.com.my/.

APA ITU BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RISDA?

BANTUAN MUSIM TENGKUJUH merupakan satu bentuk bantuan kewangan yang diperuntukkan khas kepada pekebun kecil dan penoreh getah yang memenuhi kriteria kelayakan tertentu. Bantuan ini disediakan oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan akan disalurkan melalui pemindahan dana elektronik (EFT) terus ke akaun penerima yang layak.

CARA PERMOHONAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RISDA 

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RISDA

Syarat permohonan BMT RISDA 2022 mengikut kategori pemohon adalah seperti berikut: 

1.Syarat BMT RISDA Kategori Pekebun Kecil RISDA

  • Warganegara Malaysia.
  • Pekebun kecil (Pemilik Pengusaha) berdaftar dengan RISDA.
  • Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar.
  • Pemilik tanah yang sah.
  • 1 Lot hanya seorang penerima bantuansahaja.

2.Syarat Bantuan Musim Tengkujuh RISDA Kategori Pekebun Kecil RISDA Penoreh Bukan Pemilik

  • Warganegara Malaysia.
  • Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA.
  • Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar.
  • Pengesahan pemilik tanah yang sah.
  • 1 Lot hanya seorang penerima bantuan sahaja.
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah.

Maklumat Tambahan       

  • 1 Lot hanya seorang penerima bantuan sahaja.
  • Seorang Pekebun Kecil atau Penoreh hanya layak menerima bantuan sekali sahaja.

CARA PERMOHONAN BMT RISDA ONLINE

Permohonan BMT RISDA bagi tahun 2022 boleh dibuat melalui 2 kaedah iaitu secara online melalui https://pekebunkecilmakmur.com.my/ atau secara manual melalui Pejabat RISDA

Untuk permohonan online anda boleh mohon di:

  • Layari https://pekebunkecilmakmur.com.my/
  • Daftar Pengguna
  • Pengesahan Akaun Pengguna (klik Sahkan E-Mel pada emel yg telah dihantar melalui emel yg didaftarkan)
  • Log Masuk Pengguna
  • Kemaskini Profil Peribadi
  • Kemaskini Profil Tanah
  • Klik Mohon BMT
  • Selesai
  • Permohonan BMT Mesti Berdaftar Dengan RISDA

FAQ PERMOHONAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RISDA

Apa Maksud berdaftar dengan RISDA?

  • Pekebun kecil yang mempunyai Kad Pengenalan Pekebun Kecil (SIC) / tersenarai di dalam Sistem e-EPEK.
  • Bagi pekebun kecil atau penoreh bukan pemilik yang belum berdaftar dengan RISDA, pengisian Borang BMT 2021 dikira sebagai berdaftar dengan RISDA.
  • Peserta yang menyertai program yang dilaksanakan secara bersepadu oleh Kementerian  Pembangunan Luar Bandar (KPLB) merangkumi pembangunan ladang sejahtera, ladang komersial dan penempatan serta diuruskan oleh RISDA melalui Syarikat Milikan RISDA.

Pemohon Bantuan Musim Tengkujuh RISDA Kategori Pekebun Kecil Mesti Memiliki Tanah Yang Sah

Apa Maksud pemilik tanah yang sah Bantuan Musim Tengkujuh RISDA 2022

  • Pemilik tanah yang sah bermaksud tuan punya atau Pemegang Amanah seperti dinyatakan di dalam gerantanah atau pentadbir seperti dinamakan di dalam Surat Kuasa Mentadbir (letter of administration) yang dikeluarkan oleh pejabat tanah atau mahkamah yang berkenaan.
  • Bagi Negeri Sarawak, pemilik tanah yang sah adalah pemilik tanah berdaftar ke atas surat hakmilik tanahyang dikeluarkan di bawah Seksyen 18 dan Seksyen 13 Kanun Tanah Negeri Sarawak.
  • Bagi pemilik yang telah meninggal dunia, pertukaran hakmilik atau pemegang amanah seperti dinyatakan didalam geran tanah atau pentadbir seperti dinamakan di dalam Surat Kuasa Mentadbir (letter ofadministration) yang dikeluarkan oleh pejabat tanah atau mahkamah yang berkenaan atau Surat WakilKuasa (Mati) dari RISDA iaitu Pengakuan Kematian Dan Waris-Warisnya (TS20A (Pin. 1/96)) dan SuratSumpah Oleh Pihak Yang Berkongsi/Waris-Waris/Pemegang Amanah (TS 20B (Pin.1/09)).
  • Peserta yang menyertai program yang dilaksanakan secara bersepadu oleh Kementerian PembangunanLuar Bandar merangkumi pembangunan ladang sejahtera, ladang komersial dan penempatan sertadiuruskan oleh RISDA melalui Syarikat Milikan RISDA di tanah kerajaan negeri yang dirizabkan bagi tujuanpembangunan ladang sejahtera oleh RISDA sepanjang tempoh yang dipersetujui bersama KPLB, RISDAdan Kerajaan Negeri.

Berapa Keluasan Tanah Yang Perlu Dimiliki Oleh Pemohon BMT RISDA?

Pemohon Bantuan Musim Tengkujuh RISDA 2022 Mesti Memiliki jumlah tanah Seperti dibawah:

  • Jumlah keluasan semua tanah yang dimiliki (bukan tertakluk kepada tanah yang diusahakan getah)adalah berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar secara agregat (keseluruhan).

Bagaimana Cara Pelaksanaan BMT RISDA?

  1. Penerima adalah Pekebun Kecil (Pemilik Pengusaha) dan Penoreh Bukan Pemilik yangmemiliki atau menoreh di tanah berkeluasan 2.5 hektar ke bawah (secara agregat); dan
  2. Seorang Pekebun Kecil (Pemilik Pengusaha) atau Penoreh Bukan Pemilik hanya layakmenerima bantuan ini sekali sahaja; dan
  3. Satu lot hanya seorang penerima bantuan sahaja yang layak menerima bantuan sama adapekebun kecil (pemilik pengusaha) atau penoreh bukan pemilik dan tanpa mengambil kirabilangan ahli kongsi

Berapa kadar bantuan BMT 2022 yang dilaksanakan oleh RISDA?

  • Kadar bantuan adalah RM600 dan bayaran secara 2 peringkat (RM300 x 2 bulan) pada bulan Disember 2022 dan Januari 2022.

MAKLUMAT LANJUT BMT RISDA :

layari: www.pekebunkecilmakmur.com.my

atau hubungi:

  • 03-42512125
  • 03-42512135
  • 03-42512023.

Baca Juga :

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *