PERMIT UNTUK HIKING : MASUK HUTAN SIMPAN 

PERMIT UNTUK HIKING : MASUK HUTAN SIMPAN 
Share Artikel Ini Di Media Sosial

PERMIT UNTUK HIKING : MASUK HUTAN SIMPAN

Tahukah anda cara mohon Permit Untuk Hiking? Aktiviti mendaki atau hiking merupakan salah satu aktiviti luar yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia dan juga negara luar. Bagi penggemar aktiviti luar, aktiviti hiking merupakan aktiviti yang menyeronokkan kerana ianya dapat menyihatkan badan mereka selain dapat menikmati keindahan hutan. Akitivit hiking bukanlah aktiviti yang mudah dilakukan kerana ianya memerlukan persediaan yang rapi bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku. Sebagai contoh, anda perlu bersiap sedia dari segi mental dan fizikal. Anda perlu mempunyai stamina yang tinggi untuk mendaki. Tahukah anda, selain dari persediaan seperti peralatan dan diri, terdapat satu lagi persediaan yang wajib anda buat, tetapi yang ramai tidak tahu. Ia adalah memohon permit mendaki. Ini adalah penting demi tujuan keselamatan anda.

Bagaimana cara mengetahui sama ada kawasan air terjun, bukit atau gunung ini memerlukan permit?

Kini anda boleh membuat semakan terlebih dahulu sama ada lokasi yang dirancang termasuk dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal.

Untuk semakan, scan kod QR di poster atau klik pada pautan https://www.forestry.gov.my/…/hutan-lipur-hutan-taman…

Permohonan permit perlu di buat melalui Pejabat Hutan Daerah berkaitan sekiranya kawasan yang anda rancangkan tersenarai dalam Hutan Simpanan Kekal.

Apabila gagal berbuat sedemikian akan menjadi satu kesalahan kerana memasuki Hutan Simpanan Kekal tanpa kebenaran di bawah Akta Perhutanan Negara 1984.

APA ITU PERMIT UNTUK HIKING?

Sebenarnya ia merujuk kepada ‘Kebenaran Memasuki’ mana mana hutan simpan dibawah kawalan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia. Setiap pendaki diwajibkan memohon permit supaya kemasukannya tidak di anggap menceroboh atas alasan melakukan penebangan haram, khianat, pembakaran terbuka, pembuangan sisa toksin, dan sebagainya.

KAEDAH MOHON PERMIT UNTUK HIKING

Permohonan boleh dibuat melalui 2 cara :
1 – Melalui kaunter di Pejabat Hutan Daerah
2 – Melalui faxs ke talian Pejabat Hutan Daerah tersebut

BAGAIMANA PROSEDURNYA?

Kini terdapat beberapa cara menguruskan permohonan permit, ada juga kaunter PHD yang dibuka setiap hari seperti di Hutan Lipur Gunung Nuang, Gunung Datuk, atau di Gunung jerai. Terdapat juga kaunter yang diwakilkan melaui Taman-Taman Negara. Jadi untuk gunung-gunung atau kawasan hutan yang lain yang kebanyakkannya dibawah rezab hutan simpan, kita akan memohon dengan cara manual,

kita ambil contoh untuk mendaki Gunung Batu Puteh, lokasi di Tapah :

  • Langkah 1 – Sediakan senarai nama peserta. (Nama, IC, Alamat, No. tel, No Tel Waris)
  • Langkah 2 – Besertakan surat rasmi permohonan mendaki.
  • Langkah 3 – Dapatkan Wangpos mengikut jumlah peserta, andaikan peserta 10 orang, maka Permit Masuk RM10.00* x 10 orang = RM100.00
  • Langkah 4A – Jika Fax, telefon PHD Tapah untuk memaklumkan tentang ekspedisi pendakian. Jika dibenarkan, terus fax, tunggu sehingga siap dan wangpos ke PHD atas nama Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Perak. Dokumen permit masuk akan dipos ke alamat rumah anda, atau boleh terus ambil di kaunter PHD.
  • Langkah 4B – Jika hantarkan terus ke kaunter Pejabat Hutan Daerah Perak Selatan, Tapah beserta dokumen dari langkah 1-3, kebiasaannya proses dilakukan lebih cepat tetapi bergantung kepada kehadiran pegawai bertanggungjawab dan situasi yang dibenarkan atau tidak.
  • Langkah 5 – Serahkan dokumen permit masuk di pondok pengawas hutan atau pintu masuk hutan lipur(jika ada) sebagai mengesahkan kehadiran anda.

*Cas bagi permit masuk adalah berbeza mengikut negeri.

CARA MOHON PERMIT UNTUK HIKING

Setiap negeri mempunyai proses memohon permit mendaki yang berbeza. Sebagai contoh, lihat di bawah langkah untuk memohon permit mandaki.

Disertakan juga link berkaitan untuk setiap negeri:

INFO PENTING !

  • Bayaran Permit Memasuki HSK – RM5.00 seorang.
  • Borang Permohonan beserta maklumat/bayaran hendaklah dikemukakan ke Pejabat Hutan Daerah berkenaan
  • sekurang-kurangnya satu (1) minggu sebelum tarikh pendakian.
  • Borang Permohonan yang dikemukakan ke Pejabat Hutan Daerah perlu diisi dalam tiga (3) Salinan.

CARA MOHON PERMIT MASUK HUTAN DAN HIKING GUNUNG

  1. Klik pautan https://forestry.selangor.gov.my/v2018/index.php/my/info-awam/gerbang-perkhidmatan-awam/muat-turun
  2. Pilih BORANG MEMASUKI HUTAN SIMPANAN KEKAL (MENDAKI GUNUNG)
  3. Muat turun dan isikan maklumat anda dengan lengkap.

Baca Juga :

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *