PERBEZAAN FREEHOLD DAN LEASEHOLD : MANA LEBIH BAIK

PERBEZAAN FREEHOLD DAN LEASEHOLD : MANA LEBIH BAIK
Share Artikel Ini Di Media Sosial

PERBEZAAN FREEHOLD DAN LEASEHOLD : MANA LEBIH BAIK

Jadi apakah perbezaan freehold dan leasehold? Sebelum beli rumah, elok juga anda tahu tentang perbezaan antara hartanah freehold vs leasehold di Malaysia. Pastikan anda dapatkan sedikit pengetahuan tentang ini, Supaya nanti tidak menyesal bila dapat tahu ada syarat yang mengekang anda. Freehold atau leasehold yang di bincang pada artikel ini merujuk kepada hartanah yang dah ada geran individu atau strata.

Baca Juga : CARA MEMBELI TANAH LOT : PILIH LOT RUMAH

PENGENALAN PEMILIKAN TANAH

Milikan tanah di Malaysia ni dilindungi oleh Kanun Tanah Negara. Bila berdaftar, milikan tersebut tidak akan ada pertikaian.

Namun sekiranya tanah tersebut diambil mengikut aturan dalam Akta Pengambilan Tanah. Ada pampasan perlu dibayar.

Semua tanah di Malaysia ini kepunyaan Kerajaan Negeri. Individu atau korporat boleh mohon untuk dapatkan tanah dari kerajaan negeri melalui proses berimilik.

Melalui pemberian ini, kerajaan akan terima premium tanah dan juga cukai.

Sekiranya tanah diberi tanpa had tempoh, pemilik tersebut terima geran dalam bentuk hakmilik kekal atau freehold.

Manakala jika tanah diberi untuk suatu tempoh tertentu, pemilik terima milikan dalam bentuk hakmilik pajakan atau leasehold.

Lihat Awning Murah Untuk Rumah Anda Di Sini!

FREEHOLD

APA MAKSUD FREEHOLD

Freehold bermaksud milikan tanpa had tempoh. Atau dengan kata lain diberi untuk selama-lamanya kepada pemilik.

Status freehold akan dicetak Pada mukasurat pertama geran hartanah biasanya tertulis:

  • “Geran untuk selama-lamanya” Atau :
  • “Tanah yang diperihalkan di atas adalah dipegang untuk selama-lamanya”

BAGAIMANA PROSES PINDAH MILIK HARTANAH FREEHOLD

Proses pindahmilik hartanah freehold adalah lebih mudah dan cepat.

Hartanah freehold yang sudah mempunyai geran individu / strata tanpa sekatan misalnya, boleh dijual termasuk kepada bukan bumiputera.

Proses jual beli hartanah freehold lebih pendek. Boleh selesai dalam tempoh sekitar 90 hari berkerja dari tarikh perjanjian jual beli ditandatangani.

Namun begitu, ada juga tanah freehold yang mempunyai sekatan.

Contohnya sekatan penggunaan tanah yang terhad untuk kegunaan penanaman seperti sawit, getah dan lain-lain. Sekatan juga ada bila anda cuba jual rumah kepada warga asing.

Selain itu, ada juga sesetengah tempat seperti di Negeri Sembilan yang masih memerlukan kebenaran pindahmilik dibuat untuk hartanah freehold.

Semak geran terlebih dahulu dekat bahagian “Sekatan Kepentingan” untuk mengentahui lebih lanjut mengenai status Hartanah tersebut.

 

LEASEHOLD

APA MAKSUD LEASEHOLD

Leasehold bermaksud tanah yang diberi tu ada had tempoh. Tempoh yang diberikan tu biasanya 99 tahun.

Namun 99 tahun ni bukanlah mutlak. Ada kes lebih pendek sekitar 30 tahun dan 60 tahun. Di Sabah dan Sarawak pula boleh jadi sehingga 999 tahun.

Status leasehold ni tertera pada geran.

  • “Pajakan selama tempoh 99 tahun berakhir pada…”

Selain itu, hartanah leasehold biasanya mempunyai sekatan kepentingan seperti berikut dalam geran:

  • “Tanah ini tidak boleh dipindahmilik melainkan dengan kebenaran kerajaan negeri”

TEMPOH PAJAKAN TAMAT?

apa akan terjadi kalau tempoh pajakan dah habis?

Bila tamat tempoh pajakan tu, secara teknikal anda dah tak boleh duduk di tanah tersebut. Tanah tu bukan lagi anda punya. Dah jadi kerajaan punya.

Namun anda boleh memohon untuk memanjangkan tempoh leasehold yang dah tamat. Anda bayar premium dan panjangkan tempoh tu naik ke 99 tahun semula.

Walaupun begitu, Keputusan untuk luluskan permohonan anda bergantung kepada tuan tanah. Boleh jadi semasa anda mohon mereka ada perancangan lain.

Misalnya mereka fikir nak zon semula kawasan anda jadi tanah komersial. Dalam situasi ini, permohanan boleh jadi ditolak.

BERAPA PREMIUM LEASEHOLD YANG PERLU ANDA BAYAR?

Contoh :

Untuk hartanah di Kuala Lumpur, bayaran premium ditentukan melalui formula berikut:

1/4 x 1/99 x Harga Pasaran Tanah (RM/sf) x (Tempoh pajakan – baki tahun pajakan) x Luas Tanah (sqft)

Manakala untuk hartanah di Selangor, ada dua opsyen bayaran.

Opsyen 1

  • Bayar premium penuh menggunakan formula:
  • 1/4 x 1/100 x Harga Pasaran Tanah (RM/sf) x (Tempoh Pajakan – Baki Tahun Pajakan) x Luas Tanah (sqft)
  • Opsyen 1 beri anda fleksibiliti. Anda boleh jual rumah tersebut pada bila-bila masa.

Opsyen 2

  • Bayar RM1000 sahaja untuk panjangkan tempoh ke 99 tahun.
  • Jika anda pilih opsyen 2, suatu kaveat akan diletakkan dalam geran untuk menghalang anda jual rumah kepada pihak ketiga.
  • Andai kata anda buat keputusan nak jual, anda perlu membayar premium penuh pada waktu transaksi.
  • Seperti yang anda lihat kat atas ni, formula nak kira premium ni bergantung kepada harga pasaran hartanah. Kalau harga pasaran tinggi, maka premium pun boleh jadi tinggi.

BAGAIMANA PROSES PINDAH MILIK HARTANAH LEASEHOLD

Proses pindahmilik hartanah leasehold ni lebih rumit.

Oleh kerana tanah tersebut bukan hak mutlak anda, sebarang pindahmilik perlu dapat kebenaran dari kerajaan negeri.

Proses nak dapat kebenaran juga memakan masa. Mungkin sekitar 3 bulan.

Nota: ada yang kata proses ni dah makin laju sekarang. Tapi 3 bulan saya rasa anggaran yang lebih berhati-hati.

Setelah kebenaran diperoleh, peguam perlukan tempoh 90 hari berkerja untuk buat pindahmilik.

Jumlah masa yang diperlukan ialah sekitar 7 bulan.

BOLEHKAH HARTANAH LEASEHOLD DI JUAL KEPADA BUKAN BUMIPUTERA?

Oleh kerana pindahmilik hartanah leasehold ni memerlukan kebenaran dari kerajaan negeri, tanah tersebut tertakluk kepada kawalan.

Antara polisinya adalah untuk mengekalkan pegangan bumiputera di sesuatu tempat.

Proses pindahmilik tak jadi masalah sekiranya pemilik adalah bukan bumiputera dan pembeli juga bukan bumiputera.

Namun Sebaliknya,

Jika pemilik adalah bumiputera dan pembeli adalah bukan bumiputera, besar kemungkinan permohonan pindahmilik hartanah leasehold akan ditolak.

 

PERBEZAAN FREEHOLD DAN LEASEHOLD :

Setelah melihat kpd ciri-ciri hartanah freehold dan leasehold. berikikut adalah perbezaannya:

MASA UNTUK PINDAH MILIK HARTANAH

Jika anda beli hartanah freehold, pindahmilik boleh selesai dalam jangkamasa 4 bulan. Berbeza dengan hartanah leasehold…

Prosesnya mungkin mengambil masa minimum 7 bulan untuk selesai. Dalam beberapa keadaan tempoh ini boleh jadi lebih.

Ini kerana, hartanah leasehold perlu dapat kebenaran dari kerajaan negeri terlebih dahulu.

PERMOHONAN PINJAMAN BANK

Hartanah freehold lebih mudah mendapat kelulusan. Berbeza dengan leasehold.

Sekiranya baki pajakan tersebut sudah pendek, bank sangat sukar untuk beri pinjam jika baki tempoh pajakan bawah 40 tahun.

Kenapa?

Cuba bayangkan senario ni. Pembeli pinjam untuk tempoh 35 tahun misalnya. Tapi pembeli tiba-tiba tak bayar dan bank terpaksa lelongkan hartanah tersebut. Nak lelong sudah tentulah tak laku. Rugilah bank!

NILAI HARTANAH

Nilai hartanah freehold lebih stabil dan berkemungkinan besar akan menaik.

Untuk hartanah leasehold yang bakinya pendek, harga hartanah mungkin tak naik. Boleh jadi juga jatuh kerana permintaan kurang.

TAHAP KESUKARAN MENCARI PEMBELI

Hartanah Freehold lebih ramai pembeli, Oleh kerana kebanyakan hartanah freehold tiada sekatan atau perlu minta kebenaran kerajaan negeri, pindahmilik adalah lebih fleksibel. Jika anda bumiputera, anda bebas untuk jual termasuk kepada bukan bumiputera.

Berbeza kpd Hartanah Leasehold yang agak terhad berikutan polisi-polisi yang telah ditetapkan.

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *