Penyakit Ikan Air Tawar dan Cara Rawatan

Penyakit Ikan Air Tawar dan Cara Rawatan
Share Artikel Ini Di Media Sosial

Penyakit Ikan Air Tawar dan Cara Rawatan

Pada kebiasaannya, penyakit-penyakit ikan air tawar adalah disebabkan oleh patogen (agen-agen yang menyebabkan penyakit) seperti berikut :-

  1. a) Parasit (Ektoparasit)
  2. b) Endoparasit
  3. c) Kulat
  4. d) Bakteria
  5. e) Virus
  6. f) Punca-punca lain seperti faktor genetik dan persekitaran

Baca Juga : 4 Spesies Ikan Air Tawar Terbesar di Dunia

Penyakit Primer

Penyakit ini berlaku apabila ikan saling bertindak dengan patogen buat pertama kalina. Ini berlaku apabila kita campurkan ikan yang besar dengan ikan yang kecil. Ikan besar walaupun mempunyai patogen tetapi ianya tidak menunjukkan tanda-tanda penyakit kerana ikan tersebut sudah lali terhadap penyakit itu. Bagi ikan yang kecil dan baru pertama kali bertemu dengan patogen, ia mudah diserang penyakit. Dalam proses pengawanan ikan, penyakit primer juga boleh berlaku dimana patogen dari induk akan merebak kepada anak.

 

Penyakit sekunder

Penyakit ini berlaku apabila faktor-faktor tekanan yang boleh melemahkan ikan wujud dan menyebabkan ikan (termasuk ikan yang lali terhadap sesuatu penyakit) senang diserang oleh patogen. Ini adalah kerana dalam keadaan biasa(tanpa tekanan) terhadap patogen-patogen tetapi dengan adanya faktor-faktor tekanan,seperti suhu, mutu air dan lain-lain, ikan menjadi lemah dan daya ketahannya tidak cukup untuk melawan serangan patogen.

PENYAKIT YANG DISEBABKAN OLEH PARASIT

Di malaysia, kebanyakkan penyakit adalah disebabkan oleh parasit (ektoparasit).

Definasi Parasit:Organisma yang tinggal dan mendapatkan makanan didalam Luar badan organisma yang lain tanpa memberi faedah kepada organisma tersebut.

Penyakit Bintik Putih (white spot)

Disebabkan oleh parasit protozoa yang dipanggil

Ichthyophthirius multifilis

Semua jenis ikan terutamanya anak-anak ikan. Parasit tersebut menembusi kulit ikan dan memakan sel-sel tisu dan darah.

Tanda tanda penyakit

  • Ikan berenang tanpa arah yang tertentu untuk mengelakkan parasit tersebut (peringkat Permulaan)
  • Lapisan luar kulit menjadi kelabu dan terdapat bintik-bintik putih pada seluruh badan
  • Tompok-tompok putih dan pucat pada insang menunjukkan kerosakkan insang dan menyebabkan ikan sukar untuk bernafas.Ini menyebabkan ikan timbul kepermukaan untuk bernafas
  • Ikan merasa gatal-gatal dan akan mengeselkan badan ditebing kolam atau sangkar
  • Ikan tidak makan (peringkat serius)
  • Mata menjadi kelabu.

Rawatan

  • Metilin biru 2 ppm (mg/l) Berterusan sehingga sembuh paling sesuai
  • Sodium klorida +Formalin 1000 ppm + 20-25ppm 3 kali berurut-turut2hari (1 minggu)
  • Potassium permanganate 1-2 ppm Berterusan sehingga sembuh
  • Formalin 2.5 ml /100liter Berterusan sehingga sembuh
  • Kolam ikan yang terkena penyakit ini harus dikeringkan dan dimasukkan kapur dengan kadar 1.5 tan sehektar.

 

Cara-cara rawatan

  • Merendamkan ikan didalam air yang mengandungi ubat (bahan kimia) dalam jangkamasa yang singkat.
  • Ikan diletakkan tangki atau bekas kecil.
  • Ubat dimasukkan ke dalam tangki. Ikan akan dikeluarkan selepas beberapa minit.
  • Perlu berhati-hati kerana dos ubat yang terlalu tinggi boleh menyebabkan tekanan kepada ikan

 

  • Merendamkan ikan di dalam air yang mengandungi ubat untuk jangkmasa yang panjang
  • Dos ubat yang digunakan adal;ah rendah dan tidak menyebabkan tekanan kepada ikan
  • Ubat dimasukkan kedalam kolam/tangki secara berterusan sehingga ikan sembuh dan kesan ubat akan hilang dengan sendirinya.
  • Jika kesan ubat tidak hilang, air baru perlu dimasukkan selepas beberapa hari.

 

Ichthyobodo, Trichodina & Chilodonella

Ikan yang diserang adalah Kap rumput, Kap biasa, Sepat siam, Kap kepala besar dan Lampan jawa

Tanda-tanda penyakit sama seperti penyakit bintik putih

Rawatan

  • Sodium klorida +Formalin 1000 ppm + 20-25ppm 2-3 kali berurut-turut setiap 2 hari (1 minggu)
  • Potassium permanganate 100 ppm 5-10 minit Tidak sesuai untuk anak ikan kap kepala besar
  • Formalin 2.5 ml /100liter 2 hari berturut-turut selama 1 minggu

 

Myxosporidiosis

Disebabkan oleh parasit Myxobolus dan Henneguya Ikan yang diserang adalah Ketutu dan Kap biasa Kedua-dua parasit tersebut terdapat pada insang. Bagi Myxobolus ia juga terdapat pada kulit. Parasit ini berbentuk sista (mengandungi spora-spora ) dan akan pecah apabila matang. Spora-spora akan dilepaskan ke dalam air dan jangkitan akan berlaku

Tanda-tanda penyakit

  • Ikan menjadi pucat (serius ). Sista berwarna putih dan parasit yang bulat (ukuran 2-4 mm) akan dapat dilihat pada insang dan kadangkala insang menjadi berkolompok
  • Kulit ikan menjadi bengkak-bengkak (parasit Myxobolus )
  • Dalam keadaan biasa, kematian akan berlaku perlahan-lahan.

Rawatan

  • Setakat ini, tidak ada rawatan bagi penyakit. Adalah disyorkan supaya mengawal dan mencegah penyakit daripada berlaku

 

 

Dactylogyrosis (penyakit kutu insang)

Disebabkan oleh: Parasit

Dactylogyrus Ikan yang diserang adalah Kap rumput, Kap perak dan Kap kepala besar. Parasit yang matang melekat pada insang bertelur

Tanda-tanda penyakit

  • Insang kelihatan berdarah dan berlebihan lendir (peringkat awal )
  • Dalam keadaan serius filamen insang akan rosak dan operkulum ikan tidak boleh tertutup dengan sempurna mengakibatkan kesukaran bernafas.

Rawatan

  • Sodium klorida 10,000– 15,000 ppm 10 – 15 minit
  • Metilin biru 2 – 4 ppm 30 – 45 minit
  • Formalin 200 – 250 ppm Berterusan sehingga sembuh Tidak sesuai untuk anak ikan kap kepalan besar

 

Gyrodactylosis (penyakit kutu insang)

Disebabkan oleh: Parasit Gyrodactylus

Ikan yang diserang adalah Ketutu dan Kap biasa. Parasit ini menyerang bahagian permukaan badan sahaja

Tanda-tanda penyakit

  • Sama dengan penyakit bintik putih

Rawatan

  • Serupa dengan rawatan bagi Dactylogyrosis.

 

 

Argulosis (kutu ikan )

Disebabkan oleh: Parasit Argulus. Argulus terbentuk piring dan berwarna kehijauan. Ia berukuran 7mm garispusa

Argulus boleh dilihat dengan mata kasar terlekat pada badan ikan.

Ikan yang diserang adalah kap rumput, kalui, kap biasa, Temakang, dan Kap kepala besar. Parasit ini menyerang bahagian luar badan dengan cara menghisap darah terutmanya bahagian kepala dan sirip ekor.

Tanda-tanda penyakit

  • Ikan menjadi kurus disebabkan kehilangan bendalir tubuh kerana dihisap oleh parasit;
  • Terdapat kesan-kesan darah ditempat parasit melekat;
  • kematian ikan akan berlaku jika bilangan parasit terlalu tinggi.

 

Rawatan

  • Potassium permanganate 10 ppm 30 minit
  • Dipterex 0.25 ppm Sekali pada tiap-tiap minggu selama 2 minggu berturut-turut
  • Kolam ikan yang terkena penyakit ini harus dikeringkan dan dikapor dengan kadar 1.5 tan sehektar.

 

 Lernaesis (cacing sauh )

Disebabkan oleh: parasit

Lernaea sp.

Ikan yang dijangkiti adalah Kap rumput, Lampan Jawa, Temakang, Kalui, Kapkepala besar dan kap biasa.Parasit ini menyerang bahagian permukaan luar badan ikan dengan menghisap bendalir ikan dan mengakibatkan kerosakan tisu kepala, mata, ekor dan sirip

Tanda-tanda penyakit

  • terdapat tanda-tanda merah pada badan
  • Ikan yang kecil selalunya mati dan ikan yang besar akan mengalami kekurangan berat badan.

Rawatan

  • Sodium klorida(garam) 8,000 – 11,000 ppm Selama 10-15 minit. Sekali pada tiap-tiap minggu selama 4 minggu.
  • Dipterex 0.25 ppm Sekali pada tiap-tiap minggu selama 4 minggu berturutturut.

 

 

PENYAKIT YANG DISEBABKAN OLEH ENDOPARASIT (Parasit Dalaman )

Setakat ini , penyakit-penyakit endoparasit tidak menimbulkan masalah. Endoparasit yang menyebabkan penyakit adalah :

  • Trematoda Digenetik
  • Nematoda ( cacing gelang )
  • Cestoda (cacing peta)

 

Trematoda Digenetik

Parasit ini menyerang mata dan mengakibatkan mata menjadi bengkak. Bahagian kornea akan kelihatan kelabu tengah. Bintik-bintik putih kelihatan di bahagian pupil, iaitu larva cacing parasit

Displostumum Spatheum

  • Ia memakan kanta mata dan menyebabkan ikan tersebut buta

 

Nematoda dan cestoda

  • Cacing gelang dan cacing peta terdapat pada bahagian luar perut, otot-otot, pundi, usus dan didalam mata;
  • Ikan yang diserang akan kehilangan berat badan dan kelihatan kurus. Oleh itu, tidak boleh diginakan sebagai induk;
  • Cacing-cacing ini tidak menyebabkan kematian ikan yang tinggi dan jikalau kematian berlaku, ianya tidak serentak.

Rawatan

  • Tidak ada rawatan yang memuaskan. Oleh itu, Disyorkan supaya mengawal dan mencegah parasit dengan membuang siput-siput pembawa parasit tersebut.

 

 

PENYAKIT YANG DISEBABKAN OLEH KULAT

 

Saprolegniasis

Penyakit ini berlaku apabila ikan mengalami tekanan (penyakit sekunder ) seperti kesesakan ikan dalam tangki, sangkar atau kolam, kemerosotan mutu air, lukaluka pada badan ikan apabila disebabkan oleh parasit atau kekasaran semasa pengendaliannya

Tanda-tanda penyakit

  • Kulat saprolelgnia akan kelihatan seperti kap[as pada badan ikan;
  • Terdapat tanda-tanda kemerahan disekeliling kulat
  • Ia menyerang ditempat-tempat luka ataupun serangan parasit pada badan ikan dan juga menyerang telur-telur ikan.

Rawatan

  • Metilin biru 2 ppm Berterusan sehingga sembuh
  • Potassium permanganate 10 ppm 90 minit

 

 

PENYAKIT YANG DISEBABKAN OLEH BAKTERIA

Bakteria terdapat disekitar sistem perairan. Apabila faktor-faktor tekanan wujud, bakteria akan menyebabkan penyakit.

Tanda-tanda penyakit

  • Badan ikan kemerahan-merahan dan jika penyakit tidak dikawal, tanda kemerahan-merahan akan merebak ke seluruh badan dan menjadi ulser;
  • Ikan tidak berselera untuk makan
  • Kadangkala mata dan perut ikan menjadi bengkak
  • Kematian ikan yang disebabkan oleh bakteria adalah tinggi dan serentak

Rawatan

  • Furanace 0.05ppm sehingga sembuh

 

 

PENYAKIT YANG DISEBABKAN OLEH VIRUS

Virus adalah organisma yang lebih halus daripada bakteria dan ia tidak dapat dilihat dibawah mikroskop biasa. Penyakit virus serig berlaku bersama dengan penyakit bakteria dan tanda-tanda klinikal, rawatan dan cara-cara pengawalan adalah hampir sama seperti penyakit bakteria.

 

 

PUNCA-PUNCA LAIN

 

A) Faktor-Faktor Tekanan

Dalam pengawalan penyakit ikan, faktor-faktor tekanan yang boleh menyebabkan ikan menjadi lemah haruslah diambil perhatian seperti berikut;

 

i) Suhu

Suhu badan ikan bergantung kepada suhu keadaan sekitaran (air), dengan itu, suhu merupakan satu faktor yang penting. Apabila perubahan suhu berlaku dengan cepat, ikan akan mengalami kejutan dan menyebabkan ikan menjadi lemah.

Contoh-contoh dimana faktor suhu menyebabkan tekanan:

a) Air yang cetek di dalam kolam adalah tdak sesuai, di mana air cepat panas waktu tengah hari dan cepat sejuk apabila hujan turun dengan tibatiba;

b) Ikan yang baru diterima dan masih didalam bekas hendaklah direndamkan di dalam kolam sebelum ikan itu dilepaskan, jika tidak kejutan kepada ikan akan berlaku disebabkan perbezaan suhu di dalam plastik dengan air di dalam kolam.

 

ii) Sumber dan Mutu Air

Air yang digunakan mestilah tidak mengandungi bahan-bahan pencemaran organik, kandungan oksigen hendaklah melebihi 4ppm, kandungan ammonia tidak melebihi 0.02 ppm dan pHnya di antara 6.5 – 9.0 .

 

iii) Pengendalian

Pengendalian adalah penting di mana pengendaliannya yang kasar akan menyebabkan badan ikan luka-luka. Luka-luka tersebut boleh memberi peluang untuk patogen/penyakit menyerang badan ikan.

 

iv) Faktor Kesesakan

Kepadatan ikan yang terlalu tinggi dalam kolam boleh menyebabkan kesesakan. Faktor keseskan dapat meningkatkan kandungan ammonia seterusnya menyebabkan mutu air menurun. Selain daripada itu, ikan juga turut mengalami tekanan.

 

v) Makanan

Makanan ikan-ikan ternakan adalah terdiri dari makanan asli iaitu fitoplakton dan zooplankton dan makanan tambahan. Makanan hendaklah diberi sebaik-baiknya 2 kali sehari, iaitu pada waktu pagi dan petang, Banyaknya makanan tambahan yang hendak diberi biarlah mencukupi dan sederhana. Pemberian makanan secara berlebihan akan menyebabkan mutu air menurun.

 

B) Ciri-Ciri Kolam

Bagi mengawal dan mengelakkan penyakit ikan, setiap kolam mestilah mempunyai sistem pengaliran air masuk dan keluar yang berasingan supaya penyakit ikan tidak dapat merebak daripada sebuah kolam ke kolam yang lain.

 

C) Pengawalan Patogen

  • Saluran dimana air masuk hendaklah diletakan dengan penapis untuk mengelakan kemasukan air liar yang kemungkinan membawa penyakit. Langkah ini juga dapat mengawal kemasukan siput dan parasit
  • Argulus dan Lernaea
  • Pengapuran kolam hendaklah dilakukan apabila kolam dikeringkan. Ini akan membunuh patogen dan menjaga dasar kolam daripada menjadi masam. Kadar kapur yang digunakan adalah 865 kg bagi 1 hektar kolam.
  • Anak ikan yang baru dibeli diberi rawatan menggunakan formalin (200 ppm selama 10-20 minit) sebelum dimasukan kedalam kolam. Ini dapat menangalkan parasit yang terdapat di luar badan ikan.
  • Jika terdapat kemudahan, adalah lebih baik jika ikan yang telah dirawat disimpan didalam tangki/kolam kecil selama 2 minggu untuk memastikan ikan tidak mempunyai sebarang penyakit sebelum dimasukan didalam kolam.
  • Jangan campurkan ikan besar dengan ikan yang kecil kerana ini boleh menyebabkan penyakit primier.
  • Sebelum proses pengawanan ikan dijalankan, induk hendaklah dirawat terlebih dahulu dengan formalin kerana ada kemungkinan ikan mempunyai patogen yang akan menjangkiti anak ikan.
  • Ikan mestilah diberikan makanan yang sempurna kerana faktor kekurangan makanan boleh manyebabkan ikan menjadi lemah. Ini memudahkan patogen menyerang ikan.

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *