PENGENALAN KEPADA ILMU FARAID (CARA PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA)

PENGENALAN KEPADA ILMU FARAID
Share Artikel Ini Di Media Sosial

PENGENALAN KEPADA ILMU FARAID (CARA PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA)

 

APA ITU ILMU FARAID ? PENGENALAN ILMU FARAID

FARAID dari segi :

  • Bahasa :ketetapan
  • syarak :bahagian yang ditetapkan oleh syarak kepada pewaris

 

ILMU FARAID bermaksud pengetahuan mendalam tentang pusaka dan ilmu kira-kira yang membolehkan kita mengetahui bahagian pusaka yang berhak diterima oleh orang – orang yang berhak.

 

Firman ALLAH TAALA

Maka mereka berhak mendapat separuh dari mas kahwin yang telah kamu tetapkan itu.

( Al – Baqarah :237 )

 

PENGENALAN KEPADA ILMU FARAID (CARA PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA)

Tujuan mempelajari ilmu faraid

  • Untuk mengetahui bahagian pusaka yang berhak diterima oleh pewaris.

 

 

Kelebihan mempelajari ilmu faraid

  • Menghormati fitrah manusia.
  • Merealisasikan keseimbangan sosial dalam lingkungan keluarga.
  • Memelihara hubungan silaturahim setelah kematian si mati.

 

 

 

Maksud harta pusaka

  • Harta pusaka ialah semua harta yang ditinggalkan oleh si mati setelah kematiannya sama ada harta boleh alih seperti emas, perak, mata wang, perabot ataupun harta tidak boleh alih seperti tanah, rumah dan sebagainya.

 

 

 

Kewajipan yang perlu ditunaikan ke atas harta si mati.

 Terdapat lima kewajipan yang perlu dilaksanakan.ianya perlu dilaksanakan mengikut tertib.

  • hutang sebelum kematian si mati
  • persiapan jenazah
  • hutang yang berada dalam tanggungan si mati.
  • wasiat terhadap satu pertiga baki harta.
  • pusaka

 

 

 

Rukun – rukun pusaka

Terdapat tiga rukun.

  1. orang yang mewariskan hartanya.
  2. Waris
  3. Harta yang dipusakai. Iaitu harta yang ditinggalkan oleh si mati.

 

 

Syarat mewarisi harta pusaka.

  1. Kematiannya telah disahkan atau ia dianggap telah mati.
  2. Waris disahkan masih hidup ketika kematian si mati walaupun hanya sedetik.
  3. Hubungan waris dengan si mati diketahui sama ada melalui hubungan kekeluargaan, pernikahan atau wala’.
  4. Hubungan yang melayakkan waris mewarisi harta dihuraikan secara terperinci. Ianya dilaksanakan oleh hakim.

 

 

PENGENALAN KEPADA ILMU FARAID (CARA PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA)

 

Apakah yang menghalang seseorang daripada menerima  harta pusaka?

Terdapat tiga :

  1. Segala bentuk perhambaan.
  2. Pembunuh tidak boleh mewarisi harta orang yang dibunuh olehnya.
  3. Perbezaan agama antara islam dan kafir.

 

 

AHLI-AHLI WARIS

 

Definisi ahli waris

Waris ialah orang yang berhak menerima harta peninggalan si mati mengikut bahagian tertentu kerana mempunyai hubungan dengan si mati sama ada hubungan kekeluargaan, pernikahan atau wala’.

 

 

ORANG-ORANG LELAKI YANG BOLEH MEWARIS

  1. Anak lelaki
  2. Anak lelaki kepada anak lelaki dan ke bawah
  3. Bapa
  4. Datuk
  5. Adik beradik lelaki seibu sebapa, sebapa atau seibu.
  6. Anak lelaki kepada adik beradik lelaki seibu sebapa dan sebapa.
  7. Bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa dan sebapa.
  8. Anak lelaki kepada bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa dan sebapa.
  9. Suami
  10. Orang yang memerdekakan hamba.

 

 

WANITA YANG BOLEH MEWARISI HARTA

  1. Anak perempuan.
  2. Anak perempuan kepada anak lelaki dan ke bawah.
  3. Ibu
  4. Nenek sebelah ibu atau bapa dan ke atas.
  5. Adik beradik perempuan sama ada seibu sebapa, sebapa atau seibu.
  6. Isteri atau isteri-isteri
  7. Wanita yang memerdekakan hamba.

 

 

LELAKI YANG BOLEH MEWARISI PUSAKA JIKA KESEMUA WARIS HIDUP

  1. Bapa
  2. Anak lelaki
  3. Suami

 

 

WANITA YANG BOLEH MEWARISI PUSAKA JIKA SEMUA WARIS HIDUP

  1. Anak perempuan
  2. Anak perempuan kepada anak lelaki
  3. Ibu
  4. Adik beradik perempuan seibu sebapa
  5. Isteri

 

 

 

JENIS-JENIS PUSAKA

  1. Pusaka melalui fard (ketetapan)
  2. Pusaka melalui asabah (harta lebihan)

 

 

 

  1. PUSAKA MELALUI FARD (KETETAPAN)

    DEFINISI

Bahasa  : waktu, bahagian dan ukuran.

Istilah    :bahagian yang ditetapkan oleh syarak kepada waris tanpa sebarang tambahan kecuali melalui rad dan tanpa sebarang pengurangan kecuali melalui ‘aul.

 

FARD YANG DITETAPKAN DALAM KITAB ALLAH S.W.T

Terdapat enam iaitu :

Satu perdua        (1/2)

Satu perempat (1/4)

Satu perlapan    (1/8)

Dua pertiga         (2/3)

Satu pertiga        (1/3)

Satu perenam    (1/6)

Satu pertiga (1/3) daripada baki pusaka. Ini adalah penambahan daripada ijmak ulamak yang menjadikan fard yang ditetapkan dalam kitab Allah menjadi tujuh jenis.

 

 

  1. PUSAKA MELALUI ASABAH (HARTA LEBIHAN)


    DEFINISI

Bahasa : kaum keluarga lelaki sebelah bapa. Diistilahkan sebagai asabah kerana mereka melingkungi nasab si mati.

Istilah    :orang yang mengambil kesemua harta sekiranya mereka pewaris tunggal.

 

KEUTAMAAN BAGI PENERIMA SECARA FARD DALAM PUSAKA

 

Jika terdapat pewaris asabah dan penerima secara fard di kalangan pewaris, penerima secara fard lebih diutamakan berbanding asabah.

 

 

  1. PUSAKA MELALUI FARD (KETETAPAN)

 

PENERIMA SATU PERDUA (1/2) PUSAKA DAN SYARATNYA

 

  1. SUAMI
  • Suami mendapat satu perdua pusaka isteri dengan syarat iaitu isterinya tidak mempunyai anak atau anak kepada anak lelaki. Sama ada anak ini daripada beliau sendiri ataupun daripada orang lain termasuklah jika anak tersebut anak zina.

 

  1. ANAK PEREMPUAN
  • Boleh mendapat satu perdua pusaka jika memenuhi dua syarat :
  • Beliau adalah anak perempuan tunggal.
  • Tiada adik beradik lelaki yang akan menjadikan beliau asabah.

 

  1. ANAK PEREMPUAN KEPADA ANAK LELAKI
  • Boleh mewarisi pusaka dengan tiga syarat:
  • Beliau hanya seorang
  • Tiada adik beradik lelaki yang menjadikannya asabah
  • Tiada anak lelaki dan anak perempuan kepada si mati

 

  1. ADIK BERADIK PEREMPUAN SEIBU SEBAPA
  • Boleh mewarisi pusaka dengan empat syarat :
  • Tiada furu’ waris si mati seperti anak lelaki, anak perempuan, anak lelaki kepada anak lelaki atau anak perempuan kepada anak lelaki.
  • Tiada ‘usul waris’ seperti bapa dan datuk.
  • Tunggal
  • Tiada adik beradik lelaki yang menjadikan beliau asabah.

 

  1. ADIK BERADIK PEREMPUAN SEBAPA
  • Memerlukan lima syarat iaitu :
  • Tiada furu’ waris si mati seperti anak lelaki, anak perempuan, anak lelaki kepada anak lelaki atau anak perempuan kepada anak lelaki.
  • Tiada ‘usul waris’ seperti bapa dan datuk.
  • Tunggal
  • Tiada adik beradik lelaki yang menjadikan beliau asabah.
  • Tiada adik beradik lelaki atau perempuan seibu sebapa kepada si mati.

 

 

PENERIMA SATU PEREMPAT  (1/4) PUSAKA DAN SYARATNYA

 

  1. SUAMI
  • Suami memperolehi satu perempat pusaka isteri jika isterinya mempunyai anak atau anak kepada anak lelaki. Anak itu sama ada daipada beliau atau daripada orang lain, lelaki atau perempuan.

 

  1. ISTERI ATAU ISTERI-ISTERI
  • Golongan ini berhak menerima satu perempat daripada pusaka suami jika suami tidak mempunyai anak atau anak kepada anak lelaki. Anak itu sama ada daipada beliau atau daripada orang lain, lelaki atau perempuan.

 

 

PENERIMA SATU PERLAPAN (1/8) DAN SYARATNYA

 

  1. Hanya isteri atau para isteri sahaja yang layak menerima satu perlapan (1/8) pusaka. Disyaratkan suaminya mempunyai anak atau anak kepada anak lelaki sama ada lelaki atau perempuan.

 

 

PENERIMA DUA PERTIGA (2/3) DAN SYARATNYA

 

  1. DUA ORANG ATAU LEBIH ANAK PEREMPUAN KEPADA SI MATI
  • Bagi memperoleh dua pertiga (2/3) pusaka hanya perlu memenuhi satu syarat sahaja iaitu tidak wujud bersama-sama mereka asabah iaitu anak lelaki si mati.

 

Memerlukan dua syarat iaitu :

  • Tiada asabah bersama mereka
  • Si mati tidak mempunyai anak sama ada lelaki ataupun perempuan.

 

  1. DUA ORANG ATAU LEBIH ADIK BERADIK PEREMPUAN SEIBU SEBAPA
  • Menerima dua pertiga pusaka jika memenuhi tiga syarat :
  • Tiada asabah bersama mereka iaitu adik beradik lelaki.
  • Tidak wujud furu’ waris si mati sama ada lelaki ataupun perempuan.
  • Tidak wujud usul waris si mati sama ada bapa atau datuk.

 

  1. DUA ORANG ATAU LEBIH ADIK BERADIK PEREMPUAN SEBAPA
  • Menerima dua pertiga pusaka jika memenuhi empat syarat :
  • Tiada asabah bersama mereka iaitu adik beradik lelaki.
  • Tidak wujud furu’ waris si mati sama ada lelaki ataupun perempuan.
  • Tidak wujud usul waris si mati sama ada bapa atau datuk.
  • Tidak wujud adik beradik seibu sebapa kepada si mati sama ada lelaki atau perempuan.

 

 

PENERIMA SATU PERTIGA (1/3) PUSAKA DAN SYARATNYA

 

  1. IBU
  • Memperoleh satu pertiga pusaka dengan syarat :
  • Tiada furu’ waris si mati sama ada lelaki atau perempuan seperti anak lelaki, anak perempuan, anak lelaki kepada anak lelaki atau anak perempuan kepada nak lelaki.
  • Tiada adik beradik lelaki atau adik beradik perempuan si mati, dua atau lebih sama ada seibu sebapa, sebapa atau seibu.

 

  1. DUA ORANG ATAU LEBIH ADIK BERADIK SEIBU
  • Adik beradik seibu boleh mewarisi satu pertiga pusaka jika bilangan mereka melebihi seorang sama ada lelaki atau perempuan atau bercampur. Bahagian ini akan dibahagi sama rata tanpa dibezakan antara lelaki dan perempuan. Mereka layak memperolehi satu pertiga dengan syarat :
  • Tiada furu’ waris si mati seperti anak lelaki, anak perempuan, anak lelaki atau perempuan kepada anak lelaki.
  • Tiada usul waris si mati seperti bapa atau datuk.

 

 

PENERIMA SATU PERENAM (1/6) DAN SYARATNYA

 

  1. BAPA
  • Memerlukan satu syarat iaitu :
  • Wujudnya furu waris si mati seperti anak lelaki, anak perempuan, anak lelaki kepada anak lelaki atau anak perempuan kepada anak lelaki.
  • IBU
  • Memerlukan dua syarat :
  • Jika wujud furu’ waris si mati sama bahagian seperti bapa.
  • Jika si mati mempunyai dua orang atau lebih adik beradik sama ada seibu sebapa, sebapa atau seibu.

 

  1. DATUK IAITU BAPA KEPADA BAPA
  • Memperoleh satu perenam jika penuhi syarat berikut :
  • Wujud furu waris si mati sama sebagaimana bahagian bapa.
  • Si mati tidak mempunyai bapa. Ini kerana bapa akan menghalang datuk daripada menerima pusaka kerana bapa lebih hampir kepada si mati daripadanya.

 

  1. SEORANG NENEK ATAU RAMAI
  • Memerlukan satu syarat :
  • Tiada ibu si mati.

 

  1. SEORANG ATAU LEBIH ANAK PEREMPUAN KEPADA ANAK LELAKI
  • Dia atau mereka hendaklah bersama-sama anak perempuan tunggal si mati.
  • Si mati tidak mempunyai anak lelaki.
  • Tiada anak lelaki kepada anak lelaki yang akan menjadikan mereka asabah.

 

  1. SEORANG ATAU LEBIH ADIK BERADIK PEREMPUAN SEBAPA
  • Si mati tiada furu’ waris seperti anak lelaki atau anak lelaki kepada anak lelaki atau anak perempuan kepada anak lelaki.
  • Si mati tidak mempunyai usul waris iaitu bapa atau datuk, bapa kepada bapa.
  • Si mati tidak mempunyai adik beradik lelaki seibu sebapa.
  • Bersama-sama beliau terdapat seorang adik beradik perempuan seibu sebapa.
  • Tiada bersama-sama beliau adik beradik lelaki sebapa yang akan menjadikan beliau asabah.

 

  1. ADIK BERADIK LELAKI ATAU PEREMPUAN SEIBU
  • Memperoleh satu perenam dengan dua syarat :
  • Tiada bersama mereka furu’ waris atau usul si mati yang akan menghalang mereka.
  • Beliau (adik beradik lelaki atau perempuan seibu) hanya seorang. Jika ramai, mereka akan berkongsi satu pertiga (1/3).

 

 

PENERIMA SATU PERTIGA BAKI

 

Terdapat dua jenis pewaris yang memperoleh satu pertiga daripada baki pusaka iaitu :

datuk iaitu bapa kepada bapa si mati

ibu

 

 

2.PUSAKA MELALUI ASABAH (HARTA LEBIHAN)

 

DEFINISI

Bahasa : kaum keluarga lelaki sebelah bapa. Diistilahkan sebagai asabah kerana mereka melingkungi nasab si mati.

Istilah    :orang yang mengambil kesemua harta sekiranya mereka pewaris tunggal.

 

JENIS ASABAH
Terdapat dua jenis asabah ;

  1. Asabah nasabiyyah
  2. Asabah sababiyyah

 

 

ASABAH SABABIYYAH

 

  • Asabah sababiyyah ialah orang yang membebaskan hambanya sama ada lelaki atau perempuan. Mereka menjadi asabah atas sifat peribadi mereka.

 

ASABAH NASABIYYAH

 

  • Asabah nasabiyyah ialah semua lelaki yang disebut di dalam senarai lelaki yang layak mewarisi pusaka kecuali suami dan adik beradik lelaki seibu. Mereka hanya menjadi pewaris melalui fard sahaja dan tidak boleh menjadi asabah.

 

 

JENIS ASABAH NASABIYYAH
Terdapat tiga jenis asabah nasabiyyah:

  1. Asabah kerana diri sendiri (al-asabah bil nafs)
  2. Asabah kerana orang lain (al-asabah bil ghair)
  3. Asabah kerana bersama orang lain (al-asabah ma’al ghair)

 

 

  1. ASABAH KERANA DIRI SENDIRI

     

     

Definisi

  • Asabah kerana diri sendiri ialah lelaki yang mempunyai hubungan keturunan dengan si mati tanpa diselangi oleh mana-mana perempuan.

 

PIHAK YANG TERLIBAT DALAM ASABAH KERANA DIRI SENDIRI

 

  • Pihak anak lelaki iaitu keturunan si mati seperti anak lelaki, anak lelaki kepada anak lelaki dan seterusnya.
  • Pihak bapa iaitu asal-usul si mati seperti bapa, datuk iaitu bapa kepada bapa.
  • Pihak adik beradik lelaki iaitu keturunan bapa si mati yang tidak diselangi dengan perempuan. Seperti adik beradik lelaki seibu sebapa, adik beradik lelaki sebapa, anak lelaki kepada adik beradik lelaki seibu sebapa dan anak lelaki kepada adik beradik lelaki sebapa.
  • Pihak bapa saudara sebelah bapa iaitu keturunan datuk si mati yang tidak diselangi oleh perempuan. Seperti bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa,bapa saudara sebelah bapa sebapa, anak lelaki kepada anak lelaki kepada bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa dan anak lelaki kepada bapa saudara sebelah bapa sebapa.

 

KAEDAH PEMBAHAGIAN HARTA KEPADA ASABAH KERANA DIRI SENDIRI

 

Ianya melibatkan kaedah-kaedah yang berikut :

  • Mereka yang berada di pihak terkemudian tidak boleh mewarisi harta selagi mereka yang berada di pihak awal masih ada.
  • Jika mereka berada di pihak yang sama contohnya, bapa dengan datuk atau anak lelaki dengan anak lelaki kepada anak lelaki, atau adik beradik lelaki dengan anak lelaki kepada adik beradik lelaki, atau bapa saudara sebelah bapa dengan anak lelaki kepada adik beradik lelaki bapa, maka orang yang hubungannya jauh tidak boleh mewarisi harta pusaka selagi ada orang yang lebih dekat hubungannya dengan si mati.

 

  • Jika mereka berada di pihak yang sama dan hubungan mereka dengan si mati juga sama, Cuma berbeza kedudukan mereka dari segi dekat atau jauh dengan si mati, maka didahulukan orang yang paling dekat dengan si mati.
  • Jika mereka berada di pihak yang sama begitu juga dengan hubungan dan kedudukan, mereka semua layak memperoleh harta pusaka dengan sama rata.

 

 

  1. ASABAH KERANA ORANG LAIN

Definisi

  • Asabah kerana orang lain ialah perempuan-perempuan yang memperoleh bahagian secara fard tetapi disebabkan adanya adik beradik lelaki bersama-sama mereka, hak mereka telah berubah daripada menjadi pewaris melalui fard kepada pewaris melalui asabah.

 

Asabah kerana orang lain hanya terdiri daripada pewaris perempuan yang memperoleh dua pertiga atau satu perdua pusaka. Mereka menjadi asabah disebabkan adanya adik beradik lelaki mereka, mereka ialah :

  • Anak perempuan (seorang atau lebih ) bersama anak lelaki.
  • Anak-anak perempuan kepada anak lelaki bersama anak lelaki kepada anak lelaki.
  • Dua orang atau lebih adik beradik perempuan seibu sebapa bersama adik beradik lelaki seibu sebapa.
  • Dua orang atau lebih adik beradik perempuan sebapa bersama adik beradik lelaki sebapa.

 

PENGENALAN KEPADA ILMU FARAID (CARA PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA)

  1. ASABAH KERANA BERSAMA ORANG LAIN

Definisi

  • Asabah bersama orang lain ialah adik beradik perempuan seibu sebapa atau sebapa jika ada bersama mereka anak perempuan atau anak perempuan kepada anak lelaki.
  • Contohnya jika si mati meninggalkan dua orang anak perempuan bersama seorang adik beradik perempuan seibu sebapa atau sebapa. Anak perempuannya memperoleh dua pertiga (2/3) melalui fard. Sementara adik beradik perempuan seibu sebapa atau sebapa memperoleh baki iaitu satu pertiga (1/3) secara asabah.

 

 

 

 

HIJAB


DEFINISI HIJAB

Hijab dari segi

bahasa  : halangan

Istilah    : menghalang orang yang layak menerima pusaka daripada menerima pusaka semua sekali atau sebahagiannya.

 

BAHAGIAN HIJAB

 

Terdapat dua jenis hijab iaitu :

  1. Hijab kerana sesuatu sifat
  2. Hijab kerana seseorang individu

 

 

Hijab kerana sesuatu sifat

 

  • Hijab kerana sesuatu sifat ialah menghalang seseorang yang layak menerima pusaka daripada menerima pusakanya sama sekali kerana adanya sifat yang menyebabkannya dihalang daripada menerima pusaka. Antara sifat tersebut ialah ;
  • Perhambaan
  • Membunuh
  • Kufur

 

Hijab kerana seseorang individu

 

  • Hijab kerana seseorang individu ialah menghalang seseorang yang layak menerima pusaka sama ada sebahagian atau semua sekali kerana ada orang yang lebih dekat hubungannya dengan si mati.

 

  • Terbahagi kepada dua bahagian iaitu :
  1. Hijab pengharaman
  • Hijab pengharaman ialah menghalang seseorang daripada menerima pusakanya sama sekali contohnya anak lelaki menghalang anak lelaki kepada anak lelaki.
  1. Hijab pengurangan
  • Hijab pengurangan ialah menghalang seseorang daripada menerima sebahagian hak pusakanya contohnya pusaka suami dikurangkan daripada satu perdua (1/2) kepada satu perempat (1/4) jika isterinya mempunyai anak.

 

Golongan yang tidak dihijab dengan hijab pengharaman
Terdapat enam golongan iaitu :

  1. Bapa
  2. Ibu
  3. Anak lelaki
  4. Anak perempuan
  5. Suami
  6. Isteri

 

Golongan yang menerima hijab pengharaman

  1. Datuk
  2. Nenek, sama ada sebelah bapa atau sebelah ibu
  3. Nenek -nenek yang jauh sebelah bapa.
  4. Anak kepada anak lelaki
  5. Semua adik beradik lelaki atau perempuan seibu sebapa, sebapa atau seibu akan dihijab jika terdapat :

– bapa

– anak

– anak lelaki kepada anak lelaki

 

anak-anak lelaki kepada adik beradik lelaki seibu sebapa atau sebapa. Mereka ini dihijab sekiranya terdapat :

  • bapa kerana bapa si mati menghijab bapa mereka apatah lagi mereka.
  • Datuk kerana ia setaraf dengan bapa mereka
  • Anak lelaki kerana ia menghijab bapa mereka apatah lagi mereka.
  • Anak lelaki kepada anak lelaki
  • Adik beradik lelaki seibu sebapa kerana ia lebih hampir berbanding mereka.
  • Adik beradik lelaki sebapa juga kerana mereka lebih hampir berbanding mereka.

 

Bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa atau sebapa. Mereka tidak memperoleh pusaka jika terdapat :

  • Bapa
  • Datuk
  • Anak lelaki
  • Anak lelaki kepada anak lelaki
  • Adik beradik lelaki seibu sebapa
  • Adik beradik lelaki sebapa
  • Anak lelaki kepada adik beradik lelaki seibu sebapa
  • Anak lelaki kepada adik beradik lelaki sebapa
  • Adik beradik perempuan seibu sebapa
  • Adik beradik perempuan sebapa jika ada bersamanya anak perempuan atau perempuan kepada anak lelaki.

 

Anak-anak kepada bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa atau sebapa. Selain senarai di atas, anak-anak kepada adik beradik lelaki ayah seibu sebapa atau sebapa juga akan dihijab jika terdapat :

  • bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa atau sebapa. Sementara anak lelaki kepada bapa saudara sebelah bapa sebapa akan dihijab oleh anak lelaki kepada bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa.

 

 

Mereka yang dihijab dengan hijab pengurangan.

Hijab pengurangan berlaku kepada semua waris :

  • suami dihijab daripada satu perdua kepada satu perempat jika ada anak.
  • Isteri dihijab daripada satu perempat kepada satu perlapan jika ada anak.
  • Ibu akan dihijab daripada satu pertiga kepada satu perenam jika si mati ada anak ataupun jika terdapat lebih dari seorang adik beradik.
  • Anak perempuan kepada anak lelaki akan dihijab daripada satu perdua kepada satu perenam jika terdapat anak perempuan,
  • Adik beradik perempuan sebapa akan dihijab daripada satu perdua kepada satu perenam jika terdapat adik beradik perempuan seibu sebapa.
  • Anak lelaki akan dihijab nuqsan (kurang) sekiranya ada anak lelaki yang lain.

 

Orang yang dihijab dengan hijab pengharaman akan mengurangkan hak orang lain

  • Orang-orang yang dihijab dengan hijab pengharaman masih dianggap wujud. Mereka ini akan menghijab orang lain dengan hijab pengurangan.
  • Contohnya, jika si mati meninggalkan seorang datuk, seorang ibu dan dua orang adik beradik seibu. Adik beradik seibu tadi akan dihijab oleh datuk. Dalam masa yang sama, dua orang adik beradik seibu ini akan mengurangkan bahagian ibu daripada satu pertiga kepada satu perenam.

 

 

PENGENALAN KEPADA ILMU FARAID (CARA PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA)

 

HISAB (CARA-CARA PENGIRAAN PUSAKA)

 

DEFINISI HISAB

Bahasa : kira

Istilah    :mengetahui angka pembahagi dan pembetulannya serta mengetahui bahagian pusaka untuk pewaris

 

ANGKA PEMBAHAGI

 

Bahagian yang ditetapkan ialah :

  • Satu perdua (1/2)
  • Satu perempat (1/4)
  • Satu perlapan (1/8)
  • Dua pertiga      (2/3)
  • Satu pertiga (1/3)
  • Satu perenam       (1/6)

 

Angka pembahagi setiap bahagian pula ialah :

Satu pertiga        : 3

Satu perempat : 4

Satu perdua        : 2

Satu perenam    : 6

Satu perlapan    : 8

 

Tujuh angka pembahagi yang disepakati dalam faraid :

Dua                                        (2)

Tiga                                        (3)

Empat                                   (4)

Enam                                     (6)

Lapan                                    (8)

Dua belas                            (12)

Dua puluh empat             (24)

 

BAHAGIAN ANGKA PEMBAHAGI

 

Tujuh angka pembahagi tadi dibahagikan kepada dua (2) bahagian iaitu :

  • Membabitkan peningkatan angka pembahagi (aul)

Angka pembahagi yang membabitkan peningkatan angka pembahagi (aul) ialah enam (6), dua

belas (12) dan dua puluh empat (24)

  • Tidak membabitkan peningkatan angka pembahagi (aul ) sama sekali.

Angka pembahaginya ialah dua (2), tiga (3), empat (4) dan lapan (8).

 

DEFINISI  AUL

 

Bahasa : tingkat atau tambah ataupun condong, zalim dan melampau.

Istilah : peningkatan (penambahan) jumlah bahagian pada angka pembahagi dan ini bermakna ia membabitkan pengurangan kepada kadar bahagia yang diterima oleh pewaris.

 

ANGKA PEMBAHAGI YANG MEMBABITKAN AUL DAN BATASNYA.

AUL ENAM

  • Angka pembahagi enam akan ditingkatkan kepada tujuh (7), lapan (8), Sembilan (9) dan sepuluh (10).

AUL DUA BELAS

  • Angka pembahagi dua belas ditingkatkan kepada tiga belas (13), lima belas (15) dan tujuh belas (17).

AUL DUA PULUH EMPAT

  • Angka pembahagi dua puluh empat (24) bolehditingkatkan kepada dua puluh tujuh (27) sahaja.

 

PENGENALAN KEPADA ILMU FARAID (CARA PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA)

 

KAEDAH MENGHASIL  ANGKA PEMBAHAGI

Teknik mendapatkan angka pembahagi adalah mengikut aturan berikut :

  • Jika angka pembawah adalah sama contohnya satu perenam (1/6) demgam satu perenam (1/6), angka pembawah yang sama ini dijadikan sebagai angka pembahagi.
  • Jika angka pembawah adalah terangkum iaitu angka pembawah terbesar merangkumi angka pembawah yang lain, angka pembawah terbesar dijadikan angka pembahagi. Contohnya satu pertiga, satu perdua dan satu perenam. Disini angka pembawah tiga dan dua terangkum dalam angka pembawah enam.
  • Angka-angka pembawah mempunyai angka sepunya iaitu boleh dibahagikan dengan angka yang sama. Contohnya satu perlapan dengan satu perenam. Kedua-dua angka ini boleh dikaitkan dengan satu perdua kerana kedua-dua angka pembawah ini dibahagi dengan angka dua (2).
  • Angka-angka pembawah adalah berbeza; tidak sama, tidak terangkum dan tidak mempunyai angka sepunya. Contohnya satu pertiga (1/3) dengan satu perempat (1/4).

Dalam keadaan ini kedua-dua angka didarabkan dan hasilnya dijadikan angka Pembahagi

  • (3×4=12).

 

Baca Juga Solat Jamak Dan Qasar (Pengertian Dan Syarat)

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *