PENGELUARAN KWSP UNTUK PR1MA

PENGELUARAN KWSP PERUMAHAN PR1MA
Share Artikel Ini Di Media Sosial

PENGELUARAN KWSP PERUMAHAN PR1MA

 

Realisasikan Impian Untuk Memiliki Rumah Sendiri

Kunci rumah PR1MA di tangan anda

 

KWSP  mengalu-alukan untuk menggunakan simpanan semasa dan juga simpanan kemudian hari demi mendapatkan rumah PR1MA pertama anda. Mulakan langkah pertama dengan kaedah ring-fence supaya caruman seterusnya akan disimpankan untuk rumah baru anda.

 

Baca Juga: PENGELUARAN KWSP UNTUK PERUBATAN (KESIHATAN)

i-MILIKI Tawar Pengecualian Duti Setem (Insentif Pembelian Rumah Pertama)

 

Siapa Yang Boleh Memohon?

  • Warganegara
  • Umur bawah 55 tahun
  • Pembeli rumah PR1MA
  • Mendapat pinjaman perumahan melalui Skim Pembiayaan Fleksibel PR1MA (SPEF)
  • Tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan ATAU Pernah membuat Pengeluaran Perumahan tetapi sudah menjual/melepaskan hakmilik harta

 

Apa Yang Anda Perlu Tahu?

  • Pengeluaran ini hanya untuk pembiayaan rumah PR1MA dan bayaran akan dikreditkan terus ke institusi kewangan.
  • Jika baki di dalam Akaun 2 kurang dari jumlah bayaran bulanan yang diminta, KWSP akan membayar jumlah penuh di dalam Akaun 2 (tertakluk kepada bayaran minimum RM50).
  • Kesemua pengeluaran sebelum persaraan di dalam Akaun 2 akan dihadang.
  • Jika rumah anda dijual melalui prosiding halang tebus (foreclosure), hadangan ke atas simpanan Akaun 2 akan diteruskan melainkan mendapat arahan bertulis dari institusi kewangan.
  • KWSP tidak bertanggungjawab untuk bayaran lambat atau tiada bayaran disebabkan tiada caruman atau akaun dibekukan.
  • Setelah mencapai usia 55 tahun dan anda layak untuk membuat Pengeluaran Persaraan, anda bertanggungjawab menyelesaikan pinjaman tertunggak dengan institusi kewangan bagi kediaman PR1MA anda.
  • Hadangan akan dilepaskan setelah ahli mencapai usia 55; membuat pengeluaran kesemua simpanan iaitu Pengeluaran Pekerja Berpencen, Pengeluaran Hilang Upaya, Pengeluaran Kematian dan Pengeluaran Meninggalkan Negara atau mendapat arahan bertulis dari institusi kewangan.

 

Apa Yang Boleh Digunakan?

  • Jumlah pembayaran PR1MA ditentukan oleh ahli dan tertakluk kepada perjanjian dengan institusi kewangan.
  • Sebahagian atau semua dari simpanan Akaun 2 (minimum RM50)

 

Bagaimana Untuk Memohon?

Langkah 1

Mendaftar akaun di www.pr1ma.my DAN memohon untuk rumah PR1MA di projek perumahan pilihan sendiri

 

Langkah 2

Tunggu surat tawaran pembelian dan mohon pinjaman dari institusi kewangan

 

Langkah 3

Hantar permohonan untuk-

  • Hadangan Simpanan
  • Pengeluaran Perumahan PR1MA
  • Penstrukturan Semula
  • Pembatalan Hadangan

 

Langkah 4

Institusi kewangan akan mengesahkan dan menghantar permohonan anda ke KWSP

 

Langkah 5

Kami akan memberitahu anda apabila pengeluaran sudah diluluskan (melalui SMS/mesej keselamatan i-Akaun/Notis)

 

 

 

PERINGATAN PENTING

  1. Pastikan bank panel anda

Rujuk kepada senarai bank panel KWSP untuk kredit terus ke dalam akaunPinjaman Perumahan PR1MA.

BANK PANEL KWSP

https://www.kwsp.gov.my/ms/about-epf/resources/panel-banks-certifying-officers#panelbanks

 

 

  1. Hantar ke bank panel pilihan anda

Hantar permohonan anda ke kaunter bank panel terdekat dan bank akan menghantar permohonan kepada KWSP bagi pihak anda.

 

  1. Perlu maklumat lanjut?

Rujuk kepada risalah produk untuk maklumat tambahan.

MUAT TURUN RISALAH PERUMAHAN PR1MA

https://www.kwsp.gov.my/documents/20126/131635/RISALAH_PENGELUARAN_PERUMAHAN_PR1MA__PPP__FA_OL_05052017.pdf/12f9d832-6a09-b77c-7e78-3ea2de03c9de

 

 

  1. Bank Panel untuk Pengeluaran Perumahan PR1MA
  • Ambank
  • CIMB
  • Maybank
  • RHB

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *