PENGELUARAN KWSP UNTUK PENDIDIKAN

PENGELUARAN KWSP UNTUK PENDIDIKAN
Share Artikel Ini Di Media Sosial

PENGELUARAN KWSP UNTUK PENDIDIKAN

Pengenalan kpd Pengeluaran KWSP Untuk Pendidikan. Pendidikan yang berkualiti merupakan kunci kepada kestabilan kerjaya sekali gus membina kehidupan yang lebih selesa untuk ahli dan keluarga ahli. Ahli boleh memilih untuk mengeluarkan simpanan daripada Akaun 2 bagi membantu membiayai pendidikan sendiri, pasangan (suami/isteri), anak-anak dan/atau ibu bapa di institusi dalam dan luar negara yang diluluskan.

Baca Juga :PENGELUARAN KWSP UNTUK PERUBATAN (KESIHATAN)

APA ITU KWSP?

Di Malaysia, KWSP (juga dikenali sebagai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau EPF) adalah sebuah institusi keselamatan sosial yang ditubuhkan mengikut undang-undang Malaysia, iaitu Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) yang memberi faedah persaraan kepada ahlinya melalui sumbangan mandatori daripada dua pihak: sebahagian daripada gaji pekerja dan sumbangan majikan bagi pihak pekerja mereka. KWSP sebenarnya menyediakan kerangka kerja bagi majikan untuk memenuhi kewajipan berkanun dan moral mereka kepada pekerja melalui sumbangan bulanan berterusan ke dalam dana persaraan pekerja.

APA YANG BOLEH UNTUK PENGELUARAN KWSP UNTUK PENDIDIKAN?

Jumlah yuran pengajian/baki pinjaman pendidikan ATAU Kesemua simpanan dalam Akaun 2 (mengikut mana yang lebih rendah)

KOS YANG DIBIAYAI OLEH KWSP

  • Yuran pengajian dan caj yang dikenakan oleh institusi pengajian ATAU Jumlah baki pinjaman

*Bagi pengajian peringkat Sijil Tahap 3, amaun pengeluaran yang layak dikeluarkan hanya untuk yuran pengajian sahaja tertakluk kepada jumlah baki simpanan dalam Akaun 2

  • Yuran hostel dan penginapan
  • Penerbangan sehala untuk pelajar tahun pertama yang belajar di luar kawasan/luar negara

SYARAT PENGELUARAN KWSP UNTUK PENDIDIKAN

  • Warganegara Malaysia & Bukan Warganegara
  • Berumur 55 tahun ke bawah
  • Mempunyai simpanan dalam Akaun 2
  • Masih meneruskan atau telah menamatkan pengajian peringkat Sijil Tahap 3, diploma dan ke atas (akademik/profesional/berasaskan kemahiran/vokasional)
  • Sedang belajar di institusi dalam negara (sepenuh masa, separuh masa, program jarak jauh dan francais) ATAU Institusi luar negara (program sepenuh masa)
  • Dibenarkan untuk Ahli/Anak/Pasangan/Ibu Bapa ahli yang berhenti/gagal/tidak tamat/tarik diri daripada pengajian

*Untuk menyelesaikan kesemua bayaran tunggakan kepada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam tempoh 3 tahun dari penamatan pengajian; dan menyelesaikan baki pinjaman pendidikan dengan Institusi Pemberi Pinjaman (IPP)

KATEGORI YURAN PENGAJIAN

  • Pengeluaran untuk diri sendiri bagi membiayai yuran pengajian
  • Pengeluaran bersama dengan pasangan bagi membiayai yuran pengajian pasangan
  • Pengeluaran bagi membiayai yuran pengajian anak/pasangan/ibu bapa
  • Pengeluaran bersama dengan pasangan bagi membiayai yuran pengajian anak

BILA BOLEH BUAT PENGELUARAN KWSP UNTUK PENDIDIKAN?

  • Setiap semester atau tahun pengajian
  • Dalam masa 3 tahun dari tarikh tamat pengajian/berhenti/gagal bagi bayaran yang tertunggak di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

PILIHAN PEMBAYARAN

1.Pembayaran kepada ahli

  • Jika yuran telah dibayar kepada institusi pengajian tinggi (resit tidak melebihi 1 tahun daripada tarikh permohonan)

2.Pembayaran kepada institusi pengajian tinggi

  • Bagi menyelesaikan yuran pengajian yang belum dijelaskan

 

Apa Yang Anda Perlukan?

Dokumen

  • Borang KWSP 9H (AHL) dan Senarai Semak Dokumen

https://www.kwsp.gov.my/documents/20126/147458/KWSP_9H_AHL.pdf/9f693f79-f840-0040-cb6d-a3de33ab9f02

  • Surat pengesahan pendaftaran pelajar
  • Salinan dokumen pengenalan bersama yang asal untuk tujuan pengesahan (untuk bukan pemegang MyKad sahaja)
  • Surat kelulusan pengiktirafan kursus pengajian
  • Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cop ibu jari gagal

https://www.kwsp.gov.my/documents/20126/147596/KWSP_3_Pindaan.pdf/09f303fb-174a-83b1-f7c8-0ca8ec962290?t=1547688456937

Dokumen tambahan yang diperlukan bagi Pengeluaran Pendidikan untuk ahli, anak, pasangan atau ibu bapa

Pengeluaran kali pertama dan kedua mungkin memerlukan dokumen sokongan yang berbeza bagi pembiayaan pendidikan ahli, anak, pasangan atau ibu bapa. Jadi, ia amatlah penting untuk mengemukakan semua dokumen yang diperlukan bagi melancarkan proses permohonan.

1.DIRI SENDIRI

PENGELUARAN KALI PERTAMA

  1. Bukti penerimaan – Surat tawaran belajar DAN Bukti kelayakan mengikuti pengajian
  2. Bukti pengajian
  3. Salinan keputusan peperiksaan terkini – (tahun kedua dan seterusnya)
  4. Bukti pembayaran –Resit pembayaran yuran pengajian DAN Tiket penerbangan/resit pembayaran asal
    •  Untuk permohonan bayaran balik jika yuran pengajian telah dibayar kepada pihak institusi   pengajian tinggi
  5. Dokumen tambahan
    • Borang Temuduga
    • Buku bank/Penyata akaun simpanan/Penyata akaun Semasa/Surat pengesahan bank mengenai butiran pemegang akaun/Cetakan butiran pemegang akaun melalui laman web*

*Untuk permohonan bayaran balik jika yuran pengajian telah dibayar kepada pihak institusi pengajian tinggi*

  1. Dokumen tambahan bagi pengajian luar negara
    • Salinan muka surat butiran pasport pelajar yang masih sah laku
    • Jika ahli telah ke luar negara – Muka surat yang mengandungi tarikh dan cop Jabatan Imigresen negara berkenaan/bayaran yuran pengajian/Visa belajar/Keputusan peperiksaan sebagai bukti pelajar telah mengikuti pengajian di luar negara
    • Jika ahli belum ke luar negara – Bukti bayaran kepada pihak institusi pengajian tinggi

PENGELUARAN SETERUSNYA

  1. Bukti pengajian – Salinan keputusan peperiksaan terkini diperlukan untuk memohon Pengeluaran KWSP Untuk Pendidikan
  1. Bukti pembayaran – Resit pembayaran yuran pengajian

*Untuk permohonan bayaran balik jika yuran pengajian telah dibayar kepada pihak institusi pengajian tinggi*

  1. Dokumen tambahan – Buku bank/Penyata akaun simpanan /Penyata akaun Semasa/Surat pengesahan bank mengenai butiran pemegang akaun/Cetakan butiran pemegang akaun melalui laman web*

*Untuk permohonan bayaran balik jika yuran pengajian telah dibayar kepada pihak institusi pengajian tinggi*

2.ANAK AHLI

Untuk anak ahli, permohonan boleh dibuat sebagai individu atau bersama ibu bapa

 3.PASANGAN AHLI

Untuk pasangan, permohonan boleh dibuat sebagai individu atau/dan pasangan

 4.IBU BAPA AHLI

Untuk ibu bapa, permohonan boleh dibuat sebagai individu atau/dan bersama Ahli

PENGELUARAN KALI PERTAMA

  1. Bukti penerimaan – Surat tawaran belajar DAN Bukti kelayakan mengikuti pengajian
  2. Bukti pengajian – Salinan keputusan peperiksaan terkini (tahun kedua dan seterusnya)
  3. Bukti pembayaran – Resit pembayaran yuran pengajian DAN Tiket penerbangan/resit pembayaran asal
    • Untuk permohonan bayaran balik jika yuran pengajian telah dibayar kepada pihak institusi pengajian tinggi
  1. Dokumen tambahan – Borang Temuduga DAN Buku bank/Penyata akaun simpanan/Penyata akaun Semasa/Surat pengesahan bank mengenai butiran pemegang akaun/Cetakan butiran pemegang akaun melalui laman web*

*Untuk permohonan bayaran balik jika yuran pengajian telah dibayar kepada pihak institusi pengajian tinggi*

  1. Bukti pertalian
    • Anak – Kad pengenalan anak DAN Sijil Kelahiran Anak/Surat Nikah/Sijil Perkahwinan (jika anak tiri)/Sijil Pendaftaran Anak Angkat daripada Jabatan Pendaftaran Negara (jika anak angkat)
    • Pasangan – Surat Nikah ATAU Sijil Perkahwinan
    • Ibu Bapa – Sijil Kelahiran Ahli ATAU/DAN Sijil Perkahwinan Ibu Bapa (tiri) ATAU Sijil Pendaftaran Anak Angkat daripada Jabatan Pendaftaran Negara (jika anak angkat)
  1. Dokumen tambahan bagi pengajian luar negara – Salinan muka surat butiran pasport pelajar yang masih sah laku DAN
    • Jika ahli telah ke luar negara – Muka surat yang mengandungi tarikh dan cop Jabatan Imigresen negara berkenaan/bayaran yuran pengajian/Visa belajar/Keputusan peperiksaan sebagai bukti pelajar telah mengikuti pengajian di luar negara

ATAU

    • Jika ahli belum ke luar negara – Bukti bayaran kepada pihak institusi pengajian tinggi

PENGELUARAN SETERUSNYA

  1. Bukti pengajian – Salinan keputusan peperiksaan terkini
  2. Bukti pembayaran* – Resit pembayaran yuran pengajian
    • Untuk permohonan bayaran balik jika yuran pengajian telah dibayar kepada pihak institusi pengajian tinggi
  1. Dokumen tambahan – Buku bank/Penyata akaun simpanan /Penyata akaun Semasa/Surat pengesahan bank mengenai butiran pemegang akaun/Cetakan butiran pemegang akaun melalui laman web*

*Untuk permohonan bayaran balik jika yuran pengajian telah dibayar kepada pihak institusi pengajian tinggi*

KATEGORI PINJAMAN PENDIDIKAN

  • Pengeluaran untuk diri sendiri bagi menyelesaikan baki pinjaman pendidikan anda
  • Pengeluaran bersama dengan pasangan bagi menyelesaikan baki pinjaman pendidikan anak
  • Pengeluaran bagi menyelesaikan baki pinjaman pendidikan pasangan/ibu bapa

Bila Anda Boleh Keluarkan?

  • Setiap semester atau tahun pengajian
  • Mempunyai baki pinjaman pendidikan

Institusi Yang Diluluskan

  • Institusi Kewangan Yang Dilesenkan Di Bawah Akta Institusi Perbankan & Kewangan (AKTA BAFIA)
  • Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
  • Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
  • Koperasi Yang Berdaftar Dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
  • Majlis Amanah Rakyat (MARA)
  • Maju Institute Of Educational Development (MIED)
  • Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
  • Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
  • PETRONAS
  • Pinjaman Pendidikan Di Antara Majikan Dengan Pekerja (AHLI)
  • Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS)
  • Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)
  • Yayasan Bank Rakyat (YBR)
  • Yayasan Biasiswa Tun Sambanthan
  • Yayasan Negeri
  • Yayasan Pendidikan Negeri
  • Yayasan Telekom Malaysia / Telekom Malaysia Berhad
  • Yayasan Tenaga Nasional

Pilihan Pembayaran

Pembayaran kepada institusi kewangan yang diluluskan.

  • Jika anda mengambil pinjaman daripada institusi kewangan yang diluluskan oleh KWSP
  • Jika anda mempunyai Perjanjian Pinjaman Pendidikan atas nama anda/anak anda

 Apa Yang Anda Perlukan

  • Borang KWSP 9H (AHL) dan Senarai Semak Dokumen

https://www.kwsp.gov.my/documents/20126/147458/KWSP_9H_AHL.pdf/9f693f79-f840-0040-cb6d-a3de33ab9f02

  • Dokumen Salinan dokumen pengenalan bersama yang asal untuk tujuan pengesahan (untuk bukan pemegang MyKad sahaja)
  • Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cop ibu jari gagal

https://www.kwsp.gov.my/documents/20126/147596/KWSP_3_Pindaan.pdf/09f303fb-174a-83b1-f7c8-0ca8ec962290?t=1547688456937

Dokumen tambahan yang diperlukan bagi Pengeluaran Pendidikan untuk ahli, anak, pasangan atau ibu bapa

Pengeluaran kali pertama dan kedua mungkin memerlukan dokumen sokongan yang berbeza bagi pembiayaan pendidikan ahli, anak, pasangan atau ibu bapa. Jadi, ia amatlah penting untuk mengemukakan semua dokumen yang diperlukan bagi melancarkan proses permohonan.

DIRI SENDIRI

PENGELUARAN KALI PERTAMA

AHLI MASIH BELAJAR

  1. Bukti penerimaan

    • Surat pengesahan pendaftaran pelajar
    • Bukti kelayakan mengikuti pengajian
    • Surat kelulusan pengiktirafan kursus pengajian
  1. Bukti pengajian

    • Salinan keputusan peperiksaan terkini (tahun kedua dan seterusnya)
  1. Bukti permohonan pinjaman

    • Perjanjian Pinjaman Pendidikan atas nama ahli hanya diperlukan sekiranya Perjanjian Pinjaman Pendidikan di antara majikan dan pekerja (Ahli)
    • Baki penyata pinjaman pendidikan terkini
  1. Dokumen tambahan

    • Borang temuduga
    • Sekiranya Institusi Pemberi Pinjaman adalah Koperasi

Sijil Pendaftaran Koperasi

  • Sekiranya nama kursus atau nama institut pengajian tinggi berbeza antara sijil akademik dan penyata baki pinjaman / perjanjian pinjaman / surat tawaran

Surat penjelasan dari pihak institusi pengajian tinggi

AHLI TELAH MENAMATKAN PENGAJIAN

  1. Bukti permohonan pinjaman
    • Perjanjian Pinjaman Pendidikan atas nama ahli hanya diperlukan sekiranya Perjanjian Pinjaman Pendidikan di antara majikan dan perkerja (Ahli)
    • Baki penyata pinjaman pendidikan terkini
  1. Dokumen tambahan
    • Sekiranya Institusi Pemberi Pinjaman adalah Koperasi

Sijil Pendaftaran Koperasi

    • Sekiranya nama kursus atau nama institut pengajian tinggi berbeza antara sijil akademik dan penyata baki pinjaman / perjanjian pinjaman / surat tawaran

Surat penjelasan dari pihak institusi pengajian tinggi

PENGELUARAN SETERUSNYA

AHLI MASIH BELAJAR

  1. Bukti penerimaan
    • Surat pengesahan pendaftaran pelajar
    • Surat kelulusan pengiktirafan kursus pengajian
  1. Baki penyata pinjaman
    • Baki penyata pinjaman pendidikan terkini

AHLI TELAH MENAMATKAN PENGAJIAN

  1. Baki penyata pinjaman
    • Baki penyata pinjaman pendidikan terkini

ANAK/PASANGAN/IBU BAPA AHLI

PENGELUARAN KALI PERTAMA

ANAK/PASANGAN/IBU BAPA AHLI MASIH BELAJAR

  1. Bukti penerimaan
    • Surat pengesahan pendaftaran pelajar
    • Bukti kelayakan mengikuti pengajian
    • Surat kelulusan pengiktirafan kursus pengajian
  1. Bukti pengajian
    • Salinan keputusan peperiksaan terkini (tahun kedua dan seterusnya)
  1. Bukti permohonan pinjaman
    • Perjanjian Pinjaman Pendidikan atas nama ahli hanya diperlukan sekiranya Perjanjian Pinjaman Pendidikan di antara majikan dan pekerja (Ahli) pendaftaran pelajar
    • Baki penyata pinjaman pendidikan terkini
  1. Dokumen tambahan
    • Borang temuduga
    • Sekiranya Institusi Pemberi Pinjaman adalah Koperasi

Sijil Pendaftaran Koperasi

    • Sekiranya nama kursus atau nama institut pengajian tinggi berbeza antara sijil akademik dan penyata baki pinjaman/ penjanjian pinjaman/ surat tawaran

Surat penjelasan dari pihak institut pengajian tinggi

  1. Bukti pertalian
    • Anak – Kad Pengenalan Anak Sijil Kelahiran Anak/Surat Nikah/Sijil Perkahwinan (jika anak tiri)/Sijil Pendaftaran Anak Angkat daripada Jabatan Pendaftaran Negara (jika anak angkat)
    • Pasangan – Surat Nikah ATAU Sijil Perkahwinan
    • Ibu Bapa – Sijil Kelahiran Ahli ATAU/DAN Sijil Perkahwinan Ibu Bapa (tiri) ATAU Sijil Pendaftaran Anak Angkat daripada Jabatan Pendaftaran Negara (jika anak angkat)

ANAK/PASANGAN/IBU BAPA AHLI TELAH MENAMATKAN PENGAJIAN

  1. Bukti permohonan pinjaman – Baki penyata pinjaman pendidikan terkini
  2. Dokumen tambahan
    • Sekiranya Institusi Pemberi Pinjaman adalah Koperasi – Sijil Pendaftaran Koperasi
    • Sekiranya nama kursus atau nama Institusi Pengajian Tinggi (IPT) berbeza antara sijil akademik dan penyata baki pinjaman/ penjanjian pinjaman/ surat tawaran – Surat penjelasan dari pihak Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
  1. Bukti pertalian – Anak (Kad Pengenalan Anak
    • Sijil Kelahiran Anak/Surat Nikah/Sijil Perkahwinan (jika anak tiri)/Sijil Pendaftaran Anak Angkat daripada Jabatan Pendaftaran Negara (jika anak angkat)
    • Pasangan (Surat Nikah ATAU Sijil Perkahwinan )
    • Ibu Bapa – Sijil Kelahiran Ahli ATAU/DAN Sijil Perkahwinan Ibu Bapa (tiri) ATAU Sijil Pendaftaran Anak Angkat daripada Jabatan Pendaftaran Negara (jika anak angkat)

PENGELUARAN SETERUSNYA

ANAK/PASANGAN/IBU BAPA AHLI MASIH BELAJAR

  • Bukti penerimaan

Surat pengesahan pendaftaran pelajar

Surat kelulusan pengiktirafan kursus pengajian

 

  • Penyata baki pinjaman

Baki penyata pinjaman pendidikan terkini

 

ANAK/PASANGAN/IBU BAPA AHLI TELAH MENAMATKAN PENGAJIAN

  • Penyata baki pinjaman

Baki penyata pinjaman pendidikan terkini

 

CONTOH FORMAT PENYATA BAKI

https://www.kwsp.gov.my/documents/20126/896760/Contoh_Format_Penyata_Baki_Pinjaman_PendidikanV022017_26072017_edit.pdf/3a699b2c-d3ee-ed39-75bf-2017c9da4b6b?t=1558604473314

 

 

CONTOH FORMAT SURAT PENGESAHAN PELAJAR

https://www.kwsp.gov.my/documents/20126/896760/Contoh_Format_Surat_Pengesahan_Pendaftaran_Pelajar_Dari_IPTV01_07_2017_20.07.2017.pdf/b523c29a-facd-2f74-9dd1-e2ab2642f4c0?t=1558604473057

 

 

SENARAI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI

https://www.kwsp.gov.my/documents/20126/896760/LAMPIRAN_A_-_Sen__IPT_Tak_Perlu_Surat_Kelulusan_Pengiktirafan_Kursus_Nov+2018….pdf/0aa40b4e-f14a-d1e5-9905-62bc28a6169a?t=1558604472541

 

 

SENARAI KURSUS PROFESIONAL/KEMAHIRAN

https://www.kwsp.gov.my/documents/20126/896760/Lampiran+B+-+Kursus+Profesional+Kemahiran+Off+Shore+Yang+Diluluskan+%26+Tidak+Diluluskan+%28Feb+2019%29+%281%29.pdf/f30966b6-5578-ca88-0ab8-d54a7883d42b?t=1558604472805

 

 

 

SENARAI IPT LUAR NEGARA

https://www.kwsp.gov.my/documents/20126/896760/Lampiran+B+-+Kursus+Profesional+Kemahiran+Off+Shore+Yang+Diluluskan+%26+Tidak+Diluluskan+%28Feb+2019%29+%281%29.pdf/f30966b6-5578-ca88-0ab8-d54a7883d42b?t=1558604472805

 

 

LIHAT RAKAN STRATEGIK E-PENGELUARAN

https://www.kwsp.gov.my/ms/about-epf/resources/panel-banks-certifying-officers

 

 

PENGELUARAN MELALUI E-PENGELUARAN

https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login

 

 

MEMOHON UNTUK PENGELUARAN MANUAL PENDIDIKAN

https://www.kwsp.gov.my/documents/20126/147458/KWSP_9H_AHL.pdf/9f693f79-f840-0040-cb6d-a3de33ab9f02

 

CARA BAYARAN DALAM NEGARA VS LUAR NEGARA

DALAM NEGARA LUAR NEGARA
Bayaran penuh dalam Ringgit Malaysia (RM) akan di kredit ke dalam akaun anda

Jika anda ada akaun aktif dengan bank panel kami dan nombor pengenalan sama dengan rekod bank

Bayaran penuh akan di buat melalui Draf Bank Asing di dalam mata wang pilihan anda

Jika mata wang pilihan anda terdapat di dalam senarai mata wang yang disahkan

Anda akan diberi Cek Jurubank

Jika bayaran ke akaun anda gagal

Bayaran penuh akan di buat melalui Draf Bank Asing di dalam mata wang US Dolar

Jika mata wang pilihan anda tidak terdapat di dalam senarai yang disahkan

 

 

PERINGATAN PENTING

 

  1. Sahkan dokumen anda

Pastikan SEMUA salinan dokumen disahkan dan diakui oleh orang yang diberi kuasa

(lengkap dengan nama, jawatan dan cop rasmi melainkan dokumen yang memerlukan pengesahan oleh pegawai KWSP)

 

ORANG YANG DIBERI KUASA

https://www.kwsp.gov.my/ms/about-epf/resources/panel-banks-certifying-officers#certifyinfofficers

 

 

  1. Pastikan bank panel anda

Rujuk kepada senarai bank panel KWSP untuk kredit terus ke akaun pinjaman perumahan ahli/pasangan

BANK PANEL KWSP

https://www.kwsp.gov.my/ms/about-epf/resources/panel-banks-certifying-officers#panelbanks

  1. Hantar ke KWSP

Hantar permohonan lengkap ke kaunter KWSP terdekat atau secara mel.

CARI KWSP TERDEKAT

https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks

 

MEL KE KWSP

KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA

Karung Berkunci No. 220

Jalan Sultan

46720 Petaling Jaya,

Selangor, Malaysia

 

 

  1. Perlu maklumat lanjut?

Rujuk kepada produk untuk maklumat tambahan.

MUAT TURUN RISALAH PENDIDIKAN

https://www.kwsp.gov.my/documents/20126/131635/A16_BM_Pengeluaran+Pendidikan_29112021.pdf/cae66ca8-2d34-6940-80f2-24dfad2ab9f3?t=1640845346770

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *