PENGELUARAN KWSP BAGI PERUMAHAN FLEKSIBEL

PENGELUARAN SEBAHAGIAN KWSP BAGI PERUMAHAN FLEKSIBEL
Share Artikel Ini Di Media Sosial

PENGELUARAN KWSP BAGI PERUMAHAN FLEKSIBEL

 

Tambahkan Kuasa Meminjam

Rumah idaman anda dalam genggaman

 

Anda boleh menggunakan simpanan KWSP kini dan masa depan untuk menguatkan lagi had kelayakan bagi mendapatkan pinjaman perumahan dari institusi kewangan.

Bagaimana?

Sebahagian dari simpanan di dalam Akaun 2 akan diketepikan untuk Akaun Pinjaman Perumahan Fleksibel..Semasa penilaian kelayakan pinjaman dibuat, institusi kewangan akan mengira caruman bulanan KWSP anda sebagai sebahagian dari pendapatan..Kelayakan pinjaman yang lebih tinggi membolehkan anda membeli rumah idaman

*Tempoh minimum simpanan ialah satu (1) tahun dan ring fencing ini hanya boleh digunakan untuk membeli satu (1) rumah pada satu masa. Tempoh simpanan maksimum ialah sehingga umur 55 tahun, atau tertakluk kepada tarikh akhir pinjaman perumahan atau hari terakhir ring fencing (mana yang lebih awal).

PENGELUARAN KWSP BAGI PERUMAHAN FLEKSIBEL

Baca Juga : KWSP LANCAR PLATFORM i-LINDUNG (UNTUK PEMBELIAN PRODUK PERLINDUNGAN)

Mengenai Akaun Pengeluaran Perumahan Fleksibel.

Simpanan di dalam akaun ini tidak boleh digunakan untuk Pengeluaran Perumahan, Pendidikan, Kesihatan atau Pengeluaran Umur 50.Namun,Simpanan di dalam Akaun 2 masih boleh digunakan untuk tujuan di atas.Wang yang diketepikan untuk akaun ini adalah hak anda dan tidak dipindahkan ke institusi kewangan.

Anda akan terus menerima dividen tahunan untuk simpanan ini tetapi akan di kredit ke dalam Akaun 2.         Anda boleh mengeluarkan simpanan dari akaun ini apabila mencapai usia 55 atau disebabkan Kematian, Hilang Upaya, Meninggalkan Negara atau Pengeluaran Pekerja Berpencen.

 

Siapa Yang Boleh Memohon

  • Warganegara dan Penduduk Tetap (PR)
  • Umur bawah 54 tahun
  • Membeli/Membina rumah kediaman
  • Ada pinjaman perumahan dengan institusi kewangan yang diiktiraf KWSP

 

 

*Rumah kediaman – jenis banglo/teres/berkembar/apartmen/kondominium/apartmen studio /apartmen servis/townhouse/SOHO atau rumah kedai dengan unit kediaman di Malaysia

 

 

CARA UNTUK MEMOHON

  • Langkah 1

Dapatkan pengesahan dari institusi kewangan mengenai maklumat pinjaman, pembelian rumah/bangunan dan ring fencing

  • Langkah 2

Hantar permohonan dan dokumen yang diperlukan melalui institusi kewangan

  • Langkah 3

Pengeluaran Perumahan Fleksibel mesti dipohon bersama Pengeluaran Beli/Bina Rumah ATAU Pengeluaran Pengurangan/Menyelesaikan Hutang Rumah

 

APA YANG DIPERLUKAN

Dokumen yang diperlukan mungkin berubah untuk permohonan kali pertama dan seterusnya. Oleh itu, ia penting untuk mengumpul semua dokumen yang diperlukan untuk memastikan proses berjalan lancar.

 

PERMOHONAN PERTAMA

  1. Tidak Pernah Membuat Pengeluaran Perumahan

 

  • Borang KWSP 9C (AHL) dan Senarai Semak Dokumen
  • Surat pengesahan pinjaman bank
  • Borang KWSP 9Q (1)

 

  1. Pernah Membuat Pengeluaran Perumahan Tetapi Hilang Ke Atas Hak Rumah

 

  • Borang KWSP 9C (AHL) dan Senarai Semak Dokumen
  • Surat pengesahan pinjaman bank
  • Dokumen/Bukti hilang hak ke atas harta
  • Borang KWSP 9Q (1)

 

 

  1. Pernah Membuat Pengeluaran Pengurangan /Menyelesaikan Pinjaman Rumah Untuk Pasangan Dan Ataupengeluaran Ansuran Pinjaman Bulanan

 

  • Borang KWSP 9C (AHL) dan Senarai Semak Dokumen
  • Surat pengesahan pinjaman bank
  • Borang KWSP 9Q (1)

 

PERMOHONAN SETERUSNYA

  1. Harta Sama

  • Borang KWSP 9Q (2)
  • Borang KWSP 9C (AHL) dan Senarai Semak Dokumen
  • Surat pengesahan pinjaman bank
  • Borang KWSP 9Q (1)

  1. Harta Berlainan

  • Borang KWSP 9C (AHL) dan Senarai Semak Dokumen
  • Surat pengesahan pinjaman bank
  • Dokumen/Bukti hilang pemilikan ke atas harta
  • Borang KWSP 9Q (1)

 

PEMBATALAN PENGELUARAN

Anda ada pilihan untuk memberhentikan caruman ke Akaun Pengeluaran Perumahan Fleksibel apabila ring fence anda melebihi tempoh satu (1) tahun, dan mendapat kebenaran institusi kewangan.

Sedia untuk batal? Hantar permohonan melalui institusi kewangan dan mereka akan menghantarnya ke KWSP.

 

 

 

Apa yang anda perlukan

Jenis Permohonan Dokumen

 

Untuk membatalkan pengeluaran Borang KWSP 9Q(2)
Untuk pengeluaran

 

Borang KWSP 9C (AHL)

Surat pengesahan baki pinjaman perumahan

 

Untuk memohon semula Pengeluaran Perumahan Fleksibel untuk harta yang sama Borang KWSP 9Q(1)

 

 

PENGELUARAN KWSP BAGI PERUMAHAN FLEKSIBEL

 

CARA BAYARAN DALAM NEGARA VS LUAR NEGARA

DALAM NEGARA LUAR NEGARA
Bayaran penuh dalam Ringgit Malaysia (RM) akan di kredit ke dalam akaun anda

Jika anda ada akaun aktif dengan bank panel kami dan nombor pengenalan sama dengan rekod bank

Bayaran penuh akan di buat melalui Draf Bank Asing di dalam mata wang pilihan anda

Jika mata wang pilihan anda terdapat di dalam senarai mata wang yang disahkan

Anda akan diberi Cek Jurubank

Jika bayaran ke akaun anda gagal

Bayaran penuh akan di buat melalui Draf Bank Asing di dalam mata wang US Dolar

Jika mata wang pilihan anda tidak terdapat di dalam senarai yang disahkan

 

PERINGATAN PENTING

  1. Mengesahkan dokumen anda

Pastikan SEMUA salinan dokumen disahkan dan diakui oleh ORANG YANG DIBERI KUASA.

(Lengkap dengan nama, jawatan dan cop rasmi melainkan dokumen yang memerlukan pengesahan oleh pegawai KWSP)

 

PENGELUARAN KWSP BAGI PERUMAHAN FLEKSIBEL

ORANG YANG DIBERI KUASA.

  1. PEMOHON DI MALAYSIA

 

Dokumen Orang Yang Diberi Kuasa
Salinan MyKad/Pasport dan dokumen-dokumen sokongan lain ·         Pegawai KWSP (Gred 18/G5 ke atas atau Pegawai kaunter KWSP)

·         Pegawai Kedutaan/Pesuruhjaya Tinggi/Konsulat Negara pemohon di Malaysia

·         Majikan Pemohon

·         Ketua Kampung/Penghulu/Penggawa

Jaksa Pendamai

·         Peguam bela dan peguam cara

·         Pegawai Kerajaan/Badan Berkanun/Agensi Kerajaan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional

·         Ahli Dewan Undangan Negeri

·         Ahli Parlimen

·         Ketua Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)/Ketua Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP)

 

Salinan resit pembayaran untuk yuran pembelajaran ·         Pegawai di Institut Pengajian Tinggi Awam

·         Pegawai KWSP (Gred 18/G5 dan ke atas atau Pegawai di kaunter)

 

Surat kelulusan kursus yang diiktiraf dan sebarang dokumen lain yang dikeluarkan oleh institut pengajian tinggi swasta ·         Pegawai di Institut Pengajian Tinggi Swasta

 

Skim Pelaburan Ahli  

·         Pegawai Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang dibenarkan

 

Pengeluaran Meninggalkan Negara ·         Pegawai KWSP (Gred 18/G5 ke atas atau Pegawai kaunter KWSP)

·         Pegawai Kedutaan/Pesuruhjaya Tinggi/Konsulat Negara pemohon di Malaysia

Majikan Pemohon

 

Pengeluaran Perumahan – Semua dokumen utama dan sokongan

 

·         Pegawai KWSP (Gred 18/G5 dan ke atas atau Pegawai di kaunter)

·         Peguam yang menguruskan proses jual beli/pinjaman

Pegawai Bank berkaitan yang menguruskan pinjaman

 

 

 

 

PENGELUARAN KWSP BAGI PERUMAHAN FLEKSIBEL

 

  1. PEMOHON LUAR NEGARA

 

Dokumen Orang Yang Diberi Kuasa
Semua dokumen ·         Kedutaan Malaysia

·         Suruhanjaya Tinggi/Konsulat Malaysia

·         Suruhanjaya Perdagangan Malaysia

·         Notari Awam

·         Ketua Pejabat Pelajar Antarabangsa universiti berkenaan (Hanya untuk pengeluaran Pelajaran)

 

 

 

 

 

  1. PEMOHON PENGELUARAN KEMATIAN

Dokumen Orang Yang Diberi Kuasa
Salinan MyKad dan dokumen sokongan lain

 

·         Pegawai KWSP (Gred 18/G5 dan ke atas atau Pegawai di kaunter)

·         Majikan Pemohon

·         Ketua Kampung/Penghulu/Penggawa

Jaksa Pendamai

·         Peguam

·         Pegawai Kerajaan/Badan Berkanun/Agensi Kerajaan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional

·         Ahli Dewan Undangan Negeri

·         Ahli Parlimen

 

Salinan Surat Pentadbiran/Geran Probet ATAU Surat Pentadbiran/Geran Probet Dalam Talian (Online) Dicetak

 

·         Pihak berkuasa yang mengeluarkan Surat Pentadbiran/Geran Probet

·         Pegawai KWSP (Gred 18/G5 dan ke atas atau Pegawai di kaunter)

 

Salinan buku akaun bank

 

·         Pegawai KWSP (Gred 18/G5 dan ke atas atau Pegawai di kaunter)

Pegawai Bank berkenaan

 

 

 

 

  1. Pastikan bank panel anda

Rujuk kepada senarai BANK PANEL KWSP untuk kredit terus ke dalam akaun simpanan/semasa ahli.

BANK PANEL KWSP  boleh rujuk di:-

https://www.kwsp.gov.my/ms/about-epf/resources/panel-banks-certifying-    officers#panelbanks

 

BANK PANEL KWSP

Panel Institusi Pengkreditan Terus Akaun Semasa/Simpanan

 

·         Affin Bank Bhd

·         Agrobank Bhd

·         Alliance Bank Bhd

·         Al-Rajhi Banking & Investment Corporation (Malaysia) Bhd

·         AmBank Bhd

·         Bank Islam (M) Bhd

·         Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd

·         Bank Muamalat Bhd

·         Bank Simpanan Nasional

·         CIMB Bank Bhd

·         Citibank Bhd

·         Hong Leong Bank Bhd

·         HSBC Amanah Malaysia Bhd

·         HSBC Bank Bhd

·         Kuwait Finance House (Malaysia) Bhd

·         Maybank Bhd

·         OCBC Bhd

·         Public Bank Bhd

·         RHB Bank Bhd

·         Standard Chartered Bank Bhd

·         Standard Chartered Saadiq Bhd

·         United Overseas Bank Bhd

 

Panel Institusi Pengkreditan Terus Pinjaman Perumahan

 

·         Affin Bank

·         Alliance Bank Malaysia Bhd

·         Ambank (M) Bhd

·         Bank Islam (M) Bhd

·         Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd

·         Bank Simpanan Nasional

·         CIMB Bank Bhd

·         Citibank Bhd

·         Hong Leong Bank Bhd

·         HSBC Bank (M) Bhd

·         Maybank Bhd

·         OCBC Bank Bhd

·         Public Bank Bhd

·         RHB Bank Bhd

·         United Overseas Bank (Malaysia) Bhd

 

 

Panel bank Prima

 

·         Ambank

·         CIMB

·         Maybank

·         RHB

 

Institusi Pengurusan Dana

 

·         Affin Hwang Asset Management Berhad

·         Amanah Saham Nasional Berhad

·         Amanah Saham Sarawak Berhad

·         AmFunds Management Berhad

·         Astute Fund Management Berhad

·         BOS Wealth Management Malaysia Berhad

·         Eastspring Investments Berhad

·         Hong Leong Asset Management Bhd

·         KAF Investment Fund Berhad

·         Kenanga Investors Berhad

·         Manulife Investment Management (M) Berhad

·         MIDF Amanah Asset Management Berhad

·         Pheim Unit Trusts Berhad

·         PMB Investment Berhad

·         Principal Asset Management Berhad

·         Public Mutual Berhad

 

Institusi Yang Terlibat Dengan E-Pengeluaran Beli/Bina Rumah

 

·         Affin Bank Bhd

·         Bank Islam (M) Bhd

·         CIMB Bank Bhd

·         RHB Bank Bhd

 

Institusi Yang Terlibat Dengan E-Pengeluaran Mengurangkan/Menyelesaikan Baki Pinjaman Dan Ansurans Bulanan Pinjaman Perumahan

 

·         Affin Bank Bhd

·         Alliance Bank Bhd

·         AmBank Bhd

·         Bank Islam (M) B

·         Bank Muamalat Bhd

·         Bank Simpanan Nasional

·         CIMB Bank Bhd

·         Hong Leong Bank Bhd

·         Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)

·         Maybank Bhd

·         OCBC Bank

·         Public Bank Bhd

·         RHB Bank Bhd

·         United Overseas Bank Bhd

 

 

Institusi Yang Terlibat Dengan E-Pengeluaran Pendidikan

 

·         Institusi Pengajian Tinggi

ü  International Islamic University Malaysia (IIUM)

ü  Universiti Multimedia(MMU)

ü  Open University Malaysia (OUM)

ü  Universiti Teknologi Mara (UiTM)

ü  UNITAR International University

ü  Universiti Putra Malaysia Kampus Serdang (UPM)

ü  UTMSPACE

ü  Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

ü  Universiti Malaya (UM)

ü  Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

ü  Pusat Kembangan Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (PKP UKM)

ü  Admal Aviation College (Admal)

ü  Universiti Malaysia Pahang (UMP)

ü  University of Malaya Centre for Continuing Education (UMCCed)

ü  Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK)

ü  Universiti Teknologi Malaysia Johor Bahru (UTMJB)

ü  Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

ü  Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

ü  Allied Aeronautics Training Centre Sdn Bhd (AATC)

 

·         Pemberi Pinjaman Pendidikan

ü  Majlis Amanah Rakyat (MARA)

ü  Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

ü  Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

ü  Yayasan ANGKASA

 

 

PENGELUARAN KWSP BAGI PERUMAHAN FLEKSIBEL

 

Baca Juga : PENGELUARAN SEBAHAGIAN KWSP AKAUN2 DI USIA 50 

 

 

 

 

  1. Hantar ke KWSP

Hantar permohonan lengkap ke kaunter KWSP terdekat atau secara mel.

CARI KWSP TERDEKAT di sini https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks

 

MEL KE KWSP

KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA

Karung Berkunci No. 220

Jalan Sultan

46720 Petaling Jaya,

Selangor, Malaysia

 

  1. Perlu maklumat lanjut?

Layari https://www.kwsp.gov.my/ms/home

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *