PEMERIKSAAN KENDERAAN PUSPAKOM PERCUMA (Sempena Aidilfitri 2023)

PEMERIKSAAN KENDERAAN PUSPAKOM PERCUMA (Sempena Aidilfitri 2023)
Share Artikel Ini Di Media Sosial

PEMERIKSAAN KENDERAAN PUSPAKOM PERCUMA (Sempena Aidilfitri 2023)

Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer, (PUSPAKOM) menganjurkan kempen pemeriksaan kenderaan Puspakom percuma sukarela kepada semua pemandu dan pemilik kenderaan persendirian.

Puspakom Sdn Bhd (PUSPAKOM) merupakan syarikat pemeriksaan kenderaan yang pertama dan satu-satunya yang dilantik oleh Kerajaan Malaysia untuk menjalankan semua pemeriksaan mandatori bagi kedua-dua kenderaan komersial dan persendirian. Ditubuhkan pada tahun 1994, kami adalah anak syarikat milik penuh DRB-HICOM Berhad.

Peranan utama adalah untuk menjalankan pemeriksaan ke atas kenderaan untuk membantu pemilik kenderaan dalam memastikan kenderaan berada di dalam keadaan yang selamat untuk dipandu di atas jalan raya serta memastikan pemilik kenderaan mematuhi peraturan-peraturan dalam memelihara alam sekitar melalui ujian pelepasan asap. Ini akan dilakukan melalui pemeriksaan yang ketat dan teliti terhadap kenderaan untuk memastikan mereka mematuhi peraturan keselamatan Kerajaan.

Baca Juga : Pinjaman Guna Akaun 2 KWSP (Apa Yang Perlu Anda Tahu)

Pemeriksaan PUSPAKOM Percuma Sempena Aidilfitri 2023

Menjelang Aidilfitri, Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) menawarkan pemeriksaan kenderaan secara sukarela atau VVI kepada kenderaan persendirian tanpa sebarang caj bermula 10 April hingga 20 April depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom, Mohammed Shukor Ismail berkata, kempen itu bertujuan membantu pemilik mengetahui keadaan kenderaan mereka melalui pemeriksaan yang menggunakan peralatan berkomputer dan salah satu langkah memastikan keselamatan jalan raya sempena Aidilfitri.

Menurut Mohammed Shukor, maklumat itu boleh digunakan sebagai rujukan untuk melakukan penyelenggaraan yang sewajarnya.

Kempen pemeriksaan kenderaan percuma ini menjadi sebagai satu tanggungjawab korporat syarikat dalam meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan keselamatan kenderaan terutamanya ketika musim perayaan.

PEMERIKSAAN KENDERAAN PUSPAKOM PERCUMA (Sempena Aidilfitri 2023)

Tarikh Tawaran & Pemeriksaan

Pemilik kenderaan yang ingin mendapatkan pemeriksaan percuma boleh hadir secara terus (walk-in) ke mana-mana cawangan Puspakom seluruh negara kecuali Shah Alam, Taman Bukit Maluri dan Pasir Gudang.

Pemeriksaan percuma ini boleh dibuat bermula jam 8 pagi hingga 5 petang.

PUSPAKOM menawarkan inisiatif #drivesafenoregrets pemeriksaan kenderaan sukarela secara percuma mulai 10 hingga 20 April 2023 kepada semua pemilik kenderaan persendirian bagi memastikan kenderaan berada pada tahap terbaik sebelum memulakan perjalanan sempena sambutan perayaan Aidilfitri!

Pada kempen kali ini, kami beri layanan VIP kepada anda yang menjalani pemeriksaan sukarela di mana anda boleh hadir terus ke cawangan tanpa perlu temujanji dan turut diberi keutamaan!

 

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut tentang tawaran ini boleh didapati dengan melayari laman web www.puspakom.com.my atau Facebook (FB) rasmi Puspakom Sdn Bhd.

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *