Program Pembangunan Pekebun Kecil Sawit (Skim Insentif Integrasi Tanaman dengan Sawit)

Program Pembangunan Pekebun Kecil Sawit (Skim Insentif Integrasi Tanaman dengan Sawit)
Share Artikel Ini Di Media Sosial

Program Pembangunan Pekebun Kecil Sawit (Skim Insentif Integrasi Tanaman dengan Sawit)

Program Pembangunan Pekebun Kecil Sawit adalah bertujuan Mempelbagaikan pendapatan pekebun kecil sawit melalui penanaman tanaman kontan.Juga :

  • Mengoptimumkan penggunaan tanah melalui penanaman tanaman kontan
  • Meningkatkan pengeluaran bahan makanan dalam negara

Skim Insentif Integrasi Tanaman dengan Sawit (ITa)

  • Dapatkan borang permohonan di mana-mana Pejabat TUNAS MPOB di seluruh negara

Skop & Nilai bantuan

  • Tanaman Nenas – RM7,000 bagi setiap hektar plot tanaman
  • Tanaman Pisang, Tembikai, Jagung, Betik – RM3,000 bagi setiap hektar plot tanaman

 

 

Cara Permohonan Insentif Pembangunan Pekebun Kecil Sawit

E-melkan permohonan anda bersama dokumen-dokumen seperti senarai di bawah kepada alamat e-mel:   tkb40@mpob.gov.my

  • Borang permohonan yang lengkap diisi
  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan dokumen pemilikan tanah
  • Salinan lesen MPOB
  • Surat akuan sumpah sebagai pekebun untuk mengesahkan penanaman di lokasi yang dipohon
  • Dokumen sewa tanah/pajak (jika berkenaan)

 

Apa Syarat-Syarat Permohonan?

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh permohonan
  • Pekebun kecil sawit persendirian sahaja dengan had pemilikan tanah bertanam sawit tidak melebihi 6.5 hektar dan bukan peserta dari lain-lain agensi persekutuan atau negeri.
  • Menunjukan bukti pemilikan atau penguasaan tanah yang sah
  • Mempunyai lesen MPOB yang sah
  • Umur pokok sawit tidak lebih dua tahun bagi penanaman semula atau penanaman baru mengikut sistem segitiga sama(Jika melaksanakan integrasi tanaman).
  • Belum melaksanakan kerja-kerja menanam tanaman kontan semasa permohonan dibuat.

 

Pegawai yang boleh dihubungi

Pn. Noraini Abdullah – 03-8769 3935 (noraini.abdullah@mpob.gov.my)

Pn. Nor Syamira Hasri – 03-8769 3933 (syamira@mpob.gov.my)

Atau poskan permohonan anda kepada alamat MPOB:

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)

No. 6, Persiaran Institusi, Bandar Baru Bangi,

43000 Kajang, Selangor.

(u.p: Ketua Unit Pemerkasaan Pekebun Kecil)

 

Maklumat Lanjut

Layari Official Facebook Page of Malaysian Palm Oil Board (MPOB)

 

Anda juga mungkin berminat

Bantuan penanaman semula sawit

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *